Catatan

🎉 Lagu Anniversary 🎉 16 Tahun 🎉

Imej
Lirik lagu ini di tujukan Khas Buat Isteri Tercinta... Nurfarahliana Binti Saad.. Semoga Pengorbanan susah senang selama ini Allah yang akan balasnya... Happy Anniversary Sayang Yang Ke-16.. Love U Forever...  (klik Untuk Dengar Lagu)   Enam belas tahun, kita berdua Bersama meniti, suka dan duka Cinta kita, tak pernah luntur Tetap kuat, seperti batu karang di laut Kita berjanji, untuk setia Selama-lamanya, kita bersama Dengan cinta, kita akan terus maju Enam belas tahun, dan selamanya Kenangan kita, seperti bunga mekar Indah dan harum, tak pernah pudar Kita berdua, satu hati, satu jiwa Cinta kita, tak pernah berakhir Kita berjanji, untuk setia Selama-lamanya, kita bersama Dengan cinta, kita akan terus maju Enam belas tahun, dan selamanya Kita akan terus, meniti jalan Dengan cinta, kita akan terus maju Enam belas tahun, kita telah lalui Dan kita akan terus, bersama selamanya Kita berjanji, untuk setia Selama-lamanya, kita bersama Dengan cinta, kita akan terus maju E...

Hari ke 21( 3 Minggu ) : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Kaki Kanan Masih Ada Kebas

Alhamdulillah 21 hari dah atau masuk 3 minggu selepas pembedahan... Aktiviti masih terbatas adakalanya berjalan masih macam kura2 bila datang bisa pada bahagian pembedahan..  Luka pembedahan hampir sembuh.. Tetapi bisa didalam masih terasa.. Lagi2 selepas bangun tidur atau duduk yg lama...  Doakan semoga terus sihat.. Aamiin 

Hari ke 14 ( 2 Minggu ) : Selepas Pembedahan (Slipdisc) 1st follow-up Physio di Rehab KPJ2

Imej
Alhamdulillah pejam celik dah masuk hari ke-14 selepas pembedahan... Berjalan pelan-pelan dalam rumah alhamdulillah.. Masih perlukan walker kalau lama duduk untuk berjalan.. Sebab bahagian operation akan rasa mengilu bila berdiri selepas duduk yang lama.. Untuk 1st follow-up Physio di pusat Rehab KPJ2 ni.. Ditemani cik isteri...  Antara physio yang dibuat hari ni... Adalah renjatan elektik pada bahagian belakang selama 15 minit... Selepas tu rehat 2 ke 3 minit.. Sambung prosedur letak ais di belakang bahagian pembedahan selama 15 minit..  Tujuan ais tu untuk kurangkan bengkak.. Sebab mass banyak berjalan dirumah hari tu tetiba belakang naik bengkak.. Terus cari ais pack bubuh belakang.. Sebab hospital ada bekalkan bawak balik umah.. Jadi untuk first physio ni 2 sahaja physio yang dia buat... Next appointment lagi seminggu.. Kita tengok lepas ni masih sama atau ada tambahan jenis physio...  Pegawai rehab tu kata untuk dr. Yang buat pembedahan saya t...

Minggu Pertama : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Kebas-Kebas Kaki dan tangan

Imej
Alhamdulillah hari berganti hari.. Tanpa sedar dah seminggu berlalu selepas pembedahan.. Alhamdulillah bangun, duduk, berjalan perlahan dah berdiri boleh buat secara sendiri.. Cuma kalau duduk lama nak bangun agak lambat sikit.. Begitu juga lepas baring yang lama ambik masa sikit untuk bangun duduk dan berdiri.. Tapi alhamdulillah masih boleh buat sendiri.  Pergerakkan ke bilik air juga alhamdulillah ok.. Walaupun sentiasa berjaga-jaga untuk elakkan dari terjatuh.. Rutin harian sejak balik rumah.. Baring, tengok tv, duduk, makan ubat, tidur diulang- ulang... Hehehhe.. Insyallah jika ada perubahan yang ketara nanti saya cuba kongsikan lagi.. Mungkin lepas ni seminggu sekali saya akan kongsikan perkembangan selepas pembedahan.. 

Hari 4 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Boleh Balik Rehat Di Rumah

Imej
Alhamdulillah... Masuk hari ke-4 semakin baik... Seawal pagi nurse dah datang nak cabut saluran beg kencing.. 2 orang nurse datang bantu.. Alhamdulillah lepas buang beg kencing dah boleh kencing secara normal tanpa sebarang komplikasi... Begitu juga lepas beberapa hari tidak dapat membuang air besar lepas nurse berikan ubat alhamdulillah berjaya juga buang air besar pertama kalinya.. Sebab risau takda perasaan nak membuang selama 4 hari walaupun makan.  Hari ke-4 juga dapat kunjungan rakan-rakan pejabat... Terima kasih sudi datang ziarah.. Sebelah paginya ada buat physio untuk ais pad dan renjatan elektik.. Serta latihan berjalan untuk satu pusing u diluar wad..  Ni alat buat renjatan elektik di bahagian belakang so kita dapat rasa macam kena gigit dibelakang dalam masa 15 minit..  Sebelah petang Dr Bedah saya datang buat pemeriksaan dan memaklumkan saya dah boleh discharge untuk hari ke-4 alhamdulillah so dapatlah sambung berehat di ru...

Hari 3 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) Tak Boleh Tidor Malam

Imej
Alhamdulillah ketemu lagi update harian selepas pembedahan.. Untuk next day after post-surgery hari ke-3 tak sama macam sebelumnya.. Sebab pergerakkan ada sedikit terbatas dan mula rasa ngilu dah tidak selesa bahagian kanan punggung ke lutut.. Kalau berdiri seperti lemah tutut dan mcm nak jatuh mungkin juga sebab hari sebelumnya banyak berjalan. Kesakitan hanya melibatkan bahagian kanan sahaja... Sebelum pembedahan sakit teruk bahagian kiri sampaikan hujung ibu jari kaki kiri kebas... Ada sesekali sakit sama pindah ke kanan juga tapi banyak di kiri.. Jadi lepas pembedahan ni.. Alhamdulillah sakit bahagian kiri hilang hampir 100% masalah sebelumnya..  Ada tanya doktor kenapa pindah sakit sebelah kanan.. Dia kata sebab sebelah kanan tengah support sakit sebelah kiri dan lama-lama akan kembali ok.. Dr. Bekalkan ubat tahan sakit sahaja sebab penggunaan Moffin dah diberhentikan sejak hari ke 2 lagi.. So mungkin segala sakit selama ni ada tapi cover by ubat moffin.. So bila moffin stop b...

Hari 2 : Selepas Pembedahan (Slipdisc) First Physio Asas

Imej
Alhamdulillah masuk hari ke-2 dah boleh duduk sedikit dan mula buat physio asas... Antara physio awal kaki kena turunkan ditepi katil sambil duduk lepas tu jejakkan kaki ke lantai untuk cuba jalan guna Walker... Pusing satu pusingan tepi katil guna walker pelan-pelan.. Alhamdulillah oklah sikit.. Dr. Pun dah datang hari ni.. Untuk cabut drain darah dekat belakang.. Katanya drain tu untuk keluarkan saki baki darah masa operation tu..  Lepas cabut tiup tu nampaklah berlubang sikit.. So selesa sikit nk jalan takda drain tergantung dekat belakang..  Insyallah esok Doktor katanya nak cabut drain untuk tiup kencing pulak.. So lepas ni lebih selesa sikit harapnya..