Mee Rebus Pak Tam Di R&R Tapah Arah Utara
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Sebelum ni pernah juga makan sekali mee rebus pak tam ni.. masa tu ontheway balik ke Penang belikan mak mertua dengan pak mertua.. wife yang turun belikan.. dan hari sabtu lepas masa kami ontheway ke Ipoh atas urusan keluarga sempatlah aku singgah di restoran pak Tam yang terletak di R&R Tapah arah utara… untuk pekena mee rebus yang power tu.. Suasana kedai yang bersih dan teratur membuat pelanggan selesa makan direstoran pak tam ni.. kalau kedai kotor dan serabut mesti nak makan pun tak selerakan.. Sementara tunggu order sampai.. layankan anak dulu.. Tengoklah aksi harraz bila ambil gambar sendiri.. macam-macam gaya dia gayakan dia seronok tengok muka sendiri dekat phone.. hehehe Order 2 mee rebus biasa.. + air mineral satu botol sahaja.. sempena kenaikkan harga gula ni.. kami dah minum air mineral je.. :-) Apa pun mee rebus pak tam memang terbaik.. ni yang biasa.. kalau yang ada udang lagi sedap agaknya..