Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2024

Happy Anniversary Yang Ke-15

Imej
Alhamdulillah syukur pejam celik, bangun tidor dah 15 tahun kami bersama, rasa macam baru je nikah.. Tapi kalau tengok kad nikah dah 15 tahun rupanya. Masa berlalu begitu pantas, dialah teman serumah, teman gaduh, teman berjalan, teman shopping, teman segala teman.. Hehehe. Dia tak pernah kenal erti penat, seorang yang tak pernah berputus asa, berusaha terus mengejar apa yang dicita2kan.. Itulah dia isteri saya yang hebat.. Berkorban tenaga, wang ringgit, masa untuk membesarkan dan mendidik 2 putera hebat kami...  Semoga isteriku Nurfarahliana Binti Saad terus sihat, dimurahkan rezeki, panjang umur dan kita kekal bersama2 sehingga ke Syurga... Aamin...