Samsung Galaxy Note N7000 Masalah Tidak Boleh Charge

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Minggu lepas cik isteri ada complaint pasal Samsung Galaxy Note yang dia pakai tak boleh nak charge, katanya kena tekan kuat atau tekan kebawah pada soket USB charger tu baru bateri boleh charge.

Jadinya bila balik rumah aku testlah charge memang betul ada masalah.. lagi satu kalau boleh charge pun bateri tak boleh nak penuh dah charge lebih 24 jam pun masih 5% je baterinya..

Aku kata confirm bateri rosak ni.. sebab bateri pun dah kembung.. jadinya pergilah dekat kedai handphone untuk cari bateri yang baru tapi bukan original.. dapatlah dengan harga RM50.. test dekat kedai ok, balik rumah charge pun ok.. bila penuh guna pun ok.. tapi selang dua hari problem semula.. penyakit tak boleh charge datang semula. so nak tak nak aku google lah apa masalahnya.. jadinya aku jumpa satu website ni yang mengatakan kalau Samsung Galaxy Note tak boleh charge ni biasanya port USB dekat phone tu rosak.. kena ganti board atau PCB yang baru..

Aku bab DIY ni memang suka.. dan kebetulan warranty 2 tahun untuk handphone ni dah habis 3 bulan lepas.. jadinya kalau hantar ke samsung takda duit RM500 takyah pegilah.. sebab confirm kosnya mahal.

Teruskan pencarian dekat Google macam mana nak DIY PCB USB yang rosak tu sampailah aku jumpa website Galaxy Note N700 USB Board Replacement.

Galaxy Note N700 USB Connector Problem 5

Dengan pantasnya aku cari dekat google lagi kedai mana ada jual spare part yang boleh tukar USB board ni.. dalam website lelong memang banyak orang jual dengan harga sekitar RM30 – RM100.. dan akhirnya aku jumpa satu kedai dekat area Pertama Complex. Sebenarnya aku lupa yang Blogger Eyriqazz pernah ada pengalaman kena tipu masa repair Ipad dekat Pertama tu..

Pada hari yang sama aku terus pergi beli USB board tu dikedai yang aku cari dalam google tu.. dan aku dapat dalam harga RM33 sahaja..

Galaxy Note N700 USB Connector Problem 2

Galaxy Note N700 USB Connector Problem 1

Nilah rupa USB Board yang dibeli di Pertama Complex..

Kalau minta staff dekat kedai tu pasangkan kena bayar upah RM40 so aku nak jimat punya pasal aku kata aku cuma nak beli barang dan pasang sendiri.. ibarat seperti tikus membaiki labulah ni..

Dengan berpandukan bantuan google dan manual yang ada diinternet aku berjaya tukar USB board tu dalam masa kurang 10 minit.. tapi malangnya hasilnya tak berjaya.. maksudnya bateri still tak boleh dicharge.. kena tekan kebawah USB cable tu baru boleh charge itu pun bateri seperti susah nak penuh.

Galaxy Note N700 USB Connector Problem 3

Tak tahan dengan situasi nak charge sambil kena tekan tu.. aku datang semula ke kedai yang aku beli USB board tadi dan nyatakan yang board yang dijual tu ada masalah.. dan aku nak tukar board yang lain.. tapi kali ini aku nak minta dia terus pasangkan dan test samada board yang kali ni ok atau tidak..

Jadinya kedai setuju untuk tukar kepada  USB board yang lain dan sekali dengan upah pemasangan.. kali ini upah pemasangan dan turun pulak kepada RM30 sahaja.. kalau sebelum ni upah pasang adalah RM40 kira dah jimat RM10 dekat situ..

Lebih kurang 20 minit aku tunggu semua USB board dah siap ditukar dengan yang baru dan hasil ujian bateri dah boleh dicharge tanpa menekan kabel USB tu.. Alhamdulillah sampai ke hari ini masih lagi ok.. 

Galaxy Note N700 USB Connector Problem 4

Harapnya masalah USB board yang rosak ni tidak berulang lagi.. kedai repair ni bagi aku jaminan selama 2 minggu kalau masalah sama berulang.. oklah dari takda jaminankan..

Jadinya kos keseluruhan aku repair samsung galaxy note ni adalah RM113.00 (termasuk kos bateri baru, tukar USB board dan upah).

Kepada yang ada masalah nak repair handphone ni aku cadangkan sebelum korang terus pergi ke kedai tu cuba buat carian dekat google maklum balas dari pengguna yang lain tentang service yang di berikan oleh kedai tersebut.. kalau banyak yang negatif ada baiknya cari kedai yang lain..

** Aku lagi suka tunggu HP siap direpair dari tinggalkan untuk beberapa hari baru ambil..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak