Makan Pizza Hut Sampai Buncit

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Pizza Hut Offer 1

Tetiba teringat yang semalam aku ada cetak offer dari Pizza hut bayar Rm38 dapat 3 regular Pizza + 4 sup… dan offer tu pulak akan berakhir pada hari ini.. jadi sebelum tamat.. apa lagi baik aku gi guna baucer tu..

Kebetulan pulak Pizza hut ni hanya kurang dari 500 meter dari rumah aku je.. apa lagi start engine kereta terus gi order..

Pizza Hut Offer 2

3 kotak Pizza hut regular sapa mau habiskan ni.. paling tidak cik isteri boleh makan 2 potong je.. habis baki berpotong-potong tu sapa mau bedal.. matilah aku habiskan sorang-sorang ni..

Pizza Hut Offer 3

RViva Chicken.. oklah boleh masuk selera tekak aku.. satu kotak berjaya dihabiskan.. baki simpan untuk sarapan esok..

Pizza Hut Offer 4

Yang ni Rviva Seafood.. yang ni kurang sikit sebab kami berdua tak berapa makan tuna @ sardin ni.. jadi habis satu potong je.. tak tahulah baki tu sapa nak habiskan..

Apa pun alhamdulillah sebab dah kenyang belasah satu kotak.. sup berjaya habiskan 2 bekas.. 2 lagi simpan untuk sarapan esok.. hehehe..

Bila perut dah kenyang ni..mulalah mata pun dah berat.. oklah dah tiba masanya nak masuk beradu.. esok-esok sambung sembang lagi ye.. Good nite semua..

Ulasan

  1. sila bagi sini ye.dah lama x makan pizza

    BalasPadam
  2. adess....ruginya....kalau eden ada boleh je tolong abiskan sekotak tu....hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak