Coconut Shake Klebang Memang Terbaik!
Alhamdulillah semalam dah selamat tiba dirumah, cuti raya seminggu di Johor pun dah habis, next week nak balik utara pulak.. insyallah… layan laksa pulak.. lepas puas layan burasak..
Sepanjang perjalanan pulang semalam pun alhamdulillah takdalah jumpa jem yang teruk.. cuba lokasi biasa Nilai-Seremban tu ada sedikit jem lebih kurang pergerakkan 10KM 1 jam.. hehehe.. apa pun kenderaan memang banyak dilebuhraya.
Bertolak dari kampung jam 11.00 pagi.. ikut jalan lama Batu Pahat – Muar sampai umah lewat malam juga sebab singgah dibeberapa lokasi.
Paling lama singgah di Coconut Shake Klebang.. sebenarnya dah lama cik isteri ajak singgah dekat sini.. cuma lokasi tak tahu so aku biasalah malas nak cari.. tapi disebabkan semalam aku rasa sepanjang perjalanan jalan pun ok.. lepas masuk lebuhraya terus set GPS dan google map.. cari dekat mana lokasi Coconut Shake Klebang ni..
Dengan berpandukan GPS yang ada.. aku gagahkan diri ikut je lokasi yang diarahkan oleh google map tu.. mula-mula sampai dekat simpang 3 Jalan Klebang Besar, aku terus belok ke kiri.. mula-mula tu tak nampak pun kedai Coconut Shake ni.. tapi aku dah perasan.. pasal apa banyak kereta park tepi jalan kiri dan kanan..
Tengok-tengok memang betul gerai coconut shake tu ada sebelah Caltex je.. sekali tengok punyalah ramai orang beratur..
Cik isteri tanya aku “nak beli ke” aku cakap “mestilah nak beli, rugilah datang dari jauh semata-mata nak tengok je..” hehehe..
Macam biasalah ikut giliranlah beratur..
Janji jumpa Caltex.. akan nampak gerai coconut shake ni tepi jalan..
Masa aku beratur tu baru perasan.. yang beratur panjang ni.. untuk bungkus sahaja.. kalau nak minum dengan makan kena masuk dekat kedai sebelah dalam .. tapi aku memang nak bungkus.. so beratur jelah tunggu giliran
Demi coconut shake klebang, panas-panas pun beratur jelah
Tu dia sempoi.. penuh satu basikal kelapa muda… basikal ni orang dulu-dulu buat angkut kelapa dekat kebun..
Dibuka setiap hari, bermula dari jam 11.00 pagi – 6.30 petang, jumaat buka lepas solat jumaat 2.30 petang katanya.. hehehe
Patutlah sedap rasanya dicampurkan dengan ais crim wall rupanya.. macam boleh buat dekat umah je lepas ni… hehehe
rugi beli satu beratur panjang-panjang.. order 3 terus.. satu untuk cik isteri, dua untuk aku.. hehehe
harga untuk yang biasa RM2.00 sahaja.. yang special RM2.50 (Ada ice-crem)
Betul-betul sebelah gerai coconut shake, ada pulak jual keropok lekor, memang terbaik.. Lekor KING diberi nama..
Rugi pulak rasanya sebab beli satu je, kalau tau beli semua perasa yang ada.. takpe next time balik Johor kita gegar lagi klebang ni.. dari exit tol Air Keroh hanya 30 minit je untuk sampai sini.. :-)
TERBAIK!! beli yang original katanya.. sekali rasa pasni nak lagi…
Fuhh, bukan main panjang beraturnya
BalasPadamnak cuba punya pasal beratur jelah.. hehehe
PadamOMG!! sana memang Q panjanggggggggggggggggggggg tapi sebab sedapppppppp maka rela dalam paksa kene Q panjang pon =)
BalasPadamYummy...
nasib baik tempat beratur redup, boleh berpeluh tunggu, tapi mesti berbaloi tunggu.
BalasPadamuhh terliuq tgk ai rni ..mesti sedap kan
BalasPadam