Catatan

Kenapa Samsung Galaxy SII Menjadi Gadget Impian Aku

Imej
  Salam semua, Masih ingat tak entri aku yang bertajuk “ Contest Gadget Impian Dari Denaihati ”.. kalau masih ingat pastinya korang nak tahu kenapa aku nak sangat-sangat Samsung Galaxy SII ni? Sebelum tu korang tengok dulu Spesikasi Samsung Galaxy SII ni Samsung Dual Core Application Processor *Dimensions: 125,3 x 66,1 x 8,49mm *Layar: 4,3″ WVGA SUPER AMOLED Plus GPS 1080p full HD video recording 32GB internal memory 1GB RAM 32GB of flash storage 4.3″ Display 3.5mm audio jack 4GB ROM WiFi super-slim microSD card slot ambient light sensors Android 3.0 Wi-Fi 8 megapixel camera Bluetooth Sistem Operasi Android Gingerbread Network: HSPA+ 21Mbps/ HSUPA 5.76Mbps Macam mana dah tengok spesifikasi Samsung Galaxy SII ni.. pasti menarik bukan dan kalau tengok dari spesifikasinya.. sudah pasti ianya satu gadget yang memenuhi tuntutan kerja aku dan sebagai part time blogger juga dengan adanya gadget ni memudahkan aku untuk mengupdate blo...

Checkup Minggu Ke-36 Di KPJ Damansara

Imej
  Salam semua, Dua minggu yang lalu dah datang dekat KPJ Damansara ni untuk checkup minggu ke-34 .. so hari ni kita orang datang untuk checkup minggu ke-36.. Tak tahu lagi ni apa doktor cakap kali ni.. harap-harap semua ok2 jelahkan. Pagi ni kami orang kedua yang daftar dekat Klinik Ibu mengandung ni.. so sementara tunggu doktor sampai.. kita gilah sarapan dulu.. Tengok tu nak pulak cik malarang ni posing untuk bergambar.. selalu susah sangat nak ambil dia posing sebenarnya.. hehehe Macam biasalah sebelum jumpa doktor mesti gi sarapan dulu.. aku kalau sarapan dekat KPJ ni mesti macam makan tengahari beb.. hehehe.. ni semua gara-gara lauk yang dekat cafe KPJ ni semua sedap-sedap. Oklah nanti aku update lagi entri ni.. lepas aku jumpa doktor ye.. aku nak sambung makan sat.. :-)

Tinggal 31 Hari Lagi Dari Tarikh Jangkaan

Imej
  Salam semua, Hari ni aku nak cerita sikit berkenaan perkembangan baby dalam perut cik malarang .. sepatutnya entri ni cik malarang yang tulis sendiri.. sebab dia je yang tahu macam mana rasanya orang mengandung ni.. tapi takpelah biarlah aku yang tulis sebab sejak dia berbadan dua ni.. memang mood untuk menulis entri tu memang tak ada langsung.. kekadang aku paksa je update blog dia supaya tak bersawang.. hehehe. Apa yang aku cuba buat tu sebenarnya.. hahaha Ok.. kita sambung semula ye.. sedar tak sedar minggu ni dah nak masuk 9 bulan baby dalam perut tu.. dan kalau ikutkan widget tempoh baby nak lahir tu menunjukkan lagi 31 hari atau sebulan lagi.. Wah tak sabar rasanya aku nak tukar status ni dari suami kepada ayah.. hehehe.. Nama baby dah ready tinggal tunggu baby keluar je.. terus bagi nama… hehehe. Doa-doakan lah ye semoga cik malarang nanti di permudahkan untuk bersalin dan semuanya selamat.. aku nak cerita panjang pon tak pandai sangat ni.. cuma apa yan...

Wordless Wednesday #14 | Senja Pagi

Imej
  Salam semua, Lokasi : Bandar Sri Damansara, Jam 6.41 pagi

Setiap Orang WAJIB Tengok Gambar Ni…..

Imej
  Salam semua, Mungkin ada antara korang yang dah pernah nampak gambar-gambar dekat bawah ni.. tapi bagi yang belum pernah tengok korang renung-renungkanlah ye. Ada mesej yang cuba disampaikan dalam gambar-gambar dibawah ni. Cuba bayangkan betapa mewahnya orang-orang arab ni time makan.. macam setahun tak makan beb.. Korang tengok dia orang masak bukan sikit.. tapi macam masak untuk jemputan satu negara nak makan.. masak pakai kawah yang cukup besar gila. Pernah ke korang tengok orang makan macam ni? Dan penyudahnya makanan yang tak habis tu dibuang begitu sahaja.. sungguh membazir pak arab ni.. - - - Dari satu sudut lain.. ada manusia yang terpaksa merangkak cari makanan termasuk sisa-sisa makanan orang lain..   Korang perhatikan apa yang anak-anak ni makan.. huhu.. sedih seh aku tengok.. sampai satu peringkat dah takda makanan.. so nilah jadinya.. mati kebuluran.. dekat malaysia pernah tak korang dengar manusia mati ...

2nd Maternity & Children Expo | 18th – 20th November 2011

Imej
  Salam semua, Minggu lepas sempat aku gi pameran pengantin dekat Mid Valley .. tengah-tengah nak masuk tu tiba-tiba ada sorang promoter tu bagi pamplet dekat cik malarang sekali aku tengok.. wah! bagus ni.. macam dia tahu-tahu je aku tengah nak shopping barang-barang baby lagi ni.. hehehe. Nilah dia pamplet  yang dia bagi dekat wife aku.. 2nd Maternity & Children Expo yang akan berlangsung di Mid Valley pada 18 – 20 November 2011. Jadi kepada yang sedang mencari barang-barang keperluan baby & kanak-kanak rasanya nilah peluang terbaik korang beli barang-barang tu.. sebab biasanya time expo nilah barang-barang dijual dengan murah. Insyaallah aku dengan cik malarang dah plan lama nak gi expo ni.. rasanya kalau aku tak bawa dia mau dia merajuk sebulan dekat aku.. hehehe.. betul tak sayang? Maklumat tentang expo korang boleh rujuk di website ini .

Mahal-mahal Pon Aku Beli Juga

Imej
  Salam semua, Sapa yang tak suka makan pisang angkat tangan? rasanya kebanyakkan orang suka makan pisang.. termasuklah aku dengan cik malarang . Kebetulan semalam petang cik malarang kirim beli pisang masa aku ontheway balik koje.. so aku singgahlah beli satu sisih dekat area umah aku.. pisang tu yang dekat gambar atas. Korang tahu berapa harga pisang satu sisih ni? lepas timbang je berat hampir 2 Kg.. wah berat juga pisang berangan ni.. tokey kedai tu cakap “ RM9.50 adik ”.. mula-mula aku termenung kejab.. mak ai.. mahalnya.. dulu masa aku tanam pisang dekat kampung.. harga setandan baru RM10.00 tapi dekat bandar ni.. bukan setandan.. tapi satu sisih je.. dah dekat RM10. Nak makan punya pasal aku beli juga.. Aku rasa lepas ni aku nak berniaga buah pisang baliklah kalau macam ni.. hehehe.