Pertama Kali Mengajar Bengkel Bina Blog

 

Salam semua,

Hari isnin yang lepas merupakan pengalaman kali pertama aku mengajar ahli-ahli Benita di opis aku.

Kebetulan dekat department aku ni, akulah salah sorang yang paling aktif berblog sebenarnya.. hehehe.. so kebetulan dah kantoi yang aku ni kaki blogging jadi salah sorang ahli benita ni tanya akulah.. sanggup tak nak mengajar ahli-ahli persatuan dia orang untuk bengkel asas bina blog.. so aku dengan nada serba salah tu cakaplah “insyaallah boleh, kalau nak ajar yang basic-basic tu boleh je”.

Di sebabkan aku dah terima pelawaan tu so hari isnin yang lepas aku kenalah mengajar ahli-ahli Benita ni.. kalau tak silap aku ada 17 orang kot semuanya.. kira yang masuk bengkel ni.. memang semua zero pasal blog ni.

benita 1

Kebanyakkan dia orang ni suka baca blog.. tapi nak buat blog sendiri tu tak berapa mahir lagi.. so dengan sedikit ilmu yang ada didada ni aku turunkanlah dekat anak-anak murid aku isnin lepas.

 benita 2 benita 3

Suasana sekitar bengkel asa bina blog ni.. semua peserta adalah wanita & suri rumah pekerja-pekerja BERNAMA.. aku sorang je lelaki beb.. mula-mula segan juga nak mengajar.. lama-lama lepas tu baru boleh serasi sikit.. lagi pon kebanyakkan yang join bengkel ni aku kenal & selalu berurusan kalau ada masalah teknikal.

benita 4

Salah seorang ahli Jawatankuasa Benita sedang memberi sedikit ucapan sebelum sesi penyampaian sijil diberikan.. jangan main-main beb siap dapat sijil tu.. hehehe

benita 8 benita 5 benita 6 benita 7

Antara peserta-peserta bengkel yang menerima sijil penyertaan.. lupa pulak aku nak tanya yang mengajar ni takda sijil ke? hehehe

benita 9

Gambar kenangan bersama-sama peserta bengkel asa bina blog.. korang tengok tu aku sorang je lelaki beb… hehehe. Buat blog sendiri memang senang.. tapi nak ajar & fahamkan orang lain cara-cara buat blog ni..berbuih juga mulut bercakap beb.

Syukur alhamdullilah sepanjang bengkel tu berjalan takda apa-apa masalah yang berat berlaku.. kecuali sedikit masalah beberapa komputer yang hang.. tu je.

Terima kasih kepada pihak Benita kerana sudi menjemput aku untuk memberikan sedikit ilmu asas pembinaan blog ni.. diharapkan ilmu yang ada tu dimanfaatkan untuk kebaikkan bersama.

Ulasan

  1. abam!! saya nak join bengkel blog abam!! nak sijil juge.. hehehe

    BalasPadam
  2. @Kid : hehehe.. kalau kau nak join sijil nikah je aku bagi Kid.. hehehe.. ko jgn nak mengada2 ko lagi pandai apa siap dah ada hosting lagi.. hehehe..

    @Abg ensem : alamak abg ensem @ jutawan hartanah datang komen lah.. ni yang saya takut ni.. nak join seminar hartanahlah.. hehehe

    BalasPadam
  3. alahai jadi cikgulah pulak..klu panggil akak kan..mesti akak charge satu jam RM100...ahakss

    BalasPadam
  4. @kak ina kl : hehehe.. kak ina oklah dah senior memang wajib sejam 100.. kalau saya sejam rm10 je.. hehehe..

    BalasPadam
  5. congrats bro.. ada nak pakai pembantu x?? hikhik

    BalasPadam
  6. hurmm.... kekadang rasa seronok kan bila dapat kongsi ilmu kita ngan orang lain....

    BalasPadam
  7. teruja dan buatkan seolah-olah aku pun nak jadi pengajar jugak :p

    BalasPadam
  8. @ZairieHusin : hehehe..tq.. kursus asas je... hang lambat gi tahu kalau tak aku panggil jadi asst aku.. hehehe

    @Hazman : tulah bro.. semoga ilmu tu dimanfaatkan bersama ke arah kebaikkan.

    @Sabree HUssin : boleh je.. kalau ada ilmu why not kita sebar2kan betul tak?

    BalasPadam
  9. hebatnyer siapa boleh buat kursus lagi...caya la...salam perkenalan dari GK..jemput ke belog GK...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak