Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Pizza Hut Baru | CHUNKY LOADED PIZZA

Imej
  Salam semua, Korang hantu Pizza atau kaki makan Pizza? kalau korang pengemar Pizza hut apa kata korang datang berkunjung sekarang di mana-mana cawangan Pizza Hut berdekatan dengan rumah korang untuk menikmati Pizza terbaru yang diberi nama Chunky Loaded Pizza . Amacam ada berani makan Pizza ni, Pizza 10 layer? Bagi Pengguna Maybankard pula korang akan diberikan 30% potongan harga untuk Pizza Chunky Loaded .. so apa tunggu lagi jom belanja aku makan di pizza hut sekarang. Untuk maklumat lanjut boleh layari website Pizza Hut

PEMBENTANGAN BAJET 2012 | APA HARAPAN ANDA

Imej
  Salam semua, Semua sedia maklum bahawa pembentangan BAJET 2012 akan dibuat oleh Perdana Menteri pada 7hb Oktober 2011 nanti dan pastinya ramai kakitangan awam ternanti-nantikan berita yang menggembirakan. Paling utama adalah pengumuman BONUS atau KENAIKKAN GAJI untuk kakitangan awam seperti yang di minta oleh pihak CUEPACS . Itu harapan kakitangan awam, bahagaimana pula harapan kakitangan swasta seperti aku ni.. apa yang perlu aku harapkan untuk pembentangan bajet 2012 ni? Jawapannya dah semestinya kami di pihak kakitangan swasta ni menginginkan juga sesuatu yang baik seperti mana yang bakal diterima oleh kakitangan awam.. paling tidak penetapan kadar gaji minimum untuk kakitangan swasta. Segala harapan ini akan terjawab nanti pada pembentangan bajet 2012 nanti.. tunggu & lihat sahaja Bagi korang pulak, apa yang korang harapkan dari pembentangan bajet 2012 ni?

Gara-Gara Tersilap Makan

Imej
  Salam semua, Rupa-rupanya bukan aku sorang yang mengalami gejala sakit perut dari semalam petang sampai ke pagi.. ramai lagi rupanya dekat opis ni.. tadi pagi aku dah sampai lewat dan selalunya kalau sampai lewat mesti opis dah penuh dengan staff tapi yang peliknya semua macam cuti je.. senyap sunyi dan yang ada 2 ke 3 ketui je.. pasai apa ye? Sekali kita orang sembang-sembang rupanya hampir semua staff ambil MC gara-gara sakit perut + cirit birit + muntah-muntah.. ni semua gara-gara jamuan makan hari raya semalam dekat opis ni.. adehhh. kredit foto : google.com   Memang derita beb.. mana tidaknya  sampai-sampai umah je semalam petang dah start perut mula sakit.. apa lagi lepas masuk umah je terus berlari masuk toilet.. rasanya mau 1 jam aku duduk dalam toilet.. tak lama lepas tu habis keluar semua apa yang aku makan.. terus muntah-muntah. Lepas tu memang terus lembik dah.. nak buat solat magrib pon tak larat.. tapi gagahkan juga buat solat magrib.. lepas...

Pembantu Rumah Warga Indonesia Menang Tender Nombor WVV 1666

Imej
  Salam semua, Tertarik dengan entri terbaru dari blog Mazidulakmal yang menyatakan warga asing menang nombor cantik JPJ . Nampanya warga asing dinegara kita dah lebih kaya jika dibandingkan dengan warga tempatan.. mana tidaknya rakyat tempatan malas.. warga asing rajin.. setuju tak? Salah satu bukti dipaparkan disenarai pemenang tender no pendaftaran WVV kebanyakkannya dimenangi warga asing. salah seorang pemenang tender tersebut adalah Pembantu rumah warga asing.. entah-enatah pembantu rumah korang ni kot.. Tapi yang peliknya takkan sorang pembantu rumah yang baru bekerja dalam tempoh 3 bulan dan memasuki Malaysia pada Jun 2011 dah mampu kumpul duit? kata Mazidulakmal   mungkin kerana hidup berjimat cermat kot..eemmm entahlah. Banyak sangat persoalan yang bermain-main diminda aku sekarang ni.. seperkara lagi.. dari sumber blog Mazidulakmal senarai nombor cantik yang dimenangi oleh warga asing tersebut kini mula ditawarkan untuk dijual semula dengan harga yang ...

Gatal Tangan & Tak Tahan

Imej
Salam semua, Akhirnya setelah 5 bulan aku pendam semuanya.. hari ni disebabkan dah gatal sangat tangan aku.. dengan tanpa ragu-ragu dan dalam keadaan waras aku terus klik butang Cash-out .. habis selamat semua earning aku selama ni.. sekarang dah jadi telur ayam semula..hehehe Nilah namanya rezeki sampingan berblog.. dari suka-suka kepada terlebih suka.. sapa yang tak suka bila nampak benih yang ditanam selama ni membuahkan hasil. Bila duit tabung bunian ni dah kosong nampak gaya kena isi baliklah tabung bunian untuk misi akan datang ni. Rezeki berblog kali ini akan aku gunakan untuk shopping barang-barang baby.. sekurang-kurangnya nampak jugalah hasilnya nanti.. hehehe Cik malarang dah sound aku minta ajak bawa gi IPC ni.. hehehe Terima kasih kepada Nuffnang kerana tak putus-putus utus buffered earning dekat aku.. sebab tulah aku sangat sayang dengan kamu.. hehehe. Sapa-sapa yang dah layak untuk cash-out tu minggu ni minggu yang sesuai untuk cash-outkan pendapatan.. j...

Update Blog Atas Bumbung Kereta Pon Jadi

Imej
  Salam semua, Salah ke? tak salahkan apa yang aku buat ni.. janji jangan naik duduk atas bumbung kereta tu sudahlah.. ni semua gara-gara nak update blog dekat kampung masa balik raya ari tu. Sedia maklum jelahkan rumah duduk dalam ceruk dikelilingi kebun kelapa sawit ni.. memang payah nak dapat line internet.. korang campak apa jenis broadband sekali pon tak kira dari celcom ke, Maxis ke, Digi ke, Umobile ke, Yes ke memang semua hampeh.. habis semua penjuru rumah.. di test untuk dapatkan Bar line paling kuat tapi hampeh juga.. dan penyudahnya lokasi atas bumbung kereta jadi mangsa.. hahaha   Kalau dah namanya blogger tegar mana-mana ada peluang pasti nak je diupdate entri tu.. betul atau tak? Percaya tak kalau aku cakap dalam bilik termenung (toilet) pon ada orang update entri.. hahaha

Royal Treatment Contest | Hadiah RM200,000

Imej
  Salam semua, Sesekali berangan jadi raja ok jugakan.. tapi kalau aku ni.. layak jadi raja kapur jelah.. hehehe.. korang tengok dekat bawah ni.. ada tokoh ke jadi raja ke?   Ni semua gara-gara nak rebut hadiah RM200,000 lah ni apa-apa pon sanggup dibuat.. jangan terjun bangunan sudahlah. Korang nak rebut juga tak duit RM200,000 tu.. kalau nak senang je.. korang follow je arahan dekat bawah ni..   Apa yang korang kena buat adalah.. masuk dalam facebook  Magnum Royal Treatment dan upload gambar korang yang paling menarik bersama Aiskrim Magnum.. seterusnya dapatkan seberapa ramai VOTE dari rakan-rakan facebook korang.. Senang ke Susah? Jika Vote korang paling tinggi maka korang layak untuk ke peringkat seterusnya dan berpeluang untuk menang hadiah dibawah ni. Hadiah yang bakal menanti pemenang utama.. bernilai RM200,000 Mahkota bertahta berlian.. khas untuk yang tercinta.. Lepas siap korang upload gambar korang tu.. mintalah jasa baik kawan-...

Kurang Ajar Depan Plaza Tol

Imej
  Salam semua, Terasa bengang betul aku pagi ni.. semua orang nak masuk keje awal.. tapi kalau nak cepat sekali pon hormatlah orang dekat depan ni.. suka hati mak nenek ko je.. main potong Q. Mula-mula sebiji kereta perodua kembara potong Q depan aku.. oklah aku sabar lagi.. tiba-tiba sebiji lagi kancil pon potong Q juga betul2 depan plaza tol aku nak bayar tol.. hampeh betul.. memang kurang ajarlah lu mat. Yang panasnya aku ni.. boleh pulak yang potong Q depan aku dua biji kereta tu pulak berebut nak bayar tol.. aku tunggu je.. kereta dua biji tu jadi macam dekat bawah ni.. baru puas hati aku. kredit photo : google.com

Start Shopping Baju Baby

Imej
  Salam semua, Hujung minggu kalau tak keluar bawa cik malarang jalan-jalan memang tak sah.. mana tidaknya time-time waktu cuti nilah nak manja-manja & keluar dating.. hehehe Lokasi yang di tujui siang tadi adalah One Utama, Damansara, sebab tu jelah tempat yang paling dekat dengan rumah kami.. kali ini kita orang merancang untuk start shopping barang-barang baby.. paling tak sabar siapa lagi kalau bukan cik malarang.. hehehe.. aku ni jenis relek-relek je.. ;-). Sebelum start shopping macam biasa aku ni kaki makan dan confirm2 nak melantak dulu.. korang tengok ni.. aku bedal sorang je.. hehehe.. mana tak naik 10KG berat aku lepas kawin.. nilah semua puncanya.. hehehe. Tengok tu punya suka cik malarang .. kalau boleh semua barang-barang baby nak dibelinya… hehehe.. dia tak tahu aku curi-curi ambil gambar dia.. sekali dia perasan aku pulak kena marah.. dia kata aku tak serius nak beli barang baby.. sebab asik dok belek kamera je.. alahai janganlah marah saya...

iPhone 3GS Hanya RM199 Dari Maxis

Imej
  Salam semua, Sebut je nama smartphone dari iPhone mesti ramai yang mengidamkannya termasuklah aku sendiri.. jadi peluang hanya datang sekali seumur hidup dan jangan lepaskan peluang terbaik ini untuk memiliki iPhone 3GS ni sekarang . Tawaran hebat ini hanya datang dari Maxis sahaja.. dan andai kata nakkan info yang lengkap jangan segan-segan dan jagan malu-malu untuk layari website Maxis iPhone 3GS .

Salah Aku Kah?

Imej
  Salam semua, Korang nilai sendiri ye.. apa dah jadi dengan roti aku ni… asalnya nak buat roti bakar planta.. last-last jadi roti terbakar… hahaha.. kesian cik malarang .. terpaksa buat roti yang lain..hehehe

Penoreh Getah Pon Boleh Jadi Jutawan

Imej
  Salam semua, Sapa kata penoreh getah tak boleh jadi jutawan korang tengok bukti dekat bawah ni.. duit berlonggok-longgok lagi.. tapi betul ke duit tu hasil dari menoreh getah? sapa boleh jawab? Sumber rujukan : Facebook Berita Harian PENGARAH Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perlis, Mohd Pudzi Man (tengah) menunjukkan wang tunai RM253,000 yang dirampas daripada seorang penoreh getah warga Thai, selepas gagal diisytihar ketika dibawa masuk ke negara ini melalui Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (KIK), di Padang Besar, hari ini. - Foto Adha Ghazali

Check-UP Minggu Ke-28 Baby Tunjuk Jantina

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah selesai sudah urusan bawa cik malarang gi check-up semalam dekat Poliklinik Yazmeen dan Mahanum di TTDI.. kalau tak silaplah semalam merupakan check-up untuk kali ke-6 kot untuk minggu ke-28.. ada lagi berapa minggu ye? Macam biasalah masuk-masuk je register dulu… dahlah sampai lewat.. selamat doktor tak keluar lagi gi solat Magrib.. kalau tak menunggulah jawabnya.. Tak lama lepas register doktor dah panggil. Macam biasalah… doktor tanya ada masalah apa.. aku pulak yang jawab dulu..hahaha.. aku kata kaki ada bengkak ari tu lepas gi jalan-jalan.. so doktor kata .. benda tu perkara biasa (lega sikit aku dengar).. kalau banyak jalan memang kekadang kaki bengkak.. so doktor kata kalau tidor malam dia minta kaki cik malarang tu letak dekat tempat tinggi sikit (lapik dengan bantal).. ada orang cakap kalau kaki bengkak ni.. mungkin ada darah tinggi @ kencing manis.. yeke? Habis doktor tanya.. doktor minta pergi timbang.. ambik kau.. kali ni berat...

Patah Tumbuh Hilang Berganti

Imej
Salam semua, Semalam seharian tak update apa-apa dek gara-gara sebuk-sebukkan diri dekat opis dan macam-macam masalah melanda dua 3 hari ni.. Nasib baiklah ada cik malarang yang sentiasa bagi semangat.. kalau tak dah lama aku layu.. cehhh. Apa yang aku nak cerita ni?… tajuk Patah Tumbuh Hilang Berganti ni macam tajuk lagu Saleem je dalam kumpulan Iklim.. betul tak?.. nak tahu betul atau tidak cari je dalam Youtube.. Sebenarnya nilah bendanya yang dah hilang dan sekarang dah berganti yang baru.. Rasanya baru je beberapa hari yang lepas.. aku sebut-sebut mana tahu nuffnang baik hati nak bagi BE dekat aku lagi.. tup..tup.. semalam melekat satu dalam blog ni.. Syukur alhamdulillah. Esok kalau aku free aku review sikit pasal campaign dari Asustek Computer Malaysia ni.. bukan apa sekarang iklan tu dah tak keluar.. esok kalau keluar aku gi tinjau-tinjau dulu apa cerita disebalik campaign tu ye. P/S : Bila pulak nak merasa dapat Sponsored Posts ni… asik-asik dia je… hehehe..

Sapa Nak Menang RM1,000 Dari R U Ready?

Imej
  Salam semua, Betul korang nak menang RM1,000 dari R U Ready ni.. jom Baca disini .. aku dah menang dah dapat coklat lagi..

Di Mana Nak Dapatkan Buah Zuriat Ni

Imej
  Salam semua, Nak dikatakan hampir setiap hari ada sahaja keyword BUAH ZURIAT ni melekat dalam blog aku ni.. bukan tu je.. ada juga antara blogger yang aku jumpa tu bertanyakan mana nak dapatkan buat zuriat ni? Apa yang aku boleh katakan kalau nak beli ada sorang kenalan blogger ni pernah buat iklan menyatakan beliau ada stok 50KG buah zuriat ni.. tapi tak tahulah sekarang ni ada lagi atau tak.. apa pon korang boleh rujuk blog beliau di http://herbazuriat.blogspot.com atau hubungi terus di 019-912 6450 . Apa yang aku nak ingatkan.. tak lama lagi sebenarnya nak musim Haji.. so sapa-sapa yang ada saudara mara yang akan pergi mengerjakan Haji ke Tanah suci Mekkah tu.. bolehlah kirim beli dekat sana.. sebab setahu aku buah Zuriat ni hanya ada ditanam dan dijual di Mekkah sahaja. Kita ni hanya berusaha je.. zuriat ni semua ketentuan dari yang maha esa.. yang penting kita jangan putus asa berdoa dan sentiasa berusaha.. semoga apa yang kita hajatkan tu akan dimakbulkan. ...

Doa Duduk Antara 2 Sujud

Imej
  Salam semua, Tertarik dengan status sahabat aku di facebook pagi ni.. sama-samalah kita kongsi dan hayati bersama.. ✔ Rabbighfirlii ( Tuhanku, ampuni aku ) ✔ Warhamnii ( sayangi aku ) ✔ Wajburnii ( Tutuplah aib-aibku ) ✔ Warfa’nii ( Angkatlah darjatku ) ✔ Warzuqnii ( Berilah aku rezeki ) ✔ Wahdinii ( Berilah aku petunjuk ) ✔ Wa’Aafinii ( Sihatkan aku ) ✔ Wa’fuannii ( Maafkan aku ) Pernahkah kita ambil tahu makna doa ini.. sama-samalah kita ingat mengingatkan.. Amin

Macam Tak Layak Je Jadi Blogger MasterChef Yang Pertama

Imej
  Salam semua, Masak… jangan tak masak cik abg oi… gaul jangan tak gaul.. hahaha.. sebelum tu hati2 ye jangan sampai bulu hidung jatuh dalam kuali sudah.. hehehe Sekali tengok ada bakat.. tengok berkali-kali macam takda bakat je mamat ni.. hahaha.. tak pelah takda bakat pon takpe.. yang penting aku dah kenyang pagi ni makan mee hoon udang ni.. emmm nyammm. Korang ada bakat? apa lagi jangan simpan bakat tu.. kalau korang seorang blogger dan berbakat dalam bidang masakan.. tak kiralah masak maggie ke atau masak nasi beriani.. jom sertai contest anjuran nuffnang ni sempena pelancaran program TV MasterChef Malaysia!. Apa yang korang perlu buat adalah buat satu entri dengan tajuk “ Malaysia’s First Ever Blogger MasterChef ” atau “ Blogger MasterChef Yang Pertama ” dan ceritakan sedikit bakat memasak anda dan paling penting kena promosikan maklumat program TV MasterChef Malaysia!. sekreatif yg boleh. Semua maklumat boleh rujuk di entri blog nuffnang 40 blogger yang l...

Jadi Doktor Sendiri

Imej
  Salam semua, Mood nak update blog masih malas hari ni.. sebenarnya masih kepenatan balik dari jalan-jalan cari baju pengantin adik ipar siang tadi di Sungai Petani. Aku bukan nak cerita pasal baju pengantin ni.. sebab zaman aku nak cari baju pengantin dah berlalu.. sekarang ni nak cari baju ibu mengandung je.. hehehe Sebenarnya aku ni jenis manusia yang cukup malas nak jumpa doktor.. tak kiralah time sakit ke atau tak sakit.. Tapi tadi pagi nak buat macam mana nak tak nak kenalah juga jadi doktor tak bertauliah dengan buat ujian sendiri untuk kandungan gula dalam darah.. senang cerita check kencing manis. Ibu mertua aku ni memang jenis jaga kesihatan.. paling aku respect dia adalah bab minum.. memang tak minum air manis ni.. cuma minum air putih je.. tapi bab check kandungan gula dalam badan dialah paling teliti.. kalau boleh nak di katakan seminggu sekali mesti nak g buat ujian dekat farmasi..hehehe So untuk menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit.. sekar...

Melepas Aku Nak Joint Sony Walkman Bloggers Gathering Hari Ini

Imej
  Salam semua, Baru je sebentar tadi sorang staff nuffnang call aku.. dia tanya samada aku datang atau tidak untuk Sony Walkman Bloggers Gathering di Sungei Wang Concourse Area hari ini.. tapi dengan nada sedih aku kata sorry i tak dapat datang sebab kebetulan aku baru je sampai Penang umah mertua aku.. so tak dapatlah aku join event untuk kali ni. Sebenarnya bukan aku sorang je tak dapat gi, cik malarang pon ada jemputan juga dari nuffnang pada masa dan tarikh yang sama.. cuma event je berbeza.. lupa pulak aku event apa entah.. hehehe. Takpelah.. kali ni tak dapat join.. next time banyak lagi event leh gi.. rasanya kalau aku gi tadi dah tentunya aku dapat jumpa blogger popular dekat sana.. sapa lagi kalau bukan BEN ASHAARI. . baca entry dia tadi.. dia kata dia datang dengan Broframestone .. wah ramai blogger yang datang seh. Sapa-sapa blogger yang gi tu.. updatelah ye story nanti nak tahu juga apa aktiviti yang dia orang buat dekat sana..

Sesi Terjah Bilik Pameran Lagi Power Lagi Best | Myvi SE dan Extreme 1.5

Imej
  Salam semua, Rasanya semua orang dah tahu yang hari ini Model terbaru dari perodua Myvi telah dilancarkan dengan dua jenis iaitu dari Myvi SE 1.5 & juga Myvi Extreme 1.5. Persoalannya Apa beza antara Myvi SE 1.5 & juga Myvi Extreme 1.5? Terdapat beberapa perbezaan dari luar dan dalam yang mana  untuk Myvi Extreme 1.5 ditampilkan dengan lebih bergaya dari sudut luaran bodykit dan skrin sesentuh pada dashboard Myvi Extreme 1.5. Tadi time rehat sempat aku terjah satu bilik pameran perodua di Persiaran Gurney, Kuala Lumpur dan sempat snap 2 ke 3 keping gambar… jom layan gambar dari kamera aku. Model diatas adalah model Myvi Se 1.5   Model diatas adalah model Myvi Extreme 1.5 Myvi Extreme 1.5 di datangkan dengan panel skrin sesentuh Panel meter yang menarik.. memang power.. Ruangan bonet yang bolehlah dikatakan sederhana luas   Engine Twin Cam 16V yang digunakan oleh model Perodua Alza Apa tunggu lagi.. ...