Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2020

Cili Sakata 461 - Semai Waktu PKP

Imej
Alhamdulillah syukur diberi kesihatan lagi... dekat 2 bulan berkurung dalam rumah selang sekali pergi opis.. dalam masa duduk dekat rumah masa PKP dan sekarang PKPB ni.. sempat juga luangkan masa semai benih cili ni... saya pun dah lupa berapa hari usia cili ni.. hehehe Sepanjang disemai sehingga hari ini tidak pernah lagi anak benih ni di berikan baja dan hanya disembur dan rendam akar dengan air biasa sahaja.. jadinya untuk percubaan hari ini hari pertama anak-anak benih ni saya berikan baja dari produk kitosan (boleh google). Mengikut panduan semburan boleh dibuat ulangan selang 2 minggu sekali.. bukan sembur hari-hari.. tujuan untuk menguatkan pokok dari serangan penyakit dan memberi nutrisi lebih pada pokok. Nanti kita tunggu hasilnya.. dikatakan lepas 5 hari atau seminggu boleh nampak hasilnya dengan daun akan bertambah hijau dan segar.. Ok ini pulak salah satu anak benih yang saya dah pindahkan dari tray yang sama diatas 3 hari yang lalu untuk ujikaji.. s...