[Digi Gadget] Wireless Mobile Router (MiFi) Review Part-1


Alhamdulillah, mungkin kali ini adalah rezeki raya aku sebab aku telah dipilih oleh pihak Digi untuk membuat sedikit review berkenaan produk terbaru Digi Internet iaitu Wireless Mobile Router @ Mobile WiFi(MiFi). Selama 2 hari aku gunakan MiFi di rumah dan di pejabat ianya memang memberi kepuasan semasa melayari internet. Dibawah aku berikan sedikit review berkenaan MiFi.

Apa itu Wireless Mobile Router @ Mobile Wi-Fi (MiFi)

MiFi merupakan device @ peralatan yang dikeluarkan oleh pihak Digi untuk memboleh pengguna menggunakan internet dimana sahaja dengan berkongsi talian internet yang sama. Sistem yang dilengkapkan dengan Router membolehkan device dihubungan kepada maximum 5 peranti yang mempunyai isyarat WiFi dalam satu masa.

MiFi boleh dihubungankan dengan peralatan seperti iPad, iPod Touch, PSP, Netbooks, Laptops dan apa jua device yang mempunyai signal WiFi.

Hanya dengan menekan butang On pada MiFi talian internet sudah bersedia untuk digunakan dan peralatan yang mempunyai perkhidmatan WiFi sudah boleh disambung ke MiFi.

MiFi di bekalkan bersama dengan cable USB, Manual Pengguna & Kad Jaminan


Antaramuka yang menarik dan mempunya lampu Led bagi panduan signal MiFi


Manual juga dibekalkan dibelakang MiFi sebagai rujukan


Antara ciri-ciri menarik MiFi

* Menyokong Sistem HSUPA/HSDPA/UMTS 2100 MHz dan
EDGE/GPRS/GSM 850/900/1800/1900 MHz
* Mempunyai kelajuan sehingga 7.2 Mbps (download) & 5.76 Mbps (upload)
* Boleh disambungkan ke 5 device yang mempunyai signal WiFi
dalam satu masa
* Saiz yang mudah di bawa dengan hanya seberat 90 gram sahaja
* Menyokong Wi-Fi 802.11b/g
* Mempunyai Slot Kad MicroSD & menyokong sehingga 16Gb memori
* Hanya pasang & guna (Plug & Play)
* Menyokong sistem operasi : Ms Windows 2000 SP4,
Windows XP SP3, Windows Vista, Windows 7 dan Mac OS x 10.4 ke atas.
* Dimensi : 95mm x 48mm x 13mm

Bentuk yang menarik dan mudah dibawa

Menggunakan Port USB bagi menyambungkan device ke PC

Menyokong Sistem Micro SD

Mempunyai Bateri seperti handphone yang boleh bertahan sehingga 4-5 jam

Dengan adanya MiFi ditangan anda kepuasan melayari internet sambil berblog memang tiada tolok bandingnya. Kepada yang bercita-cita ingin menggunakan broadband internet MiFi adalah pilihan yang bijak.

Sambungan update 10/9/10 - Review Part 2


online counter
Tagged as : Digi Internet Broadband - Mobile Wi-Fi ( MiFi ) , Wireless Mobile Router

Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak