Catatan

First Day School

Imej
Alhamdulillah semua dah selamat di hantar ke sekolah baru untuk hari pertama.. bangun pagi pun takda masalah.. semua berjalan lancar pagi ni.. alhamdulillah.. kebetulan kami dah rancang awal untuk cuti 2 hari bagi monitor anak sehari dua ni.. so takdalah kelam kabut sangat.. Orang paling sebuk adalah mama dia yang uruskan kelengkapan persekolahan Harraz.. dari sebelum cuti sekolah lagi sampai malam tadi.. tq mama harraz.. u memang mama terbaik untuk Harraz.. Semoga Muhammad Harraz Fahim dapat menjadi anak yang soleh dan jadi insan yang bermanfaat dgn ilmu yang dipelajari di sekolah nanti amin.. Jomlah kita tengok foto-foto harraz hari ni..

Dividen Dan Bonus ASB 8.25 sen Tahun 2017

Imej
Alhamdulillah syukur.. Dividen ASB untuk tahun 2017 telah pun di umumkan semalam yang mana kadar dividen tahun ni lebih tinggi berbanding tahun 2016. Untuk kali ini PNB juga memberikan Bonus khas untuk 10,000 unit yang dimiliki pemegang dana sebanyak 1% atau RM100 yang mempunyai dana simpanan 10,000. Kredit image : awani Online Kepada pemilik dana, dividen akan di kreditkan pada 1hb Januari 2017 nanti didalam akaun masing-masing.. dan yang dah ada berdaftar di myasnb boleh semak secara online. Semoga dividen yang dapat kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya.. Semoga PNB selaku pengurus dana dapat terus maju dan memberikan pulangan yang terbaik buat pemegang saham semua.

Happy Anniversary Yang Ke-8 Sayangku

Imej
Alhamdulillah 18hb Disember 2017 genap usia perkahwinan kami 8 tahun.. pejam celik macam baru je akad nikah.. padahal dah 8 tahun berlalu.. Tidak dinafikan sepanjang 8 tahun pelbagai rintangan dan liku-liku yang kami hadapi.. alhamdulillah ujian yang diberikan kepada kami masih mampu dihadapi dengan hati yang tenang.. seperti kata pepatah sedangkan lidah masih tergigit inikan pula suami isteri.. pasang surut alam rumahtangga ni dah jadi lumrah kehidupan.. Semoga hubungan kami suami isteri terus berkekalan sehingga ke syurga amin.. doakan kebahagian kami. Buat isteriku.. terima kasih masih sudi bersama abang susah dan senang.. semoga mahligai kita ini akan berkekalan sehingga ke syurga amin.. Andai sepanjang abang menjadi nakhoda kapal pelayaran kita ada menyinggung dan menyakiti hatimu.. abang susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf.. Akhir kata.. love u & miss u forever sayangku..

Genap 6 Tahun

Imej
Alhamdulillah, pejam celik siang malam akhirnya genap sudah umur anak comel kami 6 tahun. Masa begitu pantas berlalu.. tahun depan masuk umur 7 tahun dan mulalah alam persekolah yang tidak akan habis lepas ni. Semalam punyalah seronok mamanya sambutkan birthday dia dekat opis dengan dekat kedai area Mid Valley. Layan dulu gambar-gambar Harraz semalam sambut dekat rumah.. Video sambutan birthday Harraz Senyum dulu sebelum tiup lilin Fuh....Fuh.. lilin tak padam.. hahaha Happy Birthday Harraz Seronok dapat hadiah.. tq dekat untie Merry bagi hadiah dekat harraz Doakan semoga keluarga kami sentisa berbahagia sampai ke syurga.. Daddy dan mama sentiasa doakan Harraz menjadi anak yang soleh, sihat & murah rezeki sepanjang masa. Jadilah orang yang baik2 bila besar nanti.. amin..

Percuma Tol Sebulan Duke Fasa 2- Sri Damansara Link

Imej
Alhamdulillah selepas lebih 2 tahun pembinaan Lebuhraya Duke Fasa 2 (Sri Damansara Link) ni dimulakan pada tahun 2015 akhirnya semalam telah dibuka secara rasmi dengan pemberian tol percuma selama sebulan.  Pengalaman pertama menggunakan lebuhraya baru ni pada hari kedua pembukaan.. sangat luas dengan 3 lorong kiri dan kanan. Dapat menjadikan laluan pintas ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.. Selamat memandu semua, berhati-hati dijalan raya dan kawal kelajuan pemanduan anda semua, pesanan untuk rakan-rakan dan diri sendiri..

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-8 di 1 Muharram 1439H

Alhamdulillah pejam celik dah genap 8 tahun aku menikahi isteri aku.. susah senang.. merajuk.. menangis.. bergurau.. senyum dan ketawa dah jadi asam garam berumahtangga ni.. Sebagai seorang ketua keluarga sifat tolak ansur penting untuk menjaga keharmonian rumahtangga.. Alhamdulillah cahaya mata penyejuk hati juga dah nak masuk 7 tahun.. insyallah tahun depan dah masuk sekolah darjah 1... bermulalah episod belajar tanpa henti.. Sempena masuk tahun baru islam ni.. kami sekeluarga mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam seluruh dunia.. dan doakan juga keluarga kami sentiasa aman bahagia sehingga ke Syurga... amin..

Mesin Basuh Nazak... Oh Tidak...

Imej
Menjangkau usia 8 tahun Mesin basuh separuh auto aku buat hal kali ke-2, 2 tahun yang lalu pernah buat hal juga tengah2 basuh motor berhenti pusing.. sekali check rupanya motor dah jem.. so penyudahnya pergi kedai Jalan Pasar area pudu beli sparepart dan repair sendiri..  Alhamdulillah sampai sekarang masih boleh mencuci..walaupun kekadang tak sekuat sebelumnya.. Tapi 3 hari lepas, lepas je nak cuci nak pindah ke pengering.. tekan butang kering tu.. takda apa respone macam sebelum ni.. senyap sunyi habis tombol tu pusing ikut waktu kering.. keluarkan baju masih basah lagi.. maknanya pengering tak berfungsi... huhu.. Lebih kurang macam nilah aku punya dekat rumah tu jenama Sharp separa auto Penyudahnya perah pakai tanganlah satu-satu baju tu..  Disebabkan kami ni memang akan basuh baju 2 kali seminggu nak tak nak kena cari gantian baru untuk mudahkan kerja-kerja kami.. Dan keputusannya beli baru yang automatik sepenuhnya ... Hope yang baru ni dapat ber...