Pembantu Rumah Warga Indonesia Menang Tender Nombor WVV 1666

 

Salam semua,

Tertarik dengan entri terbaru dari blog Mazidulakmal yang menyatakan warga asing menang nombor cantik JPJ.

Nampanya warga asing dinegara kita dah lebih kaya jika dibandingkan dengan warga tempatan.. mana tidaknya rakyat tempatan malas.. warga asing rajin.. setuju tak?

Salah satu bukti dipaparkan disenarai pemenang tender no pendaftaran WVV kebanyakkannya dimenangi warga asing. salah seorang pemenang tender tersebut adalah Pembantu rumah warga asing.. entah-enatah pembantu rumah korang ni kot..

Tender JPJ WVV

Tapi yang peliknya takkan sorang pembantu rumah yang baru bekerja dalam tempoh 3 bulan dan memasuki Malaysia pada Jun 2011 dah mampu kumpul duit? kata Mazidulakmal  mungkin kerana hidup berjimat cermat kot..eemmm entahlah.

Banyak sangat persoalan yang bermain-main diminda aku sekarang ni.. seperkara lagi.. dari sumber blog Mazidulakmal senarai nombor cantik yang dimenangi oleh warga asing tersebut kini mula ditawarkan untuk dijual semula dengan harga yang tinggi kepada orang ramai.

Korang tengok dekat wah ni.. sapa punya kerja ni?

 Tender JPJ WVV 1666 

Harga asal nombor pendaftaran WVV 1666 yang dimenangi adalah RM480 dan sekarang ditawarkan dengan harga RM1800 hampir 4 kali ganda dari harga asal..

Siapakah dalang disebalik sendiket ini.. tak sabar aku nak tengok kegiatan ni terbongkar..

Tender JPJ WVV 1666 yayu

Ada yang sanggup beli tak nombor ni?

Cerita panas selanjutnya korang boleh terjah di blog Mazidulakmal

Ulasan

  1. rakyat malaysia pun tak mampu masuk tender nie hihihi...

    BalasPadam
  2. Dasat...byk betul duit dorang, pastu senang² plak masuk tender....hhhhmmmmm....

    BalasPadam
  3. cam ne diorg boleh byk duit dan masuk tender cam ni eh?curious rasa nak tahu hal sebenar!

    BalasPadam
  4. ooo mak aiiii,
    malu lak tgok nama indon berderet cam tu...

    tpi mmg betul diorang teror uat duit klu jual balik...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak