Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2013

Tayar Pulak Minta Duit.. Barai Duit Bonus

Imej
Dugaan dihujung minggu... asalnya nak gi buat alignment tayar je... sekali check-check tayar depan sebelah penumpang koyak sebelah dalam pulak... mulalah keruk kepala yang tak gatal.. Risau sebab nak jalan jauh ari isnin ni.. terpaksalah juga tukar dengan tayar terpakai... nampaknya tayar depan dah dua-dua pakai 2nd hand... Tahun depan kena kumpul dana tukar tayar barulah jawabnya... lagi pun dah lebih 2 tahun tayar tu... memang patut kena tukar sebab asik travel utara selatan setiap bulan. Mungkin ada hikmahnya juga dapat tahu awal tayar dah rosak... kalau dibuatnya dekat lebuhraya tengah malam dia pecah lagi banyak cerita... Nilah dugaan berkereta... hehe.. posted from Bloggeroid

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera, Alhamdulillah selesai sudah aku tukar disc brake kuda hitam aku pagi tadi.. barang semua beli sendiri… cuma hantar bengkel bawah pokok je kasi upah pasang dekat abang bangla.. Sekarang abg bangla pun dah mahir bab-bab kereta ni.. Pagi-pagi dah masuk bengkel untuk terima rawatan Abg bangla ni memang dah mahir.. kalau tengok senang je dia buat.. tapi masih belum berani nak buat sendiri. disc brake ni dah berusia 6 tahun.. memang tak pernah tukar sejak beli kereta ni.. dah alang-alang buka tayar tu minta abg bangla tolong tukarkan chamber nut sekali.. lepas ni tinggal gi buat alignment tayar je. proses tukar disc brake lama ke baru.. kasi keluar itu yang lama dulu.. Lepas tu pasang yang baru.. sekali tukar dengan brake pad baru sekali nilah disc brake yang dah berusia 6 tahun.. besi dah makan dalam.. sebab tu brake pad cepat habis.. bangla tu cakap dah tak boleh nak skim lagi sebab disk dah mula nipis.. Nilah ...

Maggie Kari Ketam Yang Sedap Tapi Mahal

Imej
Mungkin salah kami juga... sebab sebelum kami order maggie kari ketam tu kami tak check harga dulu.. sekali dia hantar bil..baru tahu mahal rupanya menu maggie kari kentam tu.. ketamnya kita boleh pilih nak ketam nipah atau bunga... aku dengan selamba je sebat nipah.. hehe Cer korang teka... rasanya berapa harga menu Dekat atas tu... lokasinya di medan selera "Bucida Court Sungai Pencala" posted from Bloggeroid

Exabytes 100 Blogger Ads Program

Imej
  Assalamulaikum dan salam sejahtera, Peluang buat duit dengan mudah melalui Exabytes Ads program kembali lagi.. kepada blogger-blogger yang cukup syarat seperti dibawah ni.. bolehlah mencuba untuk sertai program pengiklanan bersama Exabytes ni..   Sekiranya blog anda layak untuk sertai program ni.. emailkan terus permohonan kepada marketing@exabytes.com.my … Banyak peluang untuk buat duit melalui blog ni sebenarnya.. antaranya anda boleh juga sertai Affiliates Program yang sedang dibuat oleh Exabytes ni.. Jadinya anda yang tentukan samada blog anda boleh jana pendapatan atau sebaliknya.. Selamat mencuba dan maju jaya..

Happy Birthday Cik Malarang

Imej
  Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan olehnya… Bersempena hari Jumaat hari yang mulia ini.. tn. tanah ingin mengucapkan Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-2x kepada cik isteri tercinta @ cik malarang yang jatuh pada 20hb setiap bulan disember. Inilah antara orang-orang terpenting dalam hidup saya.. Semoga cik isteri terus di panjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik berpanjangan, menjadi isteri yang solehah dan sentiasa tabah dalam melayan kerenah anak dan suami.. “Love u & Miss u forever Sayang”

Dividen ASB 2013 7.7 Sen Bonus 1 sen

Imej
  Assalamualaikum, Berita yang ditunggu-tunggu oleh semua pemilik Amanah Saham Bumiputera yang mana kadar keuntungan ASB telah diumumkan hari ini.. Untuk tahun 2013 ASB memberi dividen sebanyak 7.7 sen seunit dan bonus 1 sen seunit.. Syukur Alhamdulillah..  Sumber rujukan : BERNAMA Sumber : ASNB Kalau nak check dividen ASB tu tunggu tahun depan ye.. 2hb Januari 2014 pakat-pakat gi serbu pejabat pos..

Alhamdulillah Sudah 4 Tahun Kami Bersama

Imej
Assalamualaikum dan aslam sejahtera semua, Alhamdulillah hari ini 18hb genaplah 4 tahun kami disatukan secara sah.. walaupun perasaan tu macam baru je semalam kami dinikahkan tetapi realitinya telah 4 tahun kami hidup bahagia bersama. Syukur alhamdulillah juga sepanjang 4 tahun ni.. kami masih bertahan dalam mengharungi cabaran dan dugaan serta asam garam rumahtangga ni.. semoga kami sentiasa diberi kekuatan untuk terus menempuh cabaran dan dugaan yang berat pada masa-masa mendatang.. Semoga kekal sampai ke syurga Dengan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 2 tahun membuatkan keluarga kami lebih ceria.. insyaallah lepas ni dah boleh rancang untuk dapatkan si comel kami tu teman bermain.. doa-doakan kami semoga Harraz lepas ni cepat-cepat dapat adik lagi.. :-) Buat isteriku yang sangat aku cintai dan kasihi.. abang doakan semoga mahligai yang kita bina bersama ini akan kekal sampai ke syurga.. amin.. Happy Anniversary ... Sayang... Love u & Mi...

Jom Turut Serta Menjadi Sukarelawan Cyber Mangsa Banjir

Imej
  Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, Pastinya bila anda melihat keadaan mangsa banjir dibeberapa negeri pada masa ini di media masa dan elektronik membuatkan anda sedih dan ada perasaan ingin turut membantu mereka.. tetapi mungkin juga ada beberapa halangan yang membuatkan anda tidak dapat turut serta menjadi sukarelawan di tempat-tempat mangsa banjir tersebut.. mungkin dengan komitmen kerja yang membuatkan anda tidak boleh bercuti dan pelbagai lagi.. Untuk itu dengan terlancarkan satu tubung mangsa banjir dengan inisiatif SKMM dan pihak telco kini anda semua boleh menjadi sukarelawan mangsa banjir dengan mendermakan sedikit wang anda kepada mangsa-mangsa banjir tanpa pergi ke lokasi bencana.. dengan hanya menderma melalui SMS. Bagaimana caranya untuk menderma melalui SMS ni..   Langkah 1 – Taipkan BANJIR <jarak>< amoun > Langkah 2 – hantar ke 13999 Contoh : T aipkan BANJIR 10 hantar ke 13999 * Derma boleh dibuat dalam amoun RM1 / R...

2 Tahun Sudah

Imej
2 hari lepas si comel dah genap usia 2 tahun... rasanya macam baru je di lahirkan tup-tup dah masuk 2 tahun... birthday tak sambut lagi... ingat hujung bulan time balik Penang baru sambut dekat umah atuk dia... combine sekali dengan birthday mama dan atuk Harraz.. Semoga si comel ni terus sihat dan diberikan murah rezeki serta merta menjadi yang soleh.. amin. posted from Bloggeroid

Terkini Gambar Banjir Di Kampungku Johor

Imej
  Tadi pagi dapat mesej dari adik di kampung kata kampung dah banjir.. air dah mula naik ke tempat parking kereta dirumah.. semua kenderaan dah diletakkan dibahu jalan seawal 4.00 pagi lagi.. Risau juga kalau keadaan banjir makin teruk.. Mak pulak lumpuh tak boleh berjalan.. selamat rumah kami masih ada sebagian yang bertiang.. kalau semua rumah atas tanah memang takda pilihanlah kalau rumah masuk air confirm kena pindah.. Untuk langkah keselamatan aku dah pesan dekat adik-adik dekat kampung supaya mak dibawa naik ke rumah kayu.. untuk persediaan kalau-kalau rumah bawah kami dimasukki air.. Gambar dikirim oleh sepupu laluan menuju kerumah dah dinaiki air sepenuhnya..  rumah sepupu ni katanya air dah mula masuk.. kesian sebab beliau takda rumah atas.. ini adalah gambar yang dikirim oleh adik gambar sekitar keliling rumah.. tempat parking semua dah penuh air.. huhu   Selalunya kalau banjir.. jarang-jarang tempat parking dekat kampung ni naik air.. huhu. Do...

Kebab Turki Di Bandar Sri Damansara

Imej
  Assalamualaikum, First time makan kebab Turki .. selalu makan kebab yang dijual ditepi-tepi jalan atau dekat pasar malam je.. Kebetulan dekat area rumah kami tu ada satu kedai kebab baru yang dibuka mula-mula tu tengok dari jauh je setiap kali lalu nak gi kerja.. tapi kebetulan hujung minggu tu tergerak hati nak singgah tengok macam mana rasa kebab turki tu. Dekat kedai Kebab Turki ni.. bukan sahaja kebab dijual tapi hotdog dengan Burger pun ada. Nampak macam senang je pekerja ni buat kebab ni.. roti dia tu di panggang dulu.. Lepas tu diletaklah daging atau ayam ikut pilihan apa yang kita nak…. letak sos dan mayonis.. terus gulung.. habis gulung dibakar sekali lagi supaya roti tu masak sekali dengan daging dalam tu.. Siap dah.. boleh terus makan.. untuk saiz ni satu berharga.. RM6.50.. rasanya boleh tahan.. dan rasanya macam nak singgah lagi je beli.. :-) * Kalau tak silap produk ni dari Indonesia dan di franchise kan masuk malaysia..  boleh check dek...

Aksi Harraz Di Pejabat

Imej
Ni baru anak sorang.. kalau 2 orang macam manalah gayanya aku nak buat koje.. hehehe... memang tak boleh buat kerjalah jawabnya macam ni... kena layan telatah si comel ni jelah.. Nilah rupanya simulasi bawa kereta... hehehe... cuma pasai apa sikecik tu dok peluk aku macam naik motor pulak.. hahaha macam ye..ye.. je anak aku peluk aku.. padal hal tak pernah pun naik motor duduk belakang Sebab tulah kalau hujung minggu bila aku duty aku tak bawa dia ikut gi opis.. kalau tak dia dulu nak buat kerja... hehehe posted from Bloggeroid