Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2014

Aksi Gunting Rambut Kali Ke-3

Imej
  Alhamdulillah bawa anak kali ni gunting rambut tak banyak kerenah.. sesekali je menangis sebab takut katanya.. hehehe.. kalau masa first dulu mau bergelut aku dengan anak aku ni dekat kedai gunting.. hahaha.. Aksi gunting guling-guling Gunting rambut orang dewasa ni lagi senang dari gunting budak-budak sebenarnya.. hehehe Video untuk tatapan tok ibu, tok ayah dan fuang dekat kampung.. :-)

All-New Honda City Boleh Ditempah Hari Ini

Imej
  Assalamualaikum & selamat sejahtera, Berita baik buat peminat kereta Honda, yang mana model generasi ke-4 Honda City bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.. dan pemeriksaan pada website Honda sebentar tadi menunjukkan bermula 21hb Feb 2014 sehingga 12 Mac 2014 orang awam boleh melihat sendiri honda city generasi ke-4 ini dibeberapa lokasi di dalam negera. Bagi yang ada masa terluang dan berada disekitar kawasan yang dinyatakan diatas bolehlah melihat sendiri model terbaru Honda City ini.. dan jika berminat boleh terus membuat tempahan. Tarikh pelancaran dan harga belum lagi dinyatakan.. so sama-samalah kita tunggu pengumuman yang akan dibuat nanti.. Berita lain boleh rujuk : Paultan

Belajar Menabung Di Tabung Unta

Imej
  Assalamualaikum & selamat sejahtera, Bak kata orang tua, nak melentur buluh biar dari rebungnya.. samalah macam anak-anak ni.. kalau nak ajar menabung biarlah dari usia masih kecil.. Anak baru je semalam belajar masukkan duit syiling dalam tabung.. kebetulan ada satu tabung unta dekat rumah yang kosong, cuba bagi dekat dia.. tengok pandai tak dia masukkan duit syiling dalam tu.. mula-mula asik tak masuk je duit dalam tu.. lama-lama bila dah ajar berkali-kali alhamdulillah dah pandai masukkan sendiri.. sekarang aku pulak yang jenuh hari –hari minta duit syiling nak masuk tabung.. hehehe Nak kena tabung duit dari sekarang ni.. sebab senang nak masuk sekolah dengan universiti nanti :-)

Dividen KWSP Tahun 2013

Imej
Alhamdulillah berita yang ditunggu-tunggu telah tiba yang mana semalam KWSP telah mengumumkan dividen untuk tahun 2013 adalah sebanyak 6.35%. Pemberian dividen untuk kali ini juga merupakan yang tertinggi sejak tahun 2000.. Berita selanjutnya boleh rujuk akhbar tempatan hari ini..

Hukum Pelaburan ASB & ASN Majlis Fatwa Kebangsaan

Imej
Rujuk : http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/newsindex.php?id=1014663

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Sejak beli kereta tahun 2008 perkara pertama yang aku remove dari kereta aku adalah palam pencucur rokok.. sebabnya aku memang tak bagi pemandu atau penumpang dalam kereta aku hisap rokok.. sebab aku sendiri tak hisap rokok.. jadinya aku tukar palam pencucur rokok tu dengan palam charger USB.. senang bila aku nak charge handphone dalam kereta.. Setelah hampir 6 tahun aku guna pencucur rokok ni.. tetiba minggu lepas masa aku sampai ke Penang, terus tak berfungsi charger USB tu.. pelik jugakan takkan ada kene mengena dengan Radiator kereta yang bocor .. pada hari yang sama tu.. bunyi memang tak logik.. Memang tak logik sebenarnya.. kerosakkan tu kebetulan je serentak.. jadinya aku tanyalah dekat kenalan facebook aku budak yang kerja dekat perodua SC .. mesti dia orang lagi tahu pasal kerosakan ni.. Memang betul rakan FB tu cakap kerosakan mungkin berpunca dari fius yang putus.. so setelah dia terangkan dekat mana lokasi fius...

Tarif Premium Insurans Motor 2014 Dan Cara Pengiraan

Imej
  Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Kredit image : Paper Utusan Malaysia Semalam telah diumumkan pelarasan baru untuk tarif premium Insurans Motor 2014 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang mana melihatkan sedikit peningkatan tarif dari RM2 ke RM23 yang akan berkuatkuasa pada 15 Februari 2014. boleh rujuk jadual yang diberikan di atas. Contoh Pengiraan sebuah kereta baru yang diinsurans dengan harga RM 50,000 Harga yang diinsuranskan – RM 50,000 Kapasiti enjin (cc) – 1,300 Tarif baru untuk nilai RM1,000 pertama – RM 261.55 (rujuk jadual) Setiap tambahan RM1,000 akan dikenakan – RM 26.00 Baki RM49,000 bagi kenderaan diatas akan dikenakan bayaran – RM 1,274,00 (49 * RM26) Jumlah harga polisi bagi kenderaan diatas – RM 1,535.55 (RM 261.55 + RM 1,274.00) ** Harga diatas tidak termasuk Duty Setem yang akan dikenakan.  ** Bagi kenderaan yang telah digunakan lebih setahun harga premium mungkin akan kurang setelah ditolak dengan NCB yang diperolehi. ...

Periuk Ajaib Idaman Suri Langkawi

Imej
Akhirnya dapat juga periuk ajaib ni... kebetulan suami adik ipar pergi berkursus di Langkawi jadinya teringat pulak dekat periuk ajaib murah dekat sana... terus minta cik isteri gi tahu adir ipar dia untuk belikan 2 periuk ajaib.. satu saiz kecil dan satu lagi saiz sederhana.. Periuk ajaib kami ni dari jenama Idaman Suri... yang popular tu cop ikan.. bukan yang tulah kami beli.. Jimat sikit beli 2 harga kurang dari seratus ringgit.. tak sabar nak bawa balik KL masak burger ni... hehe

Radiator Pula Yang Bocor | Kocek Pun Bocor Juga

Imej
Dugaan demi dugaan datang.. kenapa entah tiba-tiba terdetik hati nak check radiator kereta aku sehari lepas aku sampai umah mertua aku di Penang.. Macam biasa mula-mula aku buka cap radiator lepas tu aku tengok pasal apa air dalam tu kering.. kebiasanya air dalam tu akan bertakung.. dah tu aku check pulak tangki plastik air radiator.. sama juga air tinggal sikit dan hampir kering.. maknanya kemungkinan radiator aku dah bocor.. Cuma yang peliknya sepanjang perjalanan aku balik dari KL ke Penang temperature tak naik pun just maintain suhu macam biasa walaupun sepanjang perjalanan suhu di luar sangatlah panas. Niat dihati esok nak gerak balik KL sebab selasa dah kerja.. tapi macam kena tangguh dulu perjalanan sehari lagi sebab sehari dua ni takda bengkel kereta yang buka.. lagi pun sekarang ni tokey-tokey bengkel tengah cuti tahun baru cina.. Insyaallah esok pagi nak ronda kawasan Balik Pulau ni dulu cari bengkel yang boleh bagi harga murah untuk tukar set baru radiat...