Jadual Hujung Minggu Yang Padat

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

5 hari tak update apa-apa dalam blog huhu.. semua gara-gara terlalu sebuk dengan pelbagai urusan.. hujung minggu lepas memang boleh dikatakan minggu yang sangat sebuk.. dengan keadaan cuaca pulak yang tidak menentu.. (apa kena mengena cuaca dengan update blog?). kebetulan pada hujung minggu tu line broadband buat masalah.. lagilah tak boleh nak access internet langsung.

Tapi alhamdulillah aku sekeluarga masih sihat.. tak percaya tengok dekat bawah ni.. gara-gara terlalu sihat & aktif nilah jadinya..

Harraz vs car seat 1 Harraz vs car seat 2 Harraz vs car seat 3

Orang lain pakai car seat untuk duduk.. tapi anak aku.. car seat ni dia buat panjat dengan berenang pulak.. hehehe.

Penjara Sungai Buloh

Hujung minggu lepas sabtu tu sempat aku gi melawat rakan aku dekat dalam Penjara Sungai Buluh ni.. sebelum aku bergegas gi Melaka pulak untuk jemput adik aku yang cuti semester dekat kolej Matrikulasi..

Kemalangan lebuhraya utara selatan

Sepanjang perjalanan pergi Melaka dahlah panas.. jalan pulak asik jem je dek gara-gara punyalah banyak kemalangan.. kekadang kita berhati2 pun orang langgar kita..

rumah klasik Melaka

Ontheway balik semula ke KL singgah sat dekat A’Famosa Resort.. tapi macam tak best je dekat sini.. tak turun dari kereta pun.. just pusing-pusing dah tu keluar terus..

Tol Sungai Besi Jem

Onthe balik pulak.. jem lagi.. sampailah tol sungai besi.. ingatkan orang nak keluar dari KL je jem.. rupanya nak masuk KL pun jem juga sabtu tu..

Harraz Selsema

Ontheway balik dari Melaka tu juga.. Harraz pulak kena selsema so nak tak nak kena singgah klinik pulak.. check-check apa yang patut.. sebab tak pernah-pernah anak aku batuk-batuk.. dalam kepala aku ni fikir jahat je.. takkan kot anak pengasuh bagi harraz makan aiskrim atau jilat aiskrim.. nak tanya dengan pengasuh serba salah.. so aku abaikan je..

harraz makan Donut

Lepas je hantar Harraz dari klinik terus singgah rumah sat dah tu bergegas pulak ke KL centrel ambil sepupu cik malarang.. esok paginya  bergegas ke Banting pulak.. sebab anak kepada sepupu cik malarang ada program permata pintar dekat SMK sains Banting tu..

Alhamdulillah sepanjang 2 hari semua program dan urusan berjaya diselesaikan tanpa sebarang masalah.. Apa yang penting semua orang happy 2 hari tu.. termasuklah aku.. :-)

Sebelum terlupa esokkan 1 Muharram so kepada rakan-rakan muslim jangan lupa baca doa akhir tahun & awal tahun ye.. kalau lupa doanya rujuk dekat link yang aku bagi tu..

Semoga kehadiran tahun baru nanti memberi semangat yang baru juga untuk anda.. Semoga kita semua terus diberi kesihatan dan di murahkan rezeki pada tahun baru yang akan tiba nanti.. Amin.

Ulasan

  1. tudia, Harraz cargas..hahaha..comey ensem boy nii

    BalasPadam
  2. harraz dah panjat car seat.. terbaik.. he he..
    sekarang musim selsema kot.. anak aku pun kena gak..

    BalasPadam
  3. hahaha.. memanjat2 dia dalam kereta ye??hehehehe

    BalasPadam
  4. hi bro... semoga kita di murahkan rezeki pada tahun hadapan..

    BalasPadam
  5. budak kalau batuk saya bg je makan aiskrim insyaAllah hilang batuknya...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak