Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Parents and Kids Expo/Pregnancy & Baby Show 2014

Imej
  Lama tak pergi expo baby ni.. masa Harraz umur bawah setahun setengah tu rajin juga pergi expo ni.. nak dikatakan hampir setiap bulan ada je expo baby kami pergi.. tapi bila anak dan umur 2 tahun setengah ni.. dah kurang sikit pergi.. kalau pergi pun tengok-tengok je.. Masa Harraz kecik senang sikit jaga dia masuk dalam stroller diamlah dia so kita pun senang je nak pusing & ronda-ronda dekat gerai-gerai yang ada.. tapi sekarang mana mahunya duduk dalam stroller.. dia nak jalan sendiri.. untung pulak tu kalau nak dipegang tangannya kekadang nak jalan sendiri tangan tak nak dipegang.. tu yang kekadang malas je nak gi sebab tak larat nak main kejar-kejar dengan anak dalam expo tu.. hehehe Tadi baru je dapat email iklan dari Parents and Kids Expo 2014 .. hujung minggu ni 29-31 Ogos 2014 dia orang ada buat expo dekat KLCC.. so kepada yang berkelapangan dan bercadang nak shopping barang baby tu bolehlah datang ke KLCC nanti.. Kalau taknak bersesak-sesak cari parking datan...

Suka Buang Mainan Di Tingkap

Imej
Bila anak semakin dewasa ni.. pemikiran dia pun makin maju ke hadapan... dalam usia 2 tahun ke 3 tahun memang waktu meniru segala apa yang dia nampak dan apa yang dia dengar... sebab tu kalau boleh kawal kata- kata yang kurang enak di dengar... sebab bila anak dengar dia akan cepat tiru... sebab tu aku tak berapa berkenan tengokkan anak aku kartoon yang ada skrip ganas-ganas ni.. sebab tak lama nanti dia akan tiru apa yang kartoon tu cakap. Sekarang ni satu tabiat baru anak aku adalah... membuang segala bagai mainan dia dari tingkap rumah.. jadinya akulah yang jenuh nak turun tingkat 4 ke bawah untuk kutip mainan dia.... belum sampai tingkap 4 nanti dia buang lagi mainan lain... Jadinya untuk mengelakkan benda tu berulang kali terjadi.. aku terus belikan jaring hijau untuk tutup sebahagian tingkap di ruang tamu.. Alhamdulillah akhirnya siap juga pasang jaring di tingkap... lepas ni kalau dia baling lagi ke bawah.. tak tahulah... mungkin aku tutup semua tingkap dengan jaring je... ...

Harraz Demam Lagi

Imej
Allahuakbar... bila anak sakit ni... yang tak keruan mak dengan ayahnyalah... anak jarang-jarang demam.. tapi kalau demam biasanya 2 ke 3 hari juga baru baik.. confirm-confirm susut lagi berat anak aku ni... Tengah standby kalau suhu tak turun juga.. terus bawa gi hospital sat lagi... tadi check suhu dah cecah 39.1... huhu tinggi sangat... hope lepas bagi makan ubat ni turunlah sikit.. Doakan semoga anak aku cepat sembuh...

Cucu Dan Atuk

Imej
Sedar tak sedar Hari Raya dah 2 minggu berlalu.. alhamdulillah juga.. ziarah hari raya di Johor dan Penang dah selesai.. minggu ni kita ziarah raya pulak area KL dan Selangor.. Syukur jugalah sebab rezeki duit raya untuk Harraz sangat murah.. nilah untungnya jadi kanak-kanak pergi mana-mana je dapat duit raya. Sekarang kalau dapat je duit raya untuk Harraz terus masukkan dalam tabung Haji dia.. senang boleh jadikan simpanan untuk sambung belajar atau naik haji nanti.. tekun betul anak aku ni.. semua gara-gara dok layan upin dan ipin, mama dia tekun makan kuih raya.. Legasi pewaris keluarga Saad.. hehehe pak metua pun terpaksa je layan upin ipin.. hehehe

Coconut Shake Klebang Memang Terbaik!

Imej
  Alhamdulillah semalam dah selamat tiba dirumah, cuti raya seminggu di Johor pun dah habis, next week nak balik utara pulak.. insyallah… layan laksa pulak.. lepas puas layan burasak.. Sepanjang perjalanan pulang semalam pun alhamdulillah takdalah jumpa jem yang teruk.. cuba lokasi biasa Nilai-Seremban tu ada sedikit jem lebih kurang pergerakkan 10KM 1 jam.. hehehe.. apa pun kenderaan memang banyak dilebuhraya. Bertolak dari kampung jam 11.00 pagi.. ikut jalan lama Batu Pahat – Muar sampai umah lewat malam juga sebab singgah dibeberapa lokasi. Paling lama singgah di Coconut Shake Klebang .. sebenarnya dah lama cik isteri ajak singgah dekat sini.. cuma lokasi tak tahu so aku biasalah malas nak cari.. tapi disebabkan semalam aku rasa sepanjang perjalanan jalan pun ok.. lepas masuk lebuhraya terus set GPS dan google map .. cari dekat mana lokasi Coconut Shake Klebang ni.. Dengan berpandukan GPS yang ada.. aku gagahkan diri ikut je lokasi yang diarahkan oleh google map tu....