Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Rumah Transit 1Malaysia

Imej
Satu inisiatif yang bagus untuk golongan bandar yang berpendapatan sederhana dan baru berkahwin untuk mendapat rumah sebagai tempat kediaman.. Rumah transit 1Malaysia berkongsepkan penghuni dikenakan sewa sebanyak RM250 sebulan selama 2 tahun sementara mendapatkan rumah tetap untuk didiami.. Info lanjut baca sini... http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/program_kpkt/RUMAH_TRANSIT.pdf

Harraz Pergi Lawatan Bersama Kawan-kawan

Imej
First time bagi kebenaran Harraz ikut rombongan sekolah bersama cikgu dan kawan-kawan kelas dia tanpa ditemani kami berdua.. selalunya kalau pergi mana-mana kami mesti ikut sekali.. Kali ni lapangkan dada dan bagi kepercayaan dekat cikgu dia untuk jaga anak kami sepanjang lawatan mereka hari ni.. katanya rombongan kali ini akan buat lawatan ke zoo dan kilang roti.. Semoga semua anak-anak dan cikgu dipermudahkan segala urusan dan diberi keselamatan pergi dan balik... amin

GST Pertamaku, Bangga Dapat Menyumbang Ekonomi Negara

Imej
Hari kedua perlaksanaan GST.. dapat juga merasa kena gst.. secara peribadi aku bangga sebab dapat menyumbang kepada keuntungan negara.. Kalau ikutkan perkiraan.. jika peniaga ikut step yang gst sarankan memang harga barang akan murah dari sebelumnya.. tetapi tidak terkecuali ada pihak yang akan ambil kesempatan menaikkan harga barang... Sebab tu kalau anda rasa anda tidak layak dikenakan gst oleh peniaga... terus buat aduan kepada pihak berkerkenaan untuk susulan lanjut.. Macam cerita semalam ada yang beli topup nilai Rm10... tapi bayaran yang dikenakan adalah Rm10.60.. bila ramai yang buat aduan.. hari ni pihak tersebut bersedia memulangkan semula nilai GST yang dikenakan pada pembelian topup tersebut.. Ada baiknya kita buat aduan kepada pihak yang berwajib dari kita mengamuk tak tentu pasal dekat kedai.... itu pandangan peribadi saya..

Dividen Sulong ASB2 2014 Mengujakan

Imej
Pastinya sapa yang melabur dalam unit amanah ASB2 akan menarik senyuman sepanjang-panjangnya kerana semalam pihak PNB telah mengumumkan agihan dividen sulung ASB2 untuk tahun 2014 adalah sebanyak 7.75 sen seunit.. TAHNIAH kepada semua pelabur ASB2 kerana anda membuat pilihan pelaburan yang bijak..