Buat Pertama Kalinya Aku Pinjam Buku

Bunyi tajuk entri macam lawak je, aku selama ni memang tak suka baca buku apalagi nak g pinjam buku. kalau korang nak tahu opis aku ni sebelah betul2 dengan perpustakaan negera, aku tak penah pon ada hati nak g tengok buku atau baca buku dekat situ walaupun hari2 aku tengok parking keta national library tu penuh.

Mungkin aku ni bukan ulat buku macam korang yang dekat luar sana tu. apa yang aku nak cita ari ni entah macam mana aku boleh terjebak pinjam buku dekat library opis aku.

selama aku kerja 3 tahun aku memang tak penah pinjam buku dekat situ, naik library guna pc, baca paper atau tengok majalah kereta (ni majalah kegemaran aku) adalah.

cerita dia bermula mcm ni, pg ni unit infolib tempat aku kerja ada buat aktiviti "Galakan Penggunaan Infolib" tajuk dia lebih kurang macam tulah. so aku dengan member aku tadi lepas buat keje aku terus g tengok apa yang ada dekat library aku ni.

Masuk2 je aku kena daftar n dah d bagi dengan gift percuma bentuk majalah lama. oklah tu boleh aku baca2 dekat umah kan.

lepas tu ada beberapa games yang dia orang buat, aku masuklah satu game snakes & ladders dengan member aku.

Layan2 game tu aku dapatlah hadiah tempat ke-3..hahaha

games ular yang buat aku menang tempat ke-3...hahaha

nilah hadiah aku, tempat ke-3


gift yang aku dapat untuk tambah koleksi majalah dekat umah aku ni


Lepas aku main games ni je aku di kena pinjam 4 buah buku apa2 je untuk melayakkan aku memasuki lucky draw petang ni pulak jam 3.. memang bertuahlah aku ni..hahaha

Dekat bawah ni buku2 yang aku pinjam tadi, layan...

Buku yang bertajuk"Mengurus Konflik"

yang ni buku sesuai untuk seorang suami "Tips agar dicintai isteri"

yang ni seram sikit "Panduan Menguruz Jenazah" , orang lelaki perlu tahu cara2 ni..

yang ni aku ambil untuk isteri aku dia suka baca novel "ketika embun menitis" ceritanya aku pon tak tahu lagi sebab aku tak baca lagi. nanti lepas syg aku baca aku nak dia ceritakan dekat aku..hehehe

oklah aku nak rehat sementara tunggu lucky draw petang ni..apa lah hadiah misteri tu.. tunggu...

Ulasan

  1. alahai... bestnya kalu tempat kerja dekat dengan library, untungnya lebih2 perpustakaan yang besar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak