Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Selamat Tinggal 2015 Selamat Datang 2016

Imej
Pejam celik dah hampir berakhir tahun 2015 dan akan muncul tahun 2016... yang mana ramai meramalkan tahun 2016 tahun yang penuh mencabar dengan pelbagai peningkatan kos sara hidup terutama dibandar. Tidak ketinggalan masuk sahaja tahun baru banyak yang akan pasang azam tahun baru.. Begitu juga kami sekeluarga berazam supaya kami terus berusaha dan bekerja keras untuk tahun baru ini... semoga rezeki kami sekeluarga terus dimurahkan oleh Allah S.W.T.. tanpa usaha anggan-anggan sahaja tidak akan berjaya.. Sama2 kita berdoa semoga negara kita terus aman dan dipermudahkan mencari rezeki dibumi Malaysia ini.. posted from Bloggeroid

Dividen ASB 2015 7.25 Sen Bonus 0.50 sen Seunit

Imej
Sumber rujukan : Facebook PNB Alhamdulillah berita yang dinanti-nanti untuk penghujung tahun 2015 telah muncul.. walaupun lewat diumumkan seperti tahun sebelumnya.. tapi tidak mengapa masih dapat berita gembira pengumuman bonus dan dividen untuk pelabur ASB bagi tahun 2015. DIVIDEN : 7.25 sen BONUS : 0.50 sen Apa lagi jom kita buat anggaran berapa jumlah dividen yang kita perolehi tahun ni.. sebelum kita pergi serbu kaunter pejabat pos dan wakil jualan ASB pada 4hb Januari 2016 nanti.. Bagaimana? berpuasa hati dengan pengumuman dividen tahun ini.. walaupun menurun sebanyak 0.25 sen dari tahun 2014 tapi bagi pandangan peribadi saya masih berpuas hati dengan dividen yang diberikan. Jom tambah pelaburan tahun hadapan...  Sumber ilmu dan teknik pelaburan ASB berkesan

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6 Tahun

Imej
Alhamdulillah syukur tarikh hari ini 18hb Disember 2015 genap usia perkahwinan kami 6 tahun.. pelbagai rintangan dugaan yang kami bertiga lalui alhamdulillah kami masih mampu mengatasinya berkat kesabaran dan sokongan orang yang tersayang.. Semoga kami terus diberi kekuatan mengharungi liku-liku berumahtangga pada masa mendatang.. semoga ikatan yang dibina ini berkekalan sampai ke Syurga.. amin.. Terima kasih isteriku kerana menjadi orang terpenting dalam hidup ini dikala susah dan senang.. Seribu kemaafan dipohon jika selama menjadi ketua dalam keluarga ada yang terguris hati dan perasaan.. Happy Anniversarry Sayang.. Love U Forever.. posted from Bloggeroid

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Anakku

Imej
Alhamdulillah genap hari ni putera sulong kami 4 tahun... pejam celik dah 4 tahun dah... dah hujung tahun baru genap usia 4 tahun.. hehehe.. Semoga terus diberi kesihatan berpanjangan.. murah rezeki dan terus jadi anak yang solleh... Amin Belajar pandai-pandai sayang.. sebab ilmu yang adik belajar tulah yang adik akan guna bila dewasa nanti... Daddy dengan Mama doakan adik supaya akan berjaya dunia dan akhirat...amin.. posted from Bloggeroid