Taktik Terbaru Penipu Nak Menipu

 

Salam hari Jumaat semua,

curi maklumat kad kredit

Kredit image : google

Ni semalam punya cerita.. tengah-tengah aku layan internet dekat opis tetiba handphone aku berbunyi.. no pemanggil yang keluar dekat skrin phone aku tu berpangkal 016xxxxxxx.. oklah tu aku ingatkan ada member-member yang callkan.

Sekali aku angkat terus aku dengar suara perempuan yang beri salam.. macam biasa sebagai orang islam mestilah wajib jawab salam tukan.

Gadis x : Saya nora (bukan nama sebenar) dari wakil syarikat (aku tak ingat nama syarikat yang dia sebut tu) nak tanya encik. Pernah tak encik dapat gangguan panggilan berkaitan kredit kad ni nak minta encik beli insurans ke atau tawarkan apa-apa berkaitan kad kredit.

myvitrd : Ya memang banyak.. tentions asik dapat panggilan macam tu.

Gadis x : Kalau macam tu kami wakil dari pihak syarikat nak minta alamat penuh encik sebab kami nak hantar kad ahli untuk syarikat kami yang mana lepas ni encik takkan dapat gangguan panggilan berkaitan dengan kad kredit ni. lepas kami register nama encik dalam sistem kami pihak bank akan call encik untuk pengesahan.

myvitrd :  Ye ke? apa kelebihan kad ni.. ada bayaran ke?

Gadis x : takda bayaran encik.. free sahaja selama setahun.. kad ni berfungsi sebagai kad diskaun kalau encik pergi mana-mana untuk membeli belah dah tu ada perlindungan insurans.

myvitrd : (dalam hati) ni dah macam nak promosikan insurans  juga je.. hampeh orang ni.. ni mesti nak pancing aku ni.

myvitrd :  rasanya saya tak nak ambil kad ni boleh tak?

Gadis x :  kenapa ye encik tak nak benda ni free je.. encik bagi alamat je

myvitrd : memang free tapi saya masih ragu-ragu dengan awak ni.. sebab sekarang macam-macam orang buat tektik nak menipu.

Gadis x : susahlah kalau macam ni encik kalau encik fikir kami menipu.. kami nak bantu encik je.

myvitrd : oklah macam nilah.. saya nak call pihak bank dulu untuk pengesahan tentang promosi awak ni.

Gadis x : ohhh encik nak call bank ye.. oklah kalau macam tu.. teeeeettttttt.. teeeeeetttttt

Terus terputus panggilan…

Bila aku cakap pasal nak semak dengan pihak bank terus dia macam gelabah je.. hai macam-macam sekarang ni tektik orang nak tipu kita ni..

Aku dah boleh agak dah.. nanti bila aku dah bagi alamat aku.. akan ada seorang lagi yang akan call berlakon dari pihak bank.. time tulah drama dia bermula nak minta no. kad kreditlah untuk buat pengesahan.. padahal nak ambil maklumat kad kredit aku..

So kepada yang dapat panggilan bentuk-bentuk macam ni korang berhati-hatilah ye supaya tidak terpedaya.. sebab penipu ni selalu je tukar-tukar teknik nak menipu.. jangan mudah bagi maklumat korang dekat orang yang tidak dikenali.. lagi-lagi bab alamat tempat tinggal ni.

Aku sebenarnya kesian dekat budak pompuan tu.. mungkin dia pun baru je koje dekat syarikat tu.. so modul operasi sebenar syarikat tu mesti dia tak tahu… penyudahnya dialah jadi mangsa kambing hitam.

“Si penipu tak kenal mangsa yang nak ditipu, begitu juga sebaliknya.. so hati2 supaya tidak tertipu..”

Ulasan

  1. Macam-macam cara orang sekarang nih nak menipu asalkan apa yang dorang nak dapat.....semoga kita sentiasa dijauhi drp sebarang kesulitan. Thanks for sharing your story.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. tak boleh cara tu cara ni pulak dia guna.. kena sentiasa waspada

      Padam
  2. Kadang2 dalam berhati2 kena gak tipu. Orang cerdik pandai pun kena tipu. Apa yang penting jangan ada sifat tamak dan nak mudah senang dalam diri kita. Tak kerja tak senang ok. Nak senang kena kerja, kalau saja2 nak bagi itu ini free memang le penipu namanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu penipu ni selalu guna tektik berbeza supaya tidak dikesan.. huhu waspadalah selalu

      Padam
  3. mcm2 hal skang ni. kena selalu waspada la. jgn mudah enroll apa2 menerusi online kalau was was.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pihak bank dah selalu pesan pihak bank takkan contact pelanggan guna no. handphone kalau dapat panggilan bukan opis dan tanya pasal offer kad kredit jgnlah dilayan..

      Padam
  4. Balasan
    1. tulah bro.. cuma yg aku pelik dari mana dia dapat contact no. kita.. kenapa masih ada pihak yg jual kita punya data ni kepada pihak ke 3..

      Padam
  5. Balasan
    1. betul2.. tak boleh cara A.. cara B dia guna asal boleh mengencing je

      Padam
  6. Aku setuju sekarang ni, matlamat dia semua sama je, taktik je berubah nak tipu kita..

    Aku pernah kena mcm ni..

    Caller : Saya dari syarikat XxX mewakili pihak bank untuk menghubungi semua pemegang Mastercard dan Visa. Di sini kami ingin menawarkan perkhidmatan khas untuk mengawal perbelanjaan Kad Kredit semua pemegang kad Masterard/Visa. Tapi sebelum itu, saya ingin mendapatkan pengesahan butir peribadi encik. Boleh saya tahu encik pemegang Visa atau Mastercard?

    phreak-id : Visa

    Caller : Dari bank mana ye encik?

    phreak-id : You dah salah ni, mana boleh you dig out my information.

    Caller : Ini untuk pengesahan encik..

    **lepas argue bermacam-macam sambil aku tanya apa servisnya (rupanya kad diskaun je)**

    phreak-id : takpela, saya rasa saya tak berminat.

    Caller : Kenapa encik, bukan ke encik perlu mengawal perbelanjaan kad kredit encik

    phreak-id : Saya tak berminat, saya nak terminate Kad saya tak lama lagi

    Caller : Takpela encik, kalau encik tak memberikan kerjasama, saya akan hubungi pihak bank untuk tindakan selanjutnya..

    **aku rasa macam nak call balik and marah je kat dia "Kalau ko tahu aku pakai kad kredit bank mana, kenapa ko tanya aku masa mula-mula tadi?"

    Nampak sangat well trained punya penipu.. lol


    Terbaru >Colgate Slimsoft Party >Movie Review - The Amazing Spiderman 2012 >Saya Mahu Family Tiket ke Pameran Dinosaurs di Pusat Sains Negara

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang skript ni sama dengan aku pernah kena sebelum ni.. arggggggggggg aku tak suka betul orang call mcm ni..

      Padam
  7. Balasan
    1. Takpe bro.. kita dedah je kes penipuan ni.. aku memang tak suka cara operasi dia orang ni.. bukan nak tolong orang nak bagi kita susah lagi adalah..

      Padam
  8. bahaya sekarang ni kan. banyak sangat kaedah2 penipuan. makin lama makin kreatif. yang selalu jadi mangsa ialah orang yang cepat sangat terpengaruh dan orang yang cepat panik.. kawan saya pernah kena

    BalasPadam
  9. last sekali tu prepaid dia habis kot ekeke

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak