Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2010

Senarai 1314 blogger yang register dalam gengblogger

Imej
Kali ni tajuk entri aku mungkin ada yang tak suka sebab bunyi lain macam je. engkau orang nak cakap apa pon aku tak kesah pon. sbb aku bukan buat tajuk entri lucah mcam sesetengah orang yang nak tarik trafik tinggikan. ooppppssss.. jgn cakap kuat2 ada orang marah nanti. jangan tengok lama2 ni ..nanti korang jadi bengong mcm aku juga..hahahah apa yang aku nak cuba cerita dekat sini buakan apa, aku baru je lepas siapkan database senarai rakan2 blogger kita yang akan aku jelajah tak lama lagi.. korang nak tahu berapa ramai list yang aku ada? tekalah..100, 200, 500...hahaha semua salah. sekarang ni aku ada lebih kurang 1314 senarai blog yang aku akan terjah. Penat juga aku buat list tu sebab 1314 bukan sikit, aku gunakan masa free dekat opis ni selama 1 jam lebih untuk susun senarai blogger2 tu. semua orang suka buat blogwalkingkan. dengan adanya list ni..aku nak buat blog walking sehari 1000 orang. gila tak aku. atau korang yang jadi gila nanti bila aku terjah..hahaha. oklah kalau ada ya...

Kursus Penanaman Cendawan Secara Praktikal

Imej
Aku bukan nak bercerita dekat sini cuma aku nak kasi info pasal ada sorang sepupu aku sekarang ni membuat perniagaan penanaman cendawan di Benut pontian, Johor. So pada tarikh 15/5/2010 dia akan adakan kursus penanaman cendawan secara praktikal d ladang cendawan beliau. kepada sesiapa yang berminat boleh datang terus ke alamat di bawah ANJURAN : SAIFULAM AGRO FARM LOKASI : KAMPUNG PT HASSAN,82200,BENUT,PONTIAN,JOHOR TARIKH : 15/05/2010 SABTU MASA : 9.00PG - 5.00PTG YURAN : RM200 minat sertai boleh contact di : HP : 0137501589/076989532 EMAIL : saifulam@uthm.edu.my saifulam_agrofarm@yahoo.com buat masa sekarang ni dia buat kerja penanaman cendawan ni secara part time je, sebab dia ni masih bekerja sepenuh masa di KUITTO sebagai pembantu am. Dengar2 cerita tahun depan dia nak berenti n nak tumpukan sepenuh perhatian dekat perniagaan dia yang semakin membesar ni. oklah aku tak pandai n buat promosi ni..heheheh.. korang boleh masuk dalam blog dia unutk tengok kejayaan penanaman cendawan T...

Akhirnya BEN ASHAARI Terjah Blog Aku

Imej
Sapa sangka blog buruk macam aku ni di kunjungi oleh orang yang popular macam BEN ASHAARI . Segan aku sebenarnya bila di terjah oleh BEN ni, mana taknya bersusun orang dalam list dia yang minta diterjah. Macam aku bertuah sikitlah sebab tak sampai seminggu aku buat entri pasal nak kena terjah dengan BEN dia dah terjah aku ari ni. Mula2 aku tak perasaan bila dia terjah aku, tapi bila aku check dekat statistik nuffnang aku tengok pengunjung aku naik lain macam je. bila aku check bahagian referrels, aku tengok banyak pengunjung datang dari blog BEN. bila aku buka link tu rupanya dia dah buat entri pasal blog aku ni. tq BEN. korang klik besarkan kalau tak nampak ye Aku harap ni permulaan dia terjah blog aku n kasi komen2 n nasihat yang berguna. Satu perkara yang aku terus buat bila dia comment adalah pasal widget. Lepas BEN comment je aku terus kemaskini blog aku dengan buang widget2 yang menyemak mata dipandang. Klik sini apa BEN kata pasal blog aku

Cerita Pasal Snickers Jatuh Dari Langit

Imej
Sebenarnya dari semalam lagi aku nak buat post ni, tapi aku buzy amat sangat. so tengahari ni aku tak ada keje, aku updatelah blog aku apa yang tertanguh semalam. "jatuh dari langit" cerita pasal di sebalik snickers atas tu. semalam lepas aku layan games dekat bawah ni aku pegi dekat meja aku, aku tengok ada satu snickers dekat atas meja aku, pelik gak tadi aku main games dia takkan kebetulan dari langit jatuh 1 snickers atas meja aku..hahaha. aku dah tanya member2 aku sapa yang letak @ bagi ni. semua kata tak tahu. so aku simpan jelah benda tu sampai petang. sebelum balik keje je aku terus makan, emmmm sedap rupanya. sampai sekarang ni lepas aku kenyang makan snickers dari langit ni aku tertanya2 lagi sapa yang bagi dekat aku ni. kalau takada yang mengaku, takpe aku ucapkan ribuan terima kasih n moga yang bagi ni d murahkan rezeki n kasi lagi.. hahaha. tadi aku cuba lagi main games ni, habis je main aku g tengok atas meja aku, kot2 ada snickers lagi..hahaha..memang dah ta...

Buat Pertama Kalinya Aku Pinjam Buku

Imej
Bunyi tajuk entri macam lawak je, aku selama ni memang tak suka baca buku apalagi nak g pinjam buku. kalau korang nak tahu opis aku ni sebelah betul2 dengan perpustakaan negera, aku tak penah pon ada hati nak g tengok buku atau baca buku dekat situ walaupun hari2 aku tengok parking keta national library tu penuh. Mungkin aku ni bukan ulat buku macam korang yang dekat luar sana tu. apa yang aku nak cita ari ni entah macam mana aku boleh terjebak pinjam buku dekat library opis aku. selama aku kerja 3 tahun aku memang tak penah pinjam buku dekat situ, naik library guna pc, baca paper atau tengok majalah kereta (ni majalah kegemaran aku) adalah. cerita dia bermula mcm ni, pg ni unit infolib tempat aku kerja ada buat aktiviti "Galakan Penggunaan Infolib" tajuk dia lebih kurang macam tulah. so aku dengan member aku tadi lepas buat keje aku terus g tengok apa yang ada dekat library aku ni. Masuk2 je aku kena daftar n dah d bagi dengan gift percuma bentuk majalah lama. oklah tu boleh...

Durian Runtuh Kepada Pak Security

Imej
MELAKA: Kenaikan gaji untuk pengawal keselamatan mulai 1 Julai ini tetap dilaksanakan walaupun terdapat syarikat keselamatan yang kurang mampu untuk melaksanakannya. Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam berkata, sebarang masalah yang timbul berhubung perkara itu akan diselesaikan oleh kementerian itu dan Kementerian Dalam Negeri. hensom pakcik ni..pinjam kejab ye pakcik, jadi model blog saya "1 Julai ini akan dilaksanakan kerana ia sudah diwartakan, semua isu yang timbul kita akan selesaikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada persidangan antarabangsa mengenai dialog antara budaya di sini, malam tadi. Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kira-kira 150,000 pengawal keselamatan akan menikmati gaji pokok antara RM1,100 dan RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 dan 75 peratus, mulai 1 Julai. Berikutan pengumuman itu terdapat beberapa syarikat pengawal keselamatan meminta kerajaan menyediakan satu mekanisme bagi membantu syarikat yang kurang ...

Tazkirah Pagi - Gembirakan Orang Lain

Imej
Jika kamu boleh menggembirakan orang yang berduka, maka lakukanlah meskipun hanya dengan senyuman. Hati yang sedih sangat memerlukan bantuan, biasanya apa yang terjadi kerana tiada kemampuan untuk mengatasi kesedihan yang membuat diri-nya memerlukan seseorang yang sudi mendengar curahan hati. Seseorang yang memberi nasihat dengan disertai rasa kasih sayang, atau orang yang dapat mengubah kesedihannya. Suatu ketika sebahagian dari kita juga amat memerlukan orang yang boleh mengubah kesedihan yang menimpa kita dengan kesenangan. Sebahagian dari kita pada waktu sakit memerlukan orang yang mahu menjaganya, memenuhi keperluannya dan merasakan kepentingannya. Juga ketika dalam pelbagai kesusahan yang menimpa dalam hidup. Jadi untuk itu janganlah kedekut untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Tidak kira cara pertolongan dari kita mengikut kemampuan samada harta, tenaga, sokongan moral atau apa saja sekurang-kurangnya mereka merasakan masih ada yang peduli tentang diri mereka. Hidu...

Kerja Gila, Jangan Tiru di Rumah Anda!!!

Imej
Aku nasihatkan kepada yang lemah semangat, takut darah, ibu mengandung @ wanita hamil, kanak2, supaya jangan tengok gambar2 kerja gila dibawah ni. Gambar2 ni aku dapat dari kiriman email teman aku. Amaran Keras : Jangan ditiru di rumah!!

Kesan Minum AIS!!

Imej
Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda. Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan. :Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!! Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berh...

Followers Aku Yang Ke-100

Imej
Aku takda apa nak cerita dekat sini cuma nak bangga sikit sebab aku sekarang dah ada followers yang "ke-101" setakat aku buat entri ni. Sapa pulak followers pertama aku, hahaha kalau korang nak tahu followers pertama aku adalah isteri tersayang aku. korang boleh jalan2 dalam blog syg aku dekat sini http://malarang-kak.blogspot.com Dekat bawah ni aku print screen senarai 101 followers aku, mana tahu salah sorang yang baca entri aku ni adalah salah satu dari followers aku. isteri aku menjadi followers pertama aku. follower ke -2 hinggan ke-21 follower ke-22 hingga ke-41 followers ke-42 hingga ke-61 followers ke-62 hingga ke-81 followers ke-82 hingga ke-101 kalau korang nak tahu sapa dia followers aku yang ke-100 ni dia orangnya, terjah dalam blog beliau http://fahmiseven.blogspot.com/

Blog walking gila-gila punya

Imej
Aku belum gila lagi, tapi aku nak gila buat blog walking pagi ni. tau kenapa? aku jumpa cara paling mudah nak aku terjah blog2 gengblogger. apa yang aku buat aku masuk dalam gengblogger n aku pegi dekat tab "BLOGGER" . Bila aku klik dekat situ aku tengok semua blogger2 yang daftar dengan gengblogger ni d paparkan beserta dengan alamat blog mereka. Apa lagi kerja aku makin mudah nak terjah blog-blog yang ada dalam list ni. pagi ni je..satu page pon aku tak larat nak klik link2 blogger ni. aku cuma test je, berjaya ke aku nak naikkan trafik aku dengan kaedah terjah macam ni. sapa yang tak pernah buat cara aku ni, boleh cuba n layan. "senarai blogger2 berdaftar dalam geng blogger" Publish Post kalau tak menjadi kaedah ni untuk up trafik blog aku, korang kutuk je aku.. aku tak kisah.. layan

First Dating Di Khadijah's Kitchen

Imej
Pernah tak Korang dengar "Khadijah's kitchen", kalau korang first time dengar nilah dia restoran milik penyanyi terkenal Khadijah Ibrahim. Apa yang aku nak cerita hari ni adalah sepanjang 2 bulan selepas syg aku berpindah tempat kerja dari Penang ke KL ari ni paling best sekali dalam hidup aku sebab first time g makan berdua dengan sygku time lunch semasa bekerja. Selalunya aku makan dengan member dekat opis, begitu juga dengan syg aku makan dengan kawan2 opis dia. Kebetulan arini aku dengan syg aku ada urusan dengan Hospital Pantai Kuala Lumpur, so aku terus ajak dia g makan. Mula2 syg aku nak bawa makan g kedai medan selera area opis syg aku, tapi d sebabkan susah parking, dia ajak aku g makan dekat restoran Khadijah Ibrahim. Restoran dia memang bersih cantik n makanan lauk makan tengahari pon sedap2. Antara menu istimewa yang ada dekat situ Tauhu telor, Ayam daun kari, Acar daging, Daging salai, Ikan bawal asam jawa dan banyak lagi. Satu benda yang menarik dalam rest...

Nasi Briani Dhob yg enak lagi berkhasiat

Imej
KHASIAT DHOB Apa itu Dhob? Dhob ialah sejenis reptilia padang pasir yang hidup di atas darat. Ia hanya di dapati di negara yang mempunyai padang pasir seperti Mesir, Arab Saudi, Jordan dan lain-lain. Dhob hidup tanpa air, tidak makan bangkai, benda kotor atau daging seperti haiwan sejenis dengannya. Ia hanya makan pasir and tumbuhan. Dhob hidup dengan binatang berbisa seperti kala jengking, lipan dan lain-lain. Mengikut kajian, Dhob mampu hidup 300 hingga 700 tahun. Insya-Allah. Mengenal Dhob Kepalanya seperti penyu, ada insang, lidah seperti lidah manusia, ekor berduri seperti ekor buaya 21 jalur, berjari 5, warna kulit bertukar mengikut waktu ; gelap (malam/ sejuk), kuning pasir (siang/ panas). Dhob BUKAN haiwan DUA ALAM. Ia tidak boleh kena air(lemah jika kena air) dan bertukar jantina setiap 6 bulan. Daya tahan disembelih 2 hari atau lebih sebelum mati. Dhob banyak khasiat, rasanya mcm daging ayam kampung, lembut tapi ada liat2 sikit, khasiat minyak dhob boleh mengurut wanita &...