Catatan

Tiket Teater Badai Semalam Mula Dijual

Imej
  Salam semua, Hai sejak bila pulak aku pandai gi tengok teater ni.. opsss nanti dulu aku sebenarnya tak gi tengok pon teater lagi pon sepanjang hayat aku tak pernah lagi tengok teater walaupun opis sebelah je dengan Istana Budaya. Sebenarnya aku gi istana budaya tadi belikan tiket untuk kawan cik Malarang .. kira ni first timelah juga beli tiket teater ni.. kalau tiket wayang harga dalam belas-belas ringgit je.. tapi lain dengan teater ni sampaikan 2 ke 3 ratus beb satu kerusi tu.. apa yang bestnya ye? Nilah dia banner yang ada dekat  istana budaya tadi.. teater ni akan bersiar pada 11-20 November 2011 .. pelakon boleh tahan juga, ada Erra Fazira dengan Hero Malaya Aaron Aziz, patut aku gi tadi tak ramai lagi orang beli rupanya belum start lagi.. tapi yang pelik kerusi yang nak ditempah tu semua dah penuh.. penyudahnya ambilkan kerusi paling tepi. Suasana kauter tiket diistana budaya.. boleh dibilang dengan jari orang yang tengah beratur nak beli tiket tadi.. wa...

Tiba-tiba Mengidam Pizza Hut Pulak

Imej
  Salam semua, Sebut je nama Pizza Hut akulah salah sorang penggemarnya.. kekadang tu kalau dah teringin sangat sampaikan seminggu 2 kali aku terjah Pizza Hut ni.. Kebetulan dekat area umah aku tu memang dekat sangat dengan Pizza Hut so memang takda alasanlahkan tak nak gi makan kalau ada menu baru. Tiba-tiba pulak aku ternampak iklan dekat FB Pizza Hut tadi, wah ada menu baru rupanya.. tengok macam menarik.. kalau tak cuba tak tahukan.. kebetulan pulak Harimau baru je mengaung hari ni.. hehehe.. memang macam dah tahap wajib terjah je petang ni.. hehehe. Nilah dia menu baru dari Pizza Hut , Pizza Hut Ultimate Cheesy 7 Pizza , amacam menarik tak?   Siap dah ada model lagi tu.. ingat model tu tak jual ye.. yang jual hanya Pizzanya sahaja.. hehehe. Ada sapa-sapa tak nak belanja aku makan pizza hari ini? Sayangku nak belanja abg tak makan pizza petang ni? hehehe

Wordless Wednesday #13 | Pengorbanan Seorang Isteri

Imej
  Salam semua, Sanggupkah korang buat macam ni terhadap isteri korang? Hargailah pengorbanan seorang isteri terhadap suaminya.

Toyota Passo 2007 Idaman Kalbu

Imej
  Salam semua, Musim-musim kekeringan idea ni, rasanya baik aku kongsikan gambar je.. so hari ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar kenderaan idaman aku yang menyerupai Myvi.. Kalau korang perasan tentu korang pernah jumpa model-model kenderaan ni di atas jalan raya malaysia.. yang sememangnya menjadi kesukaan pak JPJ mencari duit kopi.. hehehe. Kenderaan ni  berasal dari negara matahari terbit di kenali sebagai Passo keluaran Toyota yang mana memang tidak dijual di Malaysia kerana di Malaysia dah ada Myvi keluaran Perodua. So kalau korang terjumpa dijalan raya Malaysia kemungkinan besar kenderaan tu telah diconvert oleh peminat-peminat passo ni.. tapi tidak mustahil ada sebiji dua passo Ori diatas jalan raya negara kita kerana sudah ada beberapa syarikat pengimport kereta terpakai cuba menjualnya di Malaysia… tapi perlu diingat harga yang cuba dijual sangat GILA sehingga harganya menyamai Myvi Lagi Power Lagi Best. Apa yang menariknya aku sendiri mema...

Video Kemalangan Maut Indycar Di Las Vegas Speedway 2011

Imej
  Salam semua, Tengah-tengah layan Facebook tiba-tiba aku tengok satu berita dari facebook berita harian mengenai kemalangan maut yang melibatkan 15 buah jentera lumba Indycar. Serius aku katakan ni first time aku dengan nama perlumaan IndyCar ni.. tapi setelah aku google tadi baru aku tahu jentera Indycar ni hampir menyamai jentera F1 tapi tidak sama. Sedikit sumber berita tentang Formula F1 Vs Indycar Jom layan Video kemalangan maut ni. Pemandu IndyCar maut ketika berlumba 2011/10/17 LAS VEGAS: Pemandu kelahiran Britain, Dan Wheldon terbunuh dalam kemalangan buruk pada siri akhir perlumbaan Las Vegas 300 IndyCar, pagi tadi. Wheldon, 33, pemenang Indianapolis 500 pada Mei lalu, mati akibat kecederaan parah selepas keretanya melambung ke atas sebuah kereta lain dan merempuh pagar ketika kemalangan membabitkan 15 kereta. Beberapa kereta lain turut melambung manakala selebihnya terbabas akibat terbakar. Ketua Eksekutif IndyCar, Randy Bernard, berkata pihakn...

Sayang Isteri Turut-turutkan, Mengidam Corningware Katanya

Imej
  Salam semua, Kalau korang sayang sesorang, bila yang korang sayang tu minta sesuatu korang turutkan tak permintaannya? Jawapan korang tu ko simpan ye.. hehehe Selalunya orang yang mengandung ni biasanya mengidam nak makan makanan pelik-pelik tapi cik malarang kali ni mengidamnya lain macam.. korang tahu boleh dia mengidam nak set barang-barang corningware.. hahaha.. korang yang biasanya dengan barang-barang corningware ni mesti kenalkan macam mana rupanya. Di sebabkan sayang punya pasal aku turutkan jelah keinginannya..hehehe, so setelah barang yang ditempah tu sampai.. punyalah happy dia.. hari yang sama corningware tu sampai di suruhnya aku gi ambil barang tu dekat opis dia.. tapi aku saja je lambat-lambat gi ambil..hehehe, aku kata biarlah dulu sayang dekat opis tu.. nanti hujung minggu kita gi ambil ye.. Mula-mula monyok lepas tu disembabkan aku janji nak ambil ujung minggu so dia senyumlah balik dengan cik abg dia ni.. hehehe. Seperti yang aku dah janjikan semalam...

Gambar MyKad Baru dan Ciri-ciri Keselamatannya

Imej
  Salam semua, Seperti yang aku ceritakan semalam JPN akan mengeluarkan Mykad Baru mulai Januari 2012 dan hari ini pengumuman telah dibuat oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Kluang . Sumber foto : Utusan Online Berita selanjutnya berkenaan MyKad Baru ni boleh dibaca di website BERNAMA