Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Nasi Briyani Bidang Terjun Dari Dapur MasterChef Blogger

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Sebut je Nasi Briyani semua orang suka makan.. termasuklah aku.. tak kiralah nasi briyani gam ke atau tak gam semua orang suka.. Di sebabkan tertarik dengan Nasi Briyani Dhal Maggi dari blogger ni .. terus aku terfikir apa kata aku cuba juga buat sendiri.. jadi tak jadi tu lainlah ceritakan.. Siang tadi kebetulan cik malarang ajak gi Tesco nak beli sedikit barang dapur.. terus aku shopping juga barang-barang untuk buat nasi Briyani tu.. walaupun selama ni aku tak pernah pun masak nasi briyani ni.. kalau tolong-tolong masak time kenduri kawin tu adalah.. tapi nak buat dalam kuantiti yang sikit ni memang tak pandai.. so nak cari satu pengalaman yang baru aku cubalah juga buat sendiri petang tadi. Antara barang-barang yang diperlukan untuk membuat Nasi Briyani, Beras Basmati dari Faiza beli 1 kg je.. nasib baik ada packing kecik.. perencah Nasi Briyani dari Maggi, sedikit kismis dan buah gajus.. lain bahan memang dah ada d...

First Time Jual Botol Untuk Sesuap Nasi

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Rezeki ada dimana-mana sahaja, nak tak nak je kita carinya.. kalau kita rajin dan sentiasa berusaha insyaallah apa benda je semua boleh jadi duit.. kalau korang tak percaya sampah pun sekarang boleh jadi duit. Selalu aku balik kerja aku nampak sorang pakcik tolak basikal kutip barang-barang terbuang macam kotak, besi buruk, botol-botol plastik dan tin-tin aluminium.. kekadang aku terfikir juga berapa sangat duit yang dia dapat dengan air peluh yang mencurah-curah keluar demi untuk mencari sesuap nasi untuk anak bini dekat rumah. Gambar hiasan, sumber : google Kebetulan dekat rumah aku pun ada banyak botol-botol air yang dah kosong yang memang tinggal aku nak campak dalam tong sampah dekat belakang rumah.. tapi cik malarang cakap apa kata abg kumpul dah tu jual dekat pembeli barang-barang terbuang tu. Bila aku kumpul-kumpul adalah satu beg plastik hitam tong sampah tu botol-botol yang aku simpan.. dan kebetulan tadi pembeli bar...

Pembentangan Bajet 2013 Apa Yang Diharapkan?

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kurang dari 30 minit dari sekarang Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan Bajet 2013 yang mana rata-rata sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat malaysia terutama bagi kakitangan awam. Untuk kakitangan awam pastinya bonus dan kenaikkan elaun perumahan seperti yang diminta oleh pihak cuepacs sangat dinanti-nantikan. sumber image : google.com Bagi kakitangan swasta seperti aku apa yang diharapkan adalah pengurangan kadar cukai tahunan individu.. walaupun sebenarnya dengan kadar gaji yang tak seberapa besar ni memang aku tak pernah lagi dikenakan cukai.. Jadi apa yang aku harapkan untuk pembentangan bajet 2013 ni? Apa yang diharapkan untuk Bajet kali ini adalah pihak kerajaan memperbanyakkan lagi pembinaan rumah mampu milik yang mana selari dengan kadar gaji semasa.. kalau dilihat sekarang ni harga rumah yang melampau yang mana memang tidak mampu dimiliki.. hanya mampu dilihat sahaja. Di harapkan bajet kali ini...

Pengalaman 3 Minggu Bersama P1 MiFi MF230

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, 3 minggu bersama P1 MiFi MF230 sangat mengujakan dan bila nak kembalikan pada empunya yang asal iaitu P1 terasa berat pulak dihati.. mana taknya dah 3 minggu aku guna service 4G ni tanpa sebarang masalah di rumah, dipejabat dan di dalam kereta. Dari segi kelajuan jangan cakaplah kalau betul-betul berada dalam liputan P1 speed memang terbaik dari penyedia internet yang lain. Dengan P1 MiFi MF230 segala kerja-kerja harian yang memerlukan sambungan kepada internet memang tidak ada masalah.. Onkan  sahaja P1 MiFi MF230 ni dah terus boleh guna untuk sambungan 5 peranti WiFi. Saya telah buktikan dengan menyambungkan 3 peranti WiFi dalam pada masa yang sama kepada P1 MiFi MF230 memang tiada masalah dari speed talian internet. 2 buah Netbook + 1 Smartphone disambung kepada P1 MiFi MF230 P1 MiFi MF230 telah disambungkan ke Samsung Galaxy Note P1 MiFi MF230 juga telah disambung ke netbook yang menggunakan...

Cara Merawat Ruam Lampin Dengan Krim Drapolene

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kebiasaannya bayi akan menangis disebabkan lapar, dahaga, berak, pampers dah penuh atau kembung perut.. so kalau bayi korang tetiba menangis cuba korang check 5 benda dekat atas tu ye.. base on my pengalaman sendiri kalau si Harraz tetiba nangis mesti salah satu dari diatas berlaku.. #Bila perut dah kenyang takda lagi meragam.. pasti akan terus nyenyak tidur Bagi sesetengah bayi yang lambat ditukar lampinnya ia akan menyebabkan bahagian celah peha atau punggung mudah untuk disinggahi dengan ruam lampin.. apabila ruam lampin ni terjadi selalu bayi akan merengek setiap kali membuang air kecil atau pampers penuh ini kerana bahagian ruam tadi akan menjadi gatal & pedih akibat dari ruam lampin tadi. So bagaimana nak merawat ruam lampin tadi jika dah terkena pada kulit bayi korang? #Drapolene Cream Terdapat pelbagai krim dan ubat ada dijual di farmasi untuk merawat ruam lampin ni.. tapi untuk kali ini aku nak cadangkan...

NuffnangX Nak Bagi USD50,000 Kepada Blogger

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, kredit image : NuffnangX Sudah claim blog korang dengan NuffnangX ? belum lagi? kalau belum cepat-cepat gi claim sekarang.. sebabnya sekarang ni NuffnangX tengah bermurah hati nak bagi duit kepada blogger yang dah register dibawah NuffnangX ni.. Masih kabur-kabur apa tu NuffnangX boleh baca sini ..   NuffnangX nak bagi ganjaran ni kepada blogger yang berjaya mengembangkan follower mereka sehinggakan ramai pembaca selepas ini yang akan membaca blog dari telefon bimbit sahaja.. Jadi apa tunggu lagi.. nak dapatkan ganjaran bernilai ratusan USD ni.. cepat-cepat kumpulkan follower anda dari hari ini.. ** Jangan lupa tawaran ini akan berakhir pada 11.59 pm 24 Oktober 2012 .. so korang ada masa 1 bulan untuk rebut ganjaran ni. Kepada yang dah daftar dengan NuffnangX ni.. jangan lupa follow blog ni ye untuk dapatkan cerita-cerita terkini di telefon bimbit korang nanti.. :-) Untuk maklumat lanjut tentang contest n...

Tertunai Hasrat Di Hati Dengan Mee Ketam Kuala Lumpur

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Setelah hampir setahun kami tidak terjah Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur , semalam akhirnya tertunai hasrat dihati membawa diri sendiri dan anak bini menjamu selera buat kali keberapa entah di restoran mee ketam tu. Seingat aku last aku datang dekat restoran mee ketam ni masa awal-awal cik malarang mengandung dulu.. lepas tu aku dah tak pernah pergi lagi.. pernah sekali aku pergi masa cik malarang ada exam dekat seksyen 7 tu.. tapi kecewa masa tu sebab kedai tengah renovate so tak dapatlah merasa mee ketam tu.. sampailah semalam petang kebetulan aku gi bawakan barang untuk adik aku dekat Uitm.. terus gi terjah sekali restoran mee ketam tu. Antara blogger yang suka makan dekat sini adalah blogger ni .. aku pun tak tahu dah berapa kali dia terjah kedai tu.. hehehe Untuk yang tinggal sekitar Shah Alam tu kalau nak rasa penangan mee ketam ni.. jangan lupalah berkunjung ke alamat dibawah ni.. No 11, kompleks Anjung 7, jalan Z...

Legakan Leher & Bahu Dengan TIGER BALM Hari Ini

Imej
"Artikal tajaan selama 48 jam. Scroll ke bawah untuk artikal terkini" Assalamualikum & salam sejahtera semua, Pastinya dengan kerja seharian selama 8 jam di hadapan komputer di pejabat membuat badan menjadi letih dan penat terutama pada bahagian leher & bahu. Sekiranya ketidak selesaan ini berlarutan sudah pastinya urusan kerja-kerja seharian kita sudah pastinya akan terganggu. Untuk memberikan kelegaan kepada otot-otot bahu & leher kita TIGER BALM ada jawapannya.. Terbaru dari TIGER BALM dengan 2 variasi produk terbaru mampu member kelegaan kepada otot-otot bahu dan leher, hanya dengan sapu 2 hingga 4 kali sehari ianya akan memberi kelegaan kepada sakit otot pada bahagian leher & bahu. TIGER BALM Neck & Shoulder Rub : Untuk kelegaan tekanan dan kepenatan otot leher dan bahu TIGER BALM Neck & Shoulder Rub BOOST : Untuk kekuatan tambahan untuk kelegaan sakit Anda tidak perlu risau dengan produ...

Gaya Tidur Harraz Yang Pelik

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Dah menjadi kegemaran aku untuk menangkap setiap gambar si Harraz time dia tido.. bukan apa saja nak buat koleksi untuk tatapan beliau bila dah besar nanti.. hehehe.. kalau siapa yang perasan sebelum ni aku pernah juga share beberapa keping gambar dia dalam entri “ Gaya Tidur Malam Jumaat ”. Jom kita tengok antara gaya baru yang pelik time si Harraz ni tidur. tidur sambil sujud… ni gaya apa entah suka betul tidur terkangkang Harraz ni.. hehehe Dalam aku dok curi-curi ambil gambar si Harraz time tido.. rupanya cik malarang pun pernah curi-curi ambil gambr aku tengah tidur juga.. huhu.. kantoilah pulak.. selamat gaya tidur aku tak pelik dalam gambar ni.. hehehe

NuffnangX vs Nuffnang

Imej
  Assalamualaikum & Salam sejahtera semua, Pastinya ada yang dah perasan semalam di facebook Nuffnang tentang khabar yang menyatakan ada sesuatu yang baru akan muncul kurang dari 24 jam semalam. Dan tepat jam 1.00 petang tadi satu lagi produk dari Nuffnang telah dilancarkan dengan di kenali sebagai NuffnangX Aku pun masih baru lagi dengan NuffnangX ni so masih banyak benda yang belum explore lagi.. tapi secara asasnya dari apa yang aku tengok NuffnangX ni lebih kepada sosial network.. yang mana korang boleh follow mana-mana blog favorite korang, dah tu setiap blog yang korang follow tu akan senaraikan feed entri-entri terbaru yang dibuat.. jadi korang dengan mudah boleh baca mana-mana blog yang mempunyai entri terbaru.. Selain dari tu korang boleh share artikal-artikal dalam tu dan juga boleh bersembang tentang artikal yang dihasilkan.. Selain dari tu korang boleh download aplikasi NuffnangX ni kedalam Android ( Google Play ) dan Apple iOS ( App Store ) kor...

2 Batang Gigi Yang Merbahaya

Imej
Menjerit dia aku paksa tunjuk gigi nak tangkap gambar.. He3 Jangan kacau saya nanti saya gigit baru tahu... Sejak si Harraz ada gigi dah tak berani nak hulur jari dkt mulut dia.. Hulur je confirm dia terus gigit.. He3. Tengah tunggu gigi atas pulak tumbuh ni... posted from Bloggeroid

Tak Sabar Nak Kira Duit Raya

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Maaf dipinta kepada pembaca yang datang berkunjung semalam untuk membaca entri terbaru walaupun tiada entri terbaru yang ditulis semalam.. semalam ada beberapa urusan penting yang diselesaikan dan memang tidak ada kesempatan untuk online dalam masa yang lama.. Kalau online pun sempat tengok status facebook & whatapp je. Oklah itu cerita semalam, hari ni punya cerita macam biasa hujung minggu aku kenalah duty pagi.. cuma hari ini aku gi kerja tak bawa family sekali.. cik malarang aku tinggalkan dirumah bersama si comel sebab nak buat kuih katanya.. hehehe tengok-tengok FB si dia memang betul tengah bakar kuih.. kuih apa tu? - credit : FB orang rumah Kalau korang perasan juga minggu ni adalah minggu terakhir untuk buat rumah terbuka hari raya.. macam aku memang tak buat rumah terbuka.. rumah sentiasa terbuka sepanjang tahun untuk menerima tertamu.. siapa nak datang di persilakan.. kalau kuih dah habis.. insyaallah bisk...

Tiada Lagi Pipi Labuh Dan Tembam

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Setiap kali masuk bulan baru je pasti si Harraz akan juga menunjukkan perubahan.. kalau bulan sebelumnya rajin dan kerab terjaga malam untuk minum susu kekadang tu jam 2.00 pagi atau 4.00 pagi dia dah terjaga.. lambat sikit bagi susu dia akan berkaraoke dulu… hehehe. Alhamdulillah masuk je usia  9 bulan ni.. dia dah jarang sangat terjaga tengah malam untuk minum susu.. kekadang last minum susu jam 10.00 malam esok paginya jam 5.30 pagi baru dia minum.. tapi yang masih tak ubah kalau lambat bagi susu.. mesti karok dulu.. hehehe Ada orang cakap muka harraz sekarang dah mula ikut muka daddy dia.. hehehe .. yeke? Kesian & sedih sebenarnya tengok Harraz ni.. sejak asik kerap sakit beberapa minggu yang lepas badan semua susut dan paling ketara tiada lagi kelihatan pipi labuhnya yang menjadi kegeraman semua orang.. last aku timbang hari tu berat turun sehingga hanya 7.3 kg sahaja.. Satu lagi masalah yang kami tengah...

P1 MiFi - Jom Bertukar Dari 3G Ke P1 4G Hari ini

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Masih pening memikirkan pelan apa yang sesuai untuk peralatan elektronik anda? anda mempunyai telefon pintar , tablet dan komputer riba .. semua memerlukan talian internet serentak dalam satu masa.. ohhh tidak apa plan yang sesuai sebenarnya untuk menjimatkan kos dan meminimumkan bayaran bil bulanan anda.. kini jawapan sudah ada dibawah ini.. Jom… tukar ke 4G hari ini dengan  bayaran serendah RM39 Percuma Modem P1 MiFi MF230 Selepas bertukar ke 4G anda boleh meminimumkan bayaran bil bulanan anda.. tidak perlu lagi membayar lebih dari yang sepatutnya Dengan P1 MiFi anda boleh berhubung lebih dari 1 peralatan elektronik serentak Tiada lagi pelan yang pelbagai selepas ini.. hanya dengan satu pelan P1 MiFi segala masalah anda dapat diselesaikan.. Dengan pelan P1 MiFi ini anda diberikan modem percuma MF230 Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan pelan yang ditawarkan tempoh 7 hari percubaan diberi...

P1 MiFi - Testimoni #1 | Seminggu Bersama P1 4G - MF230

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Dalam syok-syok guna rupanya dah seminggu P1 MiFi ni dekat tangan aku.. sepanjang aku guna device P1 MiFi ni oklah memang aku berpuashati dengan speed yang diberikan.. yang belum baca sesi pengenalan P1 4G MiFi tu boleh baca di link yang diberikan tu. Tiada masalah untuk aku melayari internet, update blog, menonton di youtube dan yang paling menarik aku boleh membuat download dengan begitu pantas sekali. Mesti ada yang tertanya-tanya macam mana nak guna device P1 MiFi ni? nak tahu macam mana caranya jom tengok dekat bawah ni. Di atas adalah device P1 MiFi MF-230 yang mana jika anda perhatikan terdapat beberapa bahagian yang perlu anda ketahui fungsinya.. Dibahagian sebelah kanan tepi terdapat Power Button .. dibahaggian bawah adalah USB / charging connector…. dibahagian penjuru terdapat satu lubang kecil untuk reset button dan dibahagian permukaan P1 MiFi ni terdapat 3 Lampu LED ( WiMax LED , WiFi LED & Power/Charging...