Pengemis Meragukan Di Jalan Tun Razak

Apa yang menjadi perhatian petang semalam masa ontheway balik dari opis adalah satu kelibat warga emas yang bukan datang dari negara kita.. dari susuk tubuhnya mungkin dari Pakistan.. warga emas ini kelihatan sedang merayu meminta sedekah ditepi jalan dibawah fly over menuju ke IJN.. pastinya sesiapa yang menggunakan laluan tersebut petang semalam perasan kelibat warga emas itu..

Dari jarak jauh aku perhatikan warga emas ini pada awalnya merayu sedekah ditepi jalan sebelah kanan sahaja.. tetapi lama kelamaan warga emas ini mula merayu sumbangan di tengah-tengah jalan raya.. yang pada ketika itu jalan  agak jem.. dengan perlakuan merbahaya dari warga emas tersebut boleh mengundang kemalangan dari penunggang motorsikal yang menggunakan laluan tengah jalan raya tersebut.

Sebenarnya warga emas ni pernah merayu derma tahun lepas di laluan yang sama setiap petang sekitar jam 4.00 petang ke atas.. dan tidak lama selepas itu hilang begitu sahaja.. pernah juga warga emas yang sama kelihatan merayu derma di Jalan Ipoh..

Pada awal kemunculan warga emas ini di Jalan Tun Razak satu ketika dahulu tidak menimbulkan rasa curiga.. tetapi bila boleh dikatakan hampir setiap hari beliau di jalan sama merayu derma.. mula menimbulkan syak wasangka.. adakah beliau adalah mangsa kepada sendiket yang mempergunakan warga umas untuk memungut derma.. seperti mana yang pernah didedahkan sebelum ini warga asing mengemis di bazar-bazar ramadan.

Diharapkan pihak-pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya bagi menyiasat perkara ini.. samada ianya didalangi oleh pihak ketiga atau sebaliknya.. sekiranya perkara ini dibiarkan berterusan ini boleh mengundang bahaya kepada penunggang motorsikal yang menggunakan laluan tersebut dan juga mengundang bahaya kepad diri pengemis itu sendiri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak