Durian Crepe Order Online Buat Tersayang

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

4 hari yang lalu cik isteri ada sebut-sebut teringin nak makan Durian Crepe.. katanya teringat Durian Crepe yang pernah dibeli dekat Mid Valley sebulan yang lepas.. & kebetulan semalam adalah ulang tahun kelahiran si dia.. saja buat supperise dekat cik malarang dengan orderkan dia Durian Crepe secara Online tanpa pengetahuan beliau… hehehe

Disebabkan sebelum ni pernah rasa Durian Crepe dari Mid Velly so kali ini nak merasa resepi Durian Crepe dari tempat lain pulak.. jadi pemburuan pembuat Durian Crepe bermula..

Kebetulan aku teringat yang Mamat NI pernah order Durian Crepe dengan sorang blogger yang memang pakar dalam membuat kek.. jadi aku googlelah dalam blog dia siapakah pembuat kek yang dimaksudkan tu.. dan akhirnya aku jumpalah dengan blog beliau yang diberi nama “irmadilondon”.

Durian Crepe Gebu 1

Istimewa untuk tersayang..

Aku memang tak pernah jumpa dengan blogger ni dan semalam first time  aku jumpa untuk ambil sendiri Durian Crepe yang ditempah tu.. memang kebetulan opis aku dengan lokasi yang dijanjikan untuk ambil Durian Crepe tu tidak jauh so lain kali insyaallah boleh order lagi ye.. hehehe.

Apa yang menariknya dengan Durian Crepe yang buat oleh blogger ni adalah boleh tahan satu minggu dengan menyimpan dalam peti sejuk beku.. kata beliau kalau simpan pada suhu sejuk je boleh bertahan untuk 2 hari sahaja..

Durian Crepe Gebu 2

Ni semua saya yang punya.. hehehe

Jadi kepada yang nak order atau teringin makan Durian Crepe tu… cuba-cubalah contact blogger tu ye.. sebab tempahan memang sentiasa penuh.. Terima kasih kepada Irmadilondon sebab tunaikan impian isteri saya untuk merasai Durian Crepe sedap ni.. :-)

**** Sekarang ni dari aku tak suka makan durian crepe jadi sukalah pulak.. hahaha… selamat aku beli lebih semalam so boleh makan pelan-pelan sambil tengok tv bersama anak bini hujung minggu ni..

Ulasan

  1. beli dari irma yer :) memang terbaik. gebu ajer :) dan kulitnya nipis tak macam ketayap :p

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak