Cili Sakata 461 - Perkembangan Cili Pindah Tanam Dalam Polibeg
Jom kita tengok perkembangan cili besar ni dalam polibeg pulak.. Perkembangan anak pokok lepas dalam 10 hari lepas tanam.. usia 11 hari selepas tanam.. satu polibeg ditanam dengan 2 anak pokok usia 12 hari.. alhamdulillah pokok nampak segar selepas 27 hari selepas tanam.. pokok telah mengeluarkan banyak cabang-cabang "Y" lagi banyak cabang.. lagi banyak bunga akan keluar nanti.. Pokok terpaksa diberi sokongan dengan batang polipaip sbb pokok semakin tinggi dan mudah patah kalau ditiup angin.. jadinya kita ikat siap-siap batang cili di tiang sokongan tu.. Baja saya masih gunakan baca air dari AB dan juga seminggu sekali saya selang selikan dengan baca kopi dan baja kimia NPK 15:15:15. Perkembangan seterusnya akan dikemaskini pada masa akan datang.. Update Perkembangan cili hijau... 25-8-2019 buah cili telah kelihatan... buah cili lagi buah cili yang agak besar sedikit dan mula membesar.. bu...