Catatan

Berbuka Dengan Bubur Lambok Pak Hassan Kg Baru

Imej
Alhamdulillah semalam petang dapat juga rasa bubur lambok pak Hassan Kg. Baru.. Selalunya kalau gi beli kena beratur panjang.. Tapi aku semalam takyah beratur sebab ada rakan opis yang gi beli lebih dan aku beli dekat dia je.. Hehehe.. Menu lain semalam adalah popia basah... Rasanya boleh tahan juga... Yang ni wajib ada.. Kurmalah.. Yang ni aku ambil dekat surau IJN masa lepas solat Jumaat.. Masa tu ada orang sedekah kurma dekat jemaah surau.. Semoga terus dimurahkan rezeki orang yang amal jariah ni.. Yang ni pulak apa kes... Hehehe.. Harraz pun tengah buka puasa dengan laksa johor.. Laksa johor ni menu mama harraz... Harraz makan spegeti dia je... Published with Blogger-droid v2.0.10

Honda Jazz Baru CKD Bulanan Serendah RM755

Imej
  Assalamualaikum dan salam ramadahan semua, Bila bulan puasa je.. macam-macam promosi kereta baru dikeluarkan.. ada yang tawarkan rebat cash.. dapat baucer petrol, baucer tinted dan macam-macam baucer lagilah.. Semalam aku terbaca dekat blog Arena Kereta yang mana Honda Malaysia telah melancarkan semalam model CKD mereka untuk model Honda Jazz petrol .. yang model hybrid dah dilancarkan tahun lepas.. Apa yang menarik adalah tentang harga untuk model CKD ni.. yang mana harganya telah dikurangkan sebanyak RM25k dari model import penuh CBU.. Jazz CBU ni dimport dari Thailand.. Mungkin berita ni menjadi berita baik kepada yang nak beli kereta baru musim perayaan hari raya nanti.. Kalau hadiahkan sebiji dekat cik malarang mesti dia sukakan.. hehehe *** Lain-lain sumber berita dari : Berita Harian Online

JIka anda hilang pekerjaan, ilmu ini akan menyelamatkan keluarga anda.

Imej
  Salam ramadan semua, Pernahkah anda terfikir sekiranya anda kehilangan pekerja suatu hari nanti. Ini tidak mustahil kerana ia pernah berlaku semasa kegawatan ekonomi 1998 dulu. Jika anda kehilangan pekerjaan, bagaimana nasib keluarga anda. Adakah anda nak biarkan keluarga anda kesusahan. Apa kata anda mula belajar bisnes makanan untuk anda survice dalam apa juga keaadan. Bisnes makanan yang menguntungkan ialah bisnes putu kerana ramai yang telah berjaya dengan bisnes putu ini. Tidak hairanlah sebuah syarikat MD putu bambo world membuka banyak cawangan putu bambu di selangor Kini anda boleh juga berjaya dengan bisnes putu yang lumayan ini. Dengan panduan Pakej lengkap Rahsia Aneka putu ini, anda pasti mampu menjana pendapatan yang lumayan. MODUL 1 : MEMBUAT PUTU HOMEMADE MODUL 2: MEMBUAT PUTU KOMERSIAL MODUL 3 : PUTU KOMERSIAL NEW EDITION MODUL 4 : MEMBUAT ANEKA INTI PUTU MODUL 5 : CARA PENGIRAAN KOS PUTU MODUL 6 : STRATEGI BISNES PUTU U...

Gagal Berbuka Puasa Di Rumah Puasa Pertama

Imej
Assalamualaikum dan salam ramadan semua... Pada awalnya aku ingatkan dah balik awal 4.30 petang bolehlah aku santai-santai berbuka dekat rumah bersama cik isteri dan anak.. Tapi semuanya gagal gara-gara jem teruk masa aku ontheway balik melalui lebuhraya NKVE.. Sampai-sampai area rumah dah 7.15 lagi 15 minit nak buka.. Memang tak sempatlah nak singgah beli juadah dekat bazar.. Walaupun sebelah rumah je... Harraz pulak masa tu tak ambil lagi... Aku terus cakap dengan cik isteri.. Takpelah.. Lepas ambil harraz kita terus berbuka dekat kedai jelah.. Nak tak nak lokasi berbuka puasa aku sekeluarga hari ni.. Adalah dikedai mamak sahaja... Takpelah janji dapat berbuka juga.. Bukan berbuka dalam kereta macam tahun sebelumnya.. Esok punya nasib tak tahu lagi.. Berjaya berbuka dirumah atau tidak.. posted from Bloggeroid

Cara Mudah Kuruskan Badan Tanpa Kos

Imej
  Assalamualaikum dan salam ramadan semua, Pagi ni aku ada terbaca berita dari yahoo entertainment dengan tajuk Kuruskan Badan Dengan Tidur Berbogel? .. nampak bunyi macam pelikkan.. tapi sejauh mana kebenaran dakwaan ini.. Sumber dari yahoo entertainment Ada yang dah berjaya kurus dengan kaedah ni ke? Apa komen korang.. ada yang komen dalam ruangan berita tu katanya.. ni cara malas orang nak bangun pagi gi bersenam.. hehehe.

Ada Rezeki Tahun 2047 Baru dapat Tunai Haji

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kebetulan semalam dan hari ni ada kauter Lembaga Tabung Haji dibuka dekat opis aku.. jadi aku pergilah semak samada pendaftaran haji aku tahun lepas dah dibuka atau belum.. Bukan apa.. tahun lepas ada juga Lembaga Tabung Haji buka kaunter pendaftaran dekat opis.. jadi masa tu aku ambil kesempatan buka buku akaun Tabung Haji untuk kami bertiga sekeluarga.. Aku dengan cik isteri daftar sekali untuk pergi tunaikan Haji guna penyata akaun KWSP… tapi masa tu dia takda bagi aku salinan bukti yang aku dah daftar ke belum.. So aku terus semak dekat kaunter dekat opis tadi yang permohonan aku sebelum ni dah wujud atau tidak.. sekali di check alhamdulillah aku dengan cik malarang dah ada akaun untuk tunaikan haji.. kalau ikutkan tarikh yang di peruntukkan tu aku dengan cik isteri insyaallah akan sampai giliran pada tahun 2047.. masa tu usia aku dah 60 tahun lebih.. hehehe Takpelah tak kisah bila peruntukkan masa tu.. yang penting ...

Tambang Murah AirAsia Bermula Dari RM5 | Tempah Hari Ini

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kebetulan aku ada register akaun dengan Airasia .. so setiap kali ada promosi mesti dia akan hantar email tentang promosi tu.. jadi bila aku buka je email aku terus aku tengok satu promosi dari airasia ni.. Airsia hari ini memulakan kempen tambang murah serendah RM5 sahaja dan penumpang hanya perlu membayar yuran dan cukai lapangan terbang sahaja mengikut kadar yang telah ditetapkan.. Andainya korang nak merancang percutian pada tahun hadapan.. bolehlah buat tempahan bermula hari ini.. Tempoh Menempah : 8 Julai 2013 - 14 Julai 2013 Tempoh Penerbangan : 10 Februari 2014 - 5 Ogos 2014 Rasanya tahun depan nak terbang pergi mana ye? TEMPAH SEKARANG ** ada juga cuba-cuba masukkan tarikh nak terbang tahun depan.. oklah kira murah jugalah kalau kena pada time dan tarikh promosi tu..