Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Letih Sangatlah Tu

Imej
  Salam ramadhan semua, Letih sangat ni.. sebab bangun seawal jam 4.00 pagi nak siapkan juadah bersahur aku dengan cik malarang .. hehehe.. sepatutnya mama dia yang letih sebab bangun pagi-pagi nak masak.. tapi si comel ni pulak yang terlebih penat.. Macam tulah gaya tidur tadi pagi masa bawa gi umah pengasuh.. selalu mesti dia terjaga je time bawa gi umah pengasuh.. tapi tadi pagi.. usik-usik pun dah tak jaga dah.. :-) Nilah penghibur kami berdua dekat umah kalau malam.. orang lain nak sahur dia pun bangun nak sahur juga.. penyudahnya apa lagi kena bergilirlah jaga time sahur.. :-)

Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu Yang Memikul

Salam semua rakan-rakan, Maaflah rakan-rakan andai korang masuk blog ni sejak semalam masih tidak terupdate-update sampailah keluar entri ini.. sebenarnya aku masih lagi dalam mood sedih, rungsing dan binggung mengenakan apa yang terjadi pada minggu ini. Pasti korang dah terbaca, terdengar juga terlihat berita yang menggemparkan negara pada hari sabtu lepas yang mana seorang Eksekutif TV9 telah meninggal dunia dirumahnya lebih kurang jam 7.30 petang sebelum berbuka puasa. Kes kematian ini telah menjadi perhatian media seluruh negara yang mana pelbagai versi berita telah dikeluarkan. tidak perlu aku nak ulas bagaimana keadaan dan cara kematian sebab korang boleh baca sendiri di surat khabar dan internet. Dan apa yang menyedihkan aku sekeluarga mangsa adalah rakan kami sekeluarga begitu juga dengan suami mangsa adalah rakan baik aku lebih 7 tahun.. sangat tidak disangka-sangka berita mengejutkan tersebut telah berlaku kepada rakan aku sendiri. Apabila suatu kes kematian yang merag...

[Bergambar] Sesi Terjah Bazar Ramadhan Di Damansara Damai

Imej
  Salam ramadhan semua, Alhamdulillah dah 8 hari kita semua berpuasa.. dan syukur kerana sepanjang bulan puasa ni kesihatan alhamdulillah baik-baik sahaja.. dan kebetulan hujung minggu ni aku tak kerja so dapatlah aku bawa anak bini aku gi terjah satu lagi bazar ramadhan di Damansara Damai . Jomlah kita layan gambar.. biarkan gambar yang berbicara hari ini. Sampai ke lokasi jam 6 petang.. fuhhh punya ramai orang dan kebanyakkan kenderaan semua parking dekat tepi jalan je termasuk aku…hehehe…. so kena menapak beberapa ratus meter sebelum sampai ke bazar Cuma sesuatu yang sedih bila setiap kali ada bazar mesti akan ada pengemis yang aku rasa di dalangi oleh beberapa sendiket.. tapi kitakan rakyat yang pemurah.. kekadang hulur juga sebab tak sampai hati tengok ada yang bawa anak kecik & cacat.. kalau nak cerita lanjut pasal pengemis ni korang terjah blog Mazidul Masuk je kekawasan bazar terus nampak kedai Beriani Gam Maharani .. mula-mula nak beli tapi kenangkan ...

Gomen Setengah Bulan Bonus Aku 3 Bulan Bonus

Imej
Salam ramadhan semua, Pasti semua penjawat awam dapat menarik nafas lega lepas pengumuman bonus raya setengah bulan gaji yang akan dibayar pada 9hb Ogos nanti.. sekurang-kurangnya dapatlah sediakan burget untuk persiapan hari raya nanti.. Orang gomen dah confirm-confirm ada bonusnya.. orang koje swasta macam aku ni.. ada bonus juga ke? Korang percaya ke kalau aku cakap bonus aku 3 bulan wei.. hehehe.. jangan percaya ye.. sebab aku punya bonus masih samar-samar lagi samada ada atau tidak.. kalau ada alhamdulillah.. kalau takda alhamdulillah juga.. sebab mungkin ada bonus dari tempat lain yang bakal aku dapat.. Insyallah kalau dapat claim duit nuffnang bulan lepas punya ianya akan jadi bonus raya aku sekeluargalah nanti.. apa pun senyum dulu.. Alhamdulillah hujung bulan boleh cash-out lagi ni.. duit backup lepas raya… Lepas raya nanti kalau tak betul-betul manage kewangan mau makan maggie + air suam je nanti.. hehehe.. mana tidaknya rata-rata semua pekerja gomen dan swasta...

Bubur Lambuk Kampung Baru Memang Sedap

Imej
  Salam ramadhan semua, Sesiapa yang duduk sekitar Kuala Lumpur ni pastinya sudah tidak asing lagi dengan kesedapan Bubur Lambuk Kampung Baru . Setiap tahun bila tiba musim puasa pastinya kawasan kampung baru akan diserbu oleh penggemar bubur lambuk ni samaada datang untuk mengambil yang percuma atau yang dibeli sendiri. Samalah macam aku, kebetulan siang semalam aku balik dari kelas mengaji terus singgah dekat kawasan Masjid Kampung Baru untuk membeli sebungkus bubur lambuk yang berharga RM2.00 sahaja. Penuh satu mangkuk aku tuang.. mula-mula tengok dah terfikir boleh habis ke ni? lagi pun aku kena makan sorang je.. cik malarang kurang sikit makan bubur lambuk ni. Bubur lambuk kampung baru memang sedap.. terdapat daging yang banyak didalamnya. Dan penyudahnya.. licin selicin licinya.. hahaha.. nilah penangan bubur lambuk kampung baru.. sekali rasa pasti esok nak lagi..

MyDistress Kini Di Samsung Galaxy Note Aku

Imej
  Salam ramadhan semua, Rata-rata semua pengguna handphone hari ini mempunyai satu telefon pintar atau smartphone .. dan apa kata sekiranya anda mempunyai sebuah telefon pintar bolehlah anda menginstall satu apalikasi yang akan menghubungkan anda terus dengan pihak polis jika berlaku kecemasan yang dipanggil MyDistress . Sebenarnya aplikasi MyDistress ni telah dilancarkan dari tahun lepas lagi.. tapi mungkin aku yang terlepas pandang kot dan masa tu takda lagi smartphone ditangan so tu yang tak ambil pot.. tapi lepas aku tengok berita malam semalam tentang aplikasi MyDistress ni terus aku install dekat Samsung Galaxy Note aku. Untuk pengetahuan korang aplikasi Mydistress ni buat masa kini hanya terpakai di kawasan Negeri Selangor sahaja dan mungkin akan diperluaskan diseluruh negara tidak lama lagi. Klik pada http://mydistress.net So apa tunggu lagi.. install secara percuma ke telefon pintar anda sekarang.. Malang tidak sentiasa berbau.. kes ragut dan culik...

Tatapan Rindu Buat Ibu Mertuaku

Imej
  Salam ramadhan semua, Gambar dibawah ni khas buat tatapan ibu dan ayah mertuaku di Penang bagi melepaskan rindu pada cucu tercinta.. :-) serta pada family aku di Johor.. Tahun ni Harraz nak beraya dekat mana? raya Penang atau raya Johor?.. kalau tanya cik malarang dah tahu jawapanya.. hehehe Biarkan gambar sahaja yang bercerita… Ending… terus teriak lepas kena nyakat dengan daddy.. hehehe.. cian dia.. Bila balik koje penat-penat tengok muka anak terus rasa lega..

Rezeki Murah Di Bulan Puasa Bersama Kurma Yusuf Taiyoob

Imej
  Salam ramadhan semua, Alhamdulillah hari ni boleh dikatakan aku datang paling awal dekat opis.. konon-konon nak balik awal katanya.. almaklum jelah dekat KL ni bila lewat sikit confirm akan jem, lagi-lagi bulan puasa ni. Sampai-sampai je dekat opis aku tengok atas meja aku ada sekotak kurma bertangkai dari Yusof Taiyoob .. Alhamdulillah rezeki kami sekeluarga.. semoga orang bersedekah ni terus dimurahkan rezekinya.. amin Bila bulan puasa ni kurma antara makanan yang penting juga untuk berbuka selain dari mengikut sunnah nabi.. kurma juga banyak khasiatnya. Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud : “ Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Bag...

Menjolok Mata Dibazar Ramadhan

Imej
  Salam ramadhan  semua, Hari ini dah memasuki hari ke-3 kita semua berpuasa di Malaysia.. dah ada yang tinggal puasa tak? kalau kaum wanita mungkin ada alasan untuk tidak berpuasa.. tapi kalau kaum adam ni.. tiada alasan untuk anda mengelak dari tidak berpuasa ye. 2 hari juga aku dengan cik malarang   serta si comel dah ronda-ronda di bazar ramadhan, pertama di bazar ramadhan Sri Meranti Bandar Sri Damansara dekat dengan umah aku.. kedua di bazar ramadhan TTDI … seperti biasalah kalau dah sebut bazar.. macam-macam juadah dijual disitu.. korang pilih je nak beli apa.. cuma jangan sampai membazir sudahlahkan. Kredit : Papankekunciku Tapi yang sedihnya semalam dekat bazar ramadhan TTDI punyalah ramai kaum hawa yang berpakaian seksa @ seksi gi beli juadah ( tak perlulah nak aku jelaskan seksi macam manakan.. bila sebut seksi je korang dah boleh terbayang punya..).. mungkin mereka ni tak faham atau pura-pura tak fahamkan kot.. sepatutnya mereka ni hormatila...

HADITH PALSU KELEBIHAN TARAWIH

Imej
  Salam ramadhan semua, Semalam aku ada tulis satu petikan Hadith diwall facebook aku berkenaan dengan kelebihan solat sunat Tarawih di malam pertama.. tak lama lepas aku tulis diwall aku tu.. tetiba sahabat facebook aku terus komen minta aku supaya jangan sebarkan Hadith tersebut kerana didapati hadith tersebut adalah hadith palsu . Kredit image : Google Beliau turut meminta aku merujuk berkenaan hadith palsu tersebut di laman web JAIS .. so bila aku rujuk dilaman web JAIS tu memang telah dimaklumkan bahawa hadith yang menyenaraikan kelebihan solat sunat tarawih tersebut adalah hadith palsu. Semoga kita sama-sama sentiasa ingat mengingatkan antara satu sama lain berkaitan dengan penyebaran hadith palsu ini.. untuk maklumat selanjutnya rujukan di Web JAIS ** entri sebelum ni yang pernah dikeluarkan mengenai kelebihan solat sunat tarawih setiap malam telah dikeluarkan dari blog ini **

Cabaran Bersahur Di Hari Pertama

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah selesai sudah bersahur kami sekeluarga sejam yang lalu.. tapi kali ini cabaran berpuasa lebih sikit berbanding tahun-tahun sebelumnya.. Mana tidaknya.. time cik malarang bangun nak masak.. si kecik ni pun bangun juga.. bangun kalau nak main-main takpe.. tapi ni bangun teriak pulak.. nak susulah tu.. Harraz nak sahur ni!…. cuba merangkak keluar.. berjaya tak? huhu.. Harraz tak larat nak keluar ni.. daddy.. mama tolong! yeeee.. Harraz berjaya keluar.. nak sahur juga! Terpaksalah dukung dulu sementara cik malarang siapkan makanan dengan susu si kecik ni.. time nak makan sahur pulak.. nak juga join makan pulak.. walaupun dia tak boleh nak makan lagi.. terpaksalah bergilir-gilir dengan cik malarang jaga supaya tak kacau kita orang nak makan.. Apa pun alhamdulillah & syukur sebab dapat berpuasa lagi tahun ni bersama isteri dan anak.. semoga hari ini kita semua diberi kekuatan meneruskan ibadah puasa ini.. insyaallah. ** Takziah ...

Checklist Shopping Tesco Di Bulan Ramadhan

Imej
  Salam Ramadhan semua, Bila sebut pasal shopping je.. orang perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan perkataan shopping ni.. kalau boleh rasanya hari-hari mau shopping.. tapi takpelah.. janji ada duit bila-bila pun boleh shoppingkan. Belum masuk bulan puasa lagi checklist shopping cik malarang dah keluar.. hehehe.. bukan pendek.. tapi punyalah panjang senarai shoppingnya.. mula-mula aku rasa dia buat separuh kertas je.. last-last penuh satu kertas sampul surat tu dengan senarai shopping dia hujung minggu ni. Orang pompuan ni memang jenis detail.. aku suka sebenarnya cara wife aku ni..sebelum keluar shopping dah siap senarai barang nak beli tu.. so kalau gi pasaraya takdalah baru nak terfikir-fikir nak beli apa.. tinggal ambil troli dah tu isi je barang yang nak dibeli. Esok kebetulan aku tak kerja.. so bolehlah bawa si isteri & anak untuk ronda-ronda TESCO .. ingat nak beli barang-barang dapur untuk bulan puasa ni.. Iklan Sebentar : makin hari makin b...

Lafaz Niat Puasa, Doa Berbuka Dan Panduan Solat Sunat Tarawih

Imej
  Salam semua, Setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan masa tulah ramai umat islam akan mula refresh balik panduan-panduan yang berkaitan dengan bulan ramadhan ni termasuklah aku sendiri… antaranya yang paling popular dicari di google antaranya lafaz niat berpuasa , doa berbuka puasa , dan panduan solat sunat Tarawih . Memang betul pun kekadang kita mungkin terlupakan panduan-panduan tersebut so tak salah untuk mempelajarinya semua.. Kredit Photo : Google “ Melihat Anak Bulan ” Dalam blog ni pun aku dah pernah kongsikan panduan-panduan tersebut so rasanya tak perlulah aku nak ulang balik dalam entri ni.. so apa yang perlu korang buat untuk dapatkan panduan tersebut buka sahaja link yang diberikan dibawah ni. Lafaz Niat Berpuasa &  Doa Berbuka Puasa   Panduan Solat Sunat Tarawih Sebentar tadi telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bahawa umat islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Sabtu 21hb Julai 2012 ... jadi dikese...

Wordless Wednesday #23 | Seksinya!

Imej
  Salam semua, Gambar telah diambil curi oleh cik malarang … huhu.. sapa tidurkan sapa ni?