Semalam punya cerita, niat dihati nak berbuka dirumah, tapi kita hanya merancang Allah yang menentukannya.. kalau hari kedua puasa aku hanya sempat berbuka didalam kereta dengan sebungkus cendawan goreng dikongsi tiga beranak.. Semalam rezeki murah sikit sebab walaupun tak dapat berbuka lagi dirumah ekoran hujan turun dengan lebat dicampur dengan jalan menuju ke pejabat cik isteri jem seteruk teruknya.. maka kami sekeluraga terus mengambil keputusan untuk berbuka sahaja di surau tempat cik isteri bekerja. Kebiasaanya kalau jalan tak jem aku hanya mengambil masa 15-30 minit untuk sampai ke pejabat cik isteri, tetapi semalam aku mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai.. Ni merupakan kali pertama kami sekeluarga berbuka di surau tempat kerja cik isteri, menurut cik isteri surau tempat kerjanya memang setiap tahun akan membuat jamuan berbuka puasa setiap hari dalam anggaran 200-300 orang.. bukan setakat jamuan berbuka, jamuan moreh dan bersahur juga dibuat pada har...