Selamat Menyambut Bulan Ramadan 1435H

 

Alhamdulillah syukur, sekali lagi kita semua yang beragama Islam di temukan lagi dengan bulan mulia iaitu bulan ramadhan yang mana esok 29hb Jun 2014 semua umat Islam diseluruh negara akan mula berpuasa di bulan ramadhan tahun ini. Tidak lupa juga malam ni semua umat Islam akan mula menunaikan Solat sunat Tarawih dan yang pastinya semua masjid-masjid dan surau-surau akan dipenuhi dengan Jemaah.. Alhamdulillah.

ramadhan 2014

kredit image : google.com

Setiap kali tiba bulan ramadhan pastinya juga ramai yang akan menggoogle panduan dan cara-cara menunaikan sulat sunat tarawih.. bagi yang telah terlupa bagaimana niat berpuasa dan panduan solat suanat tarawih boleh sahaja melihat link dibawah ini sebagai rujukan semula.

Lafaz niat Puasa, Doa Berbuka dan Panduan solat sunat tarawih

pulang dari umrah

Alhamdulillah juga ayah dan adikku telah selamat tiba malam semalam di tanahair selepas 12 hari berada di tanah suci mengerjakan umrah.. pada mulanya kami ingatkan ayah dengan adik akan berpuasa sehari dua di sana sebelum berangkat pulang.. tetapi mungkin agensi yang menguruskan pakej umrah tu dah set masa supaya semua jemaah umrah dapat pulang berpuasa ditanah air pada puasa pertama. Apa pun syukur adik dan ayah sihat sepanjang menunaikan umrah disana..

Bersempena dengan kehadiran bulan ramadhan ni kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam ditanahair.. semoga ibadah puasa kita semua tahun ini diberkati oleh Allah S.W.T.. Amin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak