Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Paksa Anak Belajar Berdiri

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Biarkan gambar sahaja yang bercerita... :-).. untuk tatapan ibu & ayah mertua dikampung.. :-) (Photo : myvitrd.com) Aduh! daddy nak buat apa ni dekat Harraz? beratlah lori ni.. (Photo : myvitrd.com) Berdiri diam-diam ye.. jangan duduk ye... hehehe dera sikit.. (Photo : myvitrd.com) Arggggg... gerammmm gigit daddy baru tahu... huhu.. (Photo : myvitrd.com) Yaaaa.. daddy nak bagi hadiah apa dekat harraz nanti... (Photo : myvitrd.com) Argggg.... gigit lagi... gerammmmmm (Photo : myvitrd.com) Mana mama pegi ni.. nak susu... lapar... (Photo : myvitrd.com) lama lagi ke daddy, harraz kena berdiri ni... huhu (Photo : myvitrd.com) Argggg penatlah.. harraz nak duduk lah.. (Photo : myvitrd.com) tq mama bawakan susu dekat harraz.... cayang mama dengan daddy... 8 hari lagi nak sambut ulang tahun kelahiran yang pertama... daddy dengan mama tengah pening nak bagi hadiah apa dek...

Selamat Tinggal Bulan November

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Pejam celik seminggu lagi.. dan hari ni merupakan hari terakhir bulan november sebelum masuk bulan terakhir di tahun 2012 ni.. pastinya bila masuk hujung tahun je semua orang mula sebuk menghabiskan cuti tahun.. majlis kenduri kawin.. melancong dan macam-macam lagi.. bagi yang dapat rezeki lebih tu hujung tahun beringatlah ye.. ada duit simpan-simpan sikit jangan banyakkan membazir ( peringatan untuk diri sendiri dan cik malarang .. hehehe... ) " Tips mengurus keperluan dan kemahuan " Iklan: "aksi terkangkang atas sofa malam jumaat" Bagaimana dengan korang apa plan hujung tahun ni?

Durian Maut! Bayi Mati Ditimpa Durian

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera, Malang tidak berbau.. begitulah ungkapan yang boleh aku ungkapkan buat sebuah keluarga di Nibong Tebal Pulau Pinang apabila bayinya yang berusia 1 bulan maut ditimpa buah durian yang sedang luruh dibelakang rumahnya.. Takziah aku ucapkan kepada keluarga yang ditimpa musibah ini. Durian Maut!.. bukan setakat bayi boleh maut kena timpa dengan buah durian..  tapi orang dewasa pun boleh maut juga kalau tak berjaga-jaga. Bayi comel ini yang telah menjadi mangsa Durian Maut! Berita lanjut boleh rujuk disini ... Kepada yang mempunyai dusun durian tu.. kalau gi kutip buah durian ada baiknya janganlah bawa anak kecil sekali sebab buah durian kalau gugur takda mata.. sapa-sapa sahaja boleh dihempap kalau dah luruh.. nak selamat pakai helmet masuk dusun ye...

Sesi Pengenalan P1 MiFi MX230

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kalau anda semua masih ingat sebelum ni blog ini pernah membuat satu review  tentang P1 MiFi MF230 dan kali ini sekali lagi blog ini diberi peluang untuk membuat review satu lagi keluarga P1 MiFi yang dikenalai sebagai P1 MiFi MX230 .   “Apa perbezaan antara P1 MiFi MF230 dengan P1 MiFi MX230 ?”   Antara kelebihan MX230 berbanding MF230 adalah dari segi keupayaan client WiFi yang mana untuk MF230 client WiFi yang dibenarkan untuk satu masa adalah 5 peranti sahaja.. manakala untuk MX230 client WiFi yang dibenarkan adalah sehingga 8 peranti dalam satu masa.. Untuk tempoh hayat bateri pula MX230 bertahan sehingga 6 jam jika dibandingkan dengan MF230 hanya 4 jam tempoh hayat bergantung pada penggunaan capaian internet. Tempoh masa caj bateri juga lebih pantas untuk MX230 iaitu hanya 3 jam untuk caj penuh . P1 MiFi MX230   berbentuk 4 segi ringan & mudah dibawa kemana-mana Seperti ...

Durian Crepe vs Durian D24

Imej
Sana sini duk cerita pasal Durian crepe ni... Aku belum berpeluang nak rasa lagi keenakkan durian crepe yang di gembar gemburkan tu. Tapi kalau durian D24 memang dah selalu dah rasa.. Minggu ni je dah 2 kali aku beli D24 ni... Ada rezeki lebih teringin nak makan beli jelah... Khas untuk cik isteri dan Harraz... makan sampai kenyang.. Kalau korang di beri pilihan korang nak durian asli atau Crepe? posted from Bloggeroid

Ku Korbankan Segalanya Untukmu

Imej
Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Minggu ni agak sebuk sikit dengan beberapa tugasan dekat luar.. sabtu dengan ahad pun koje juga.. sampaikan cik isteri sedih katanya sunyi dekat rumah.. ai dah tinggalkan Harraz dekat umah pun sunyi lagi ye.. kena tambah lagi sorang adik harraz baru tak sunyi kot.. hehehe.. Harraz pulak macam tahu-tahu je aku kena kerja.. baru nak keluar rumah dah menyanyi lagu negaraku.. sekuat-kuatnya... hehehe.. kecian cik isteri kena handle sorang-sorang.. Tadi pulak baru cik isteri sms kata pengasuh Harraz nak minta cuti seminggu awal Disember nanti.. aduhhh pening kepala.. dahlah cuti aku tahun ni tinggal 2.5 hari je.. macam mana ni.. nampak gaya OT yang aku buat dalam minggu ni akan aku convertlah gi cuti sebab nak kena jaga si comel ni.. Cik isteri pulak tak boleh cuti awal Disember tu sebab ada kerja dekat luar opis..nampak gaya sekali lagi aku jadi Big MAMA lah ni.. hehehe.. Aku tak kisah sebenarnya kalau kena jaga anak ni.. ...

Nuffnang CPUV a.k.a Buffered Earning Mula Berlari-Lari

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kalau orang lain suka tunjuk buffered earning dekat blog aku pun nak tunjuk jugalah walaupun tak sehebat buffered earning Tokey UniFi ni.. sebagai rekod simpanan peribadi dalam blog ni, ni jelah BE yang ada buat masa sekarang tengah berlari-lari dalam blog.. Apa pun alhamdulillah sebab masih boleh buat site income dari blog yang tak seberapa ni.. kata orang setiap bulan dapat cash out untuk bayar bil utilities pun dah syukur.. Secara peribadi blog ni sebenarnya dah lama tak dapat campaign dari pengiklan sejak bulan 9 lagi.. so lepas aku fikir-fikir mungkin boleh aku praktikkan beberapa tips untuk mendapat buffered earning dalam blog ni.. so aku pun mencubalah tips yang aku belajar dari kawan-kawan dengan rujukan dari pakcik google .. “Ciri-ciri Blog yang tidak akan mendapat campaign dari Nuffnang” Antara yang aku cuba praktikkan adalah aku cuba update semula survey-survey dalam akaun nuffnang aku yang dah lama tidak...

Jualan Gudang Pureen Kali Ke-3 Untuk Tahun Ni | 24hb – 25hb November 2012

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Nampaknya hujung tahun ni memang banyak betul sales barang-barang baby mana tidaknya Pureen sahaja dah masuk kali ke-3 buat jualan gudang besar-besaran.. sapa yang tinggal sekitar kawasan Petaling Jaya ni memang untung sangat sebab banyak peluang untuk shopping barang-barang baby dan kanak-kanak ni.. Kepada yang free hujung minggu ni jom terjah sekali lagi jualan gudang Pureen kali ke-3 tahun ni di alamat dibawah ni.. Date: 24 - 25 November 2012 (Saturday & Sunday) Time: 10.00am - 6.00pm Venue: Summit Company (M) Sdn Bhd, Lot 6, Jalan 19/1, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Yang first time nak pergi boleh rujuk map dekat atas tu ye..   Cik isteri dah sound kata nak pergi.. tapi kali ni mungkin kami pergi sebelah petang kot.. sebab pengalaman pergi jualan gudang ni sebelah pagi memang bersesak-sesak.. macam-macam pengalaman di jualan gudang pureen yang pernah aku lalui.. yang lawak pun ada masa first t...

Wordless Wednesday : Internet Free

Imej
posted from Bloggeroid

Aku Hampir-Hampir Nak Saman TNB

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Kepada semua pembaca setia blog ni.. maaflah ye kalau sepanjang 5 hari yang lalu takda apa-apa update yang aku buat dalam blog ni.. semua kerana terpaksa menyelesaikan beberapa urusan yang penting dahulu.. harapnya lepas ni dapat kekalkan semula update entri setiap hari.. insyaallah. Kembali kepada cerita semalam.. memang betul-betul pihak TNB buat aku dengan cik malarang gelabah sehari mana tidaknya.. semalam TNB buat maintenance  dekat kawasan rumah aku dah tu dia buat cut off elektrik dari jam 9 pagi sampai 7 malam. Paling aku risau stok susu EBM si harraz akan cair kalau terlalu lama eletrik takda.. so awal-awal aku dah buat persediaan dengan aku bahagikan stok EBM yang lama dengan baru.. stok EBM yang baru aku simpan dalam kotak ikan dengan aku masukkan ais dalam tu.. sebab ikut pengalaman aku bawa balik stok susu dari Penang.. lebih kurang 6 jam perjalanan stok susu EBM tak cair lagi.. Stok susu EBM yang lam...

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayang 1 Muharram 1434H

Alhamdulillah syukur kepada yang maha Esa kerana masih diberi peluang hidup di bumi yang telah dipinjamkan selama ini.. Setiap kali hadir tarikh 1 Muharram pasti aku teringat juga tarikh aku di nikahkan dengan Cik Malarang pada 1 Muharram 1431.. Kalau ikutkan tarikh Hijriah ni.. Hari ni dah masuk tahun ke-3 perkahwinan kami.. Alhamdulillah syukur.. Semoga tahun-tahun mendatang keluarga kami terus diberi kesihatan dan di murahkan rezeki..amin.. Love u n miss u sayangku.... Selamat menyambut awal Muharram semua... Semoga tahun baru ini anda semua memperolehi keberkatan dari yang maha Esa... Amin... posted from Bloggeroid

Jadual Hujung Minggu Yang Padat

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, 5 hari tak update apa-apa dalam blog huhu.. semua gara-gara terlalu sebuk dengan pelbagai urusan.. hujung minggu lepas memang boleh dikatakan minggu yang sangat sebuk.. dengan keadaan cuaca pulak yang tidak menentu.. (apa kena mengena cuaca dengan update blog?). kebetulan pada hujung minggu tu line broadband buat masalah.. lagilah tak boleh nak access internet langsung. Tapi alhamdulillah aku sekeluarga masih sihat.. tak percaya tengok dekat bawah ni.. gara-gara terlalu sihat & aktif nilah jadinya.. Orang lain pakai car seat untuk duduk.. tapi anak aku.. car seat ni dia buat panjat dengan berenang pulak.. hehehe. Hujung minggu lepas sabtu tu sempat aku gi melawat rakan aku dekat dalam Penjara Sungai Buluh ni.. sebelum aku bergegas gi Melaka pulak untuk jemput adik aku yang cuti semester dekat kolej Matrikulasi.. Sepanjang perjalanan pergi Melaka dahlah panas.. jalan pulak asik jem je dek gara-gara punyalah ba...

Hargailah Si Dia… Nak Baca boleh Tak Nak Baca Pun Boleh

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Hari Jumaat yang mulia ni aku nak kongsikan satu kisah yang dikirim dari cik isteri melalui email.. rasanya tak seronok kalau ada kisah tauladan ni tidak dikongsi bersama.. tapi korang boleh memilih untuk membacanya sampai habis atau tidak.. tiada paksaan.. sebab selalunya kisah-kisah tauladan ni ramai yang kurang gemar nak ambil tahu.. lainlah kalau cerita gosip artis X kena tangkap khalwat dengan artis Y.. mesti semua dok pakat-pakat nak followkan.. Tetapi realiti kehidupan dalam dunia ni memang begitulah.. dan daripada kisah dibawah ni.. tidak mustahil berlaku di sekeliling anda.. sumber image : google @@@@@@@@@@@@@@@ Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “ Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. ... Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cera...

Usia Dah 11 Bulan Tapi Masih Tidak Boleh Berjalan

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Alhamdulillah hari ni 8-11-2012 genaplah usia si comel Harraz ni 11 bulan.. lagi sebulan cukup setahun.. rasanya macam baru je aku azankan dekat telinga dia di Hospital KPJ Damansara tu.. pejam celik dah besar dah budak manja ni.. Gigi pun dah tumbuh 6 batang, 4 batang sebelah atas 2 batang sebelah bawah.. sekarang ni dah mula kuat bercakap pulak tu.. bab menjerit satu apartment pun leh dengar.. hehehe. Ibu mertua dah mula risau sebab cucunya ni tak mau berjalan lagi.. tanda-tanda usaha nak berjalan pun tak nampak lagi.. tapi kalau bab panjat memanjat dekat sofa dialah juaranya.. hehehe.. Ada juga aku tanya member-member yang dah ada 2 ke tiga orang anak ni.. aku tanya berapa lama anak dia baru boleh berjalan.. ada yang cakap setahun 3 bulan ada yang cakap 11 bulan.. so kalau macam tu rasanya Harraz ni masih belum terlambat lagilah untuk berjalan.. cuma kalau ikutkan ibu mertua cakap.. cik malarang dulu kalau tak silap 9-1...

Ringankan Kos Rawatan Hospital Dengan Prudential BSN Takaful Medical Card

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Tidak ada seorang pun dalam dunia ni yang boleh menjangkakan bila masanya kita akan sakit.. kalau dikurniakan kesihatan berpanjangan sepanjang hidup.. alhamdulillah.. tapi bagaimana kalau tetiba di pertengahan usia, kita  di timpa musibah dengan masalah kesihatan yang memerlukan kos rawatan yang tinggi. Sudah pasti masa tu apa sahaja aset yang kita ada pasti akan dikorbankan untuk membiayai kos rawatan kita.. Jadi sebagai langkah awal persiapan menuju ke usia yang semakin meningkat ni, aku telah memilih untuk memiliki satu Medical Card dari Prudential BSN Takaful .. alhamdulillah semalam aku dah terima medical card tu setelah sebulan aku apply dari seorang sahabat yang juga Agen Prudential. Sebut pasal insurans ni.. rasanya aku memang jenis liat nak apply sebab aku dah merasankan bila dah bekerja ni.. company dah ada insurans & medical card untuk cover pekerja.. so buat apa nak bazirkan duit untuk bayar premium set...

iPhone 5 Gadget Impian

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera semua, Sebut je pasal iPhone 5 semuanya pasti mengimpikan untuk memilikinya.. termasuklah aku walaupun sekarang aku dah ada satu smartphone.. dah selalu guna aplikasi Android rasanya apa salahnya mencuba aplikasi dari Apple pulakkan.. kredit image : google.com Jadi sempena Contest anjuran bro Denaihati yang menawarkan satu gadget impian iPhone 5 .. rasanya rugi kalau tak mencuba nasibkan.. kata orang siapa tahu tuah ayam nampak dikaki.. tuah kita sapa yang tahukan.. Sebelum tu kalau korang nak cerita lanjut pasal iPhone 5 ni korang boleh rujuk dekat senarai entri dibawah ni.. http://denaihati.com/iphone-5-malaysia-vs-singapore-vs-hong-kong-vs-usa http://denaihati.com/iphone-5-malaysia-pertama http://denaihati.com/iphone-5-vs-samsung-galaxy-s3-drop-test http://denaihati.com/iphone-5-gambar-dan-video http://denaihati.com/iphone-5-dilancarkan http://denaihati.com/iphone-5-countdown http://denaihati.com/iphone-4s-bar...

Pusat Servis Kereta Di Johor Bahru

Imej
  Assalamualaikum & salam sejahtera, Untuk warga Johor Bahru yang tinggal sekitar Taman Pulai, Taman Universti dan kawasan sewaktu dengannya.. korang tak perlu lagi risau nak service kereta dekat mana lagi lepas ni.. sebab berhampiran dengan kawasan tempat tinggal korang tu.. telah dibuka satu pusat service kereta yang baru.. yang menawarkan pakej yang menarik dan murah.. Boleh rujuk iklan dibawah ni.. Jadi kalau korang tak tahu dimana lokasi yang dimaksudkan korang boleh rujuk peta dibawah ni.. Siapa lagi nak tolong orang melayu kalau bukan kitakan.. bengkel ni sebenarnya adalah bengkel rakan sekampung aku yang baru dibuka disini.. jadi kalau korang ada masalah berkaitan dengan penyakit kereta insyaallah dia boleh membantu.. Jangan segan-segan & malu-malu datang je kesitu.. hope perniagaan baru yang diceburi rakan aku ni akan memperolehi kejayaan isyaallah..