Perkembangan Musang King Selepas Setahun 1/6/24 - 1/6/25
Assalamualaikum... Alhamdulillah pejam celik dah setahun usia pokok musang king yang ditanam, walaupun perkembangan tak berapa menjadi sebab mungkin kurang kasih sayang dan belaian. Antara punca utama pokok terbantut adalah mungkin keadaan tanah dan kekurangan bekalan air yang tidak mencukupi... Jadi ada beberapa pokok yang mati kekeringan sebab tak cukup minum... Hehehhe... Tapi takpe.. Kita mencuba je.. Kalau mati nanti kita tanam balik guna benih yang baru.. Yang penting jangan berhenti menanam selagi ada ruangan.. Plot 1A adalah pokok pertama yang ditanam... Plot 1A antara pokok paling awal jadi arwah.. Kurang air kering.. Plot 2 A ni benih masa tanam. Antara yang sihat.. Plot 2A antara pokok yang nampak subur sikit dari yang lain2 Plot 3A diawal penanaman swtahun lalu.. Pokok benih kurang sihat masa ditanam.. Tapi kita cuba je tanam mana tahu hidup.. Plot 3A ni pokok na...