Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Susah Benar Nak Suruh Posing

Imej
Dari baby sampailah dah masuk lebih 4 tahun.. memang kalau suruh posing depan camera.. macam2 gaya dengan alasan yang dia bagi... memang pendek kata tak suka posing depan camera.. hehehe.. Cikgu dekat sekolahnya dah berkali-kali minta gambar... tapi nak ambil gambar sekeping pun payah.. lagilah nak bawak gi kedai gambar ambil gambar.. memang tak jadilah gambarnya.. hehehe.. ni senyum ngada-ngada kata mama dia.. tengok apalah tu sampai camtu sekali.. tersengeh-sengeh.. hahaha dalam banyak-banyak gambar ni jelah yang boleh dikatakan ok.. mungkin nak cuci gambar ni baru bagi dekat cikgu sekolah dia.. muka masam macam cuka je.. pasai apa sayang.. Tapi yang tak boleh tahan tu.. tangan asik nak tunjuk peace.. hehehe.. anak bertuah betul... hari ni Harraz tak pakai baju rasmi sekolah.. cikgu minta dia pakai baju cantik-cantik.. sebab katanya nak buat sambutan birthday untuk kawan-kawan..

Bil Celcom Hampir RM2000 Silap Siapa

Imej
Siapa yang tak terkejut monyet bila check sahaja bil bulanan postpaid bernilai hampir rm2000.. dalam sejarah aku guna line celcom ni.. ni first time aku dapat bil sedemikian rupa.. Tak pasti silap aku sendiri atau kesilapan pihak celcom.. jadinya tak mau stress sepanjang hari.. ambil kunci motor terus ke service center yang berdekatan.. sampai dikaunter terus aku minta staff yang bertugas semak bil aku yang terkini.. Kalau ikutkan dari apa yang staff celcom check memang aku ada langgan mobile internet weekly sebanyak 2 kali pada bulan ni.. tapi sepatutnya bukan nilai tersebut yang dikenakan kepada aku.. kalau ikutkan seperti aku guna line internet tanpa aku langgan mana-mana pakej mobile internet.. Jadinya staff celcom terus buat report untuk diajukan pada pihak yang berkenaan.. katanya kalau semakkan yang akan dibuat nanti adalah kesilapan pihak celcom maka bil akan diperbetulkan.. tetapi kalau kesilapan pihak aku... maknanya aku kena bayarlah.. Cuma aku nak tanya kepada yang pern

Belajar Menabung Bermula Dari RM2

Imej
  Tertarik dengan idea yang ditunjukkan oleh beberapa rakan blogger dalam blog masing-masing tentang  “ Cabaran menabung selama 52 minggu ”.. pada mulanya aku terbaca dalam satu forum di CariGold tentang cabaran tersebut.. dengan jadual seperti dibawah ni.. Idea tu nampak menarik dan mudah tapi untuk konsisten disitulah cabarannya.. nampak nilainya kecil tapi bila dijumlahkan besar nilainya.. Korang boleh je ke google dan taip sahaja “ Cabaran menabung selama 52 minggu ” macam2 idea yang dia orang ubah berasaskan jadual tabungan diatas.. Sebenarnya sebelum aku jumpa jadual ni di forum dan di google aku dah bermula mencabar diri sendiri untuk membuat tabungan yang aku panggil tabungan “ Duit Raya ”.. kenapa aku namakannya tabungan duit raya.. sebab setiap kalinya bulan Ramadhan tiba korang yang dah berkeluarga ni.. mesti pening kepala nak kira berapa banyaklah burget duit raya yang nak dibahagikan dekat adik beradik dan anak saudara ni.. kekedang ada yang mengharapkan duit b

Dividen Bank Rakyat Tahun 2014 Sebanyak 15%

Imej
  Alhamdulillah dah diumumkan sebentar tadi dividen saham Bank Rakyat sebanyak 15%.. Jom kita kira keuntungan tahun 2014 :-) Sumber foto : Facebook Bank Rakyat Sesiapa yang ada akaun i-Rakyat boleh check secara online… dividen dah dikreditkan terus kedalam akaun saving.. :-).. yang takda sila beratur dikaunter berdekatan rumah atau pejabat anda..

Diskaun Pinjaman PTPTN 20 Peratus Hampir Tamat

Imej
Selak-selak paper pagi ni terjumpa pulak berita berkaitan pinjaman PTPTN ni... rasanya semua orang sudah sedia maklum yang buat masa ni pihak PTPTN ada menawarkan diskaun sebanyak 20% kepada peminjam mereka bagi yang membuat bayaran sepenuhnya.. kalau ikut kira matematik... pinjam rm20,000 kalau bayar lumpsum hanya bayar rm16,000 sahaja..selepas tolak 20% diskaun... Jadinya kepada yang berkemampuan untuk membayar secara penuh tu boleh ambil peluang yang ada kerana daripada apa yang aku baca dipaper tadi tempoh tawaran diskaun akan tamat pada 31hb Mac 2015.. Bagi yang kurang berkemampuan.. bayarlah mengikut jadual yang ditetapkan... kata orang bayar sikit-sikit lama2 habis.. dari tak bayar langsung dan kemungkinan nama akan dimasukkan dalam rekod CCRIS Bank Negara.. Kalau nama dah ada dalam rekod  CCRIS dengan prestasi bayaran buruk.. maka segala urusan untuk memohon pinjaman dari pihak bank akan menyukarkan untuk diberikan kelulusan.. Jadinya kalau rasa tak nak diri terasa susah pa

Chef Harraz

Imej
    Jom kita tengok apa yang dia masak..   ambik aku tu dalam beg plastik?     nilah hasil kek yang anak aku masak dekat sekolah.. hehehe..

Gigitan Cinta Dracula

Imej
Ontheway balik dari kerja... cik isteri mesej.. katanya "nanti kalau gi ambil anak jangan terkejut tau"... dalam kepala aku.. daaa apa pulak masalah anak aku ni... Sampai je dekat opis cik isteri.. dan jemput dia orang.. anak cakap dengan aku... "daddy adik kena gigit".. Kesian betul.. rupanya dia berebut mainan dekat tadika.. sekali budak yang berebut dengan dia tak puas hati terus gigit macam makan ayam KFC... huhu... Aku terus cakap dengan anak aku... takpe adikkan kuat.. lain kali jangan gigit orang lain ye.. sebab sebelum ni kalau dia gaduh dengan sepupu dia dekat kampung mesti sepupu dia jadi mangsa gigitan.. tapi tak seteruk yang dia kena ni..

Pengalaman Pertama Balik Penang Naik AirAsia

Imej
  Assalamualaikum kepada semua pembaca blog myvitrd ni.. maaf dipinta kerana tuan empunya blog ni semakin hari semakin jarang mengupdate cerita dalam ni.. tapi takpe insyallah kalau ada masa terluang akan di updatekan cerita-cerita kehidupan kami sekeluarga dalam ni.. Cerita dekat bawah ni adalah cerita yang dah basi aku kira kerana dah berlalu 2 bulan tapi baru ada kesempatan nak mengupdate dalam blog ni.. Kalau sebelum ni setiap kali kami balik ke Penang pastinya kereta rasmi keluarga yang kami akan gunakan.. belum pernah lagi naik bus balik ke Utara.. tapi kali ini kami beranikan diri balik ke Utara dengan menggunakan pengangkutan udara.. kebetulan tarikh yang cik isteri kena balik ke Penang tu adalah tarikh promosi tiket AirAsia so nak jadikan cerita cik isteri bookinglah 3 tiket 2 dewasa 1 kanak2 yang semuanya berharga dalam RM21x.xx sahaja termasuk kos bagasi dan tiket pergi balik untuk seorang.. Biasanya Kalau balik ke utara tak cukup RM300 kami belanjakan untuk pergi