Belajar Menabung Bermula Dari RM2

 

Tertarik dengan idea yang ditunjukkan oleh beberapa rakan blogger dalam blog masing-masing tentang  “Cabaran menabung selama 52 minggu”.. pada mulanya aku terbaca dalam satu forum di CariGold tentang cabaran tersebut.. dengan jadual seperti dibawah ni..

52 week vacation saving challenge

Idea tu nampak menarik dan mudah tapi untuk konsisten disitulah cabarannya.. nampak nilainya kecil tapi bila dijumlahkan besar nilainya..

Korang boleh je ke google dan taip sahaja “Cabaran menabung selama 52 minggu” macam2 idea yang dia orang ubah berasaskan jadual tabungan diatas..

Sebenarnya sebelum aku jumpa jadual ni di forum dan di google aku dah bermula mencabar diri sendiri untuk membuat tabungan yang aku panggil tabungan “Duit Raya”.. kenapa aku namakannya tabungan duit raya.. sebab setiap kalinya bulan Ramadhan tiba korang yang dah berkeluarga ni.. mesti pening kepala nak kira berapa banyaklah burget duit raya yang nak dibahagikan dekat adik beradik dan anak saudara ni.. kekedang ada yang mengharapkan duit bonus raya.. bayangkan kalau tahun tu duit bonus raya takda.. pastinya kegusaran akan bertambah.. mulalah dalam kepala malulah nak balik  kampung.. sebab tahun ni takda duit nak bagi duit raya.. walaupun hakikatnya duit raya ni bukan satu kewajipan.. tetapi di Malaysia ni dah jadi budaya.. kalau tak bagi duit raya macam tak lengkap.. apapun yang penting ukur baju dibadan sendiri.. jangan sampai berhutang gara-gara nak nampak mewah memberikan duit raya.. lubang tahun sebelumnya pun tak habis tutup lagi.. buka pulak lobang baru.. jadilah macam lagu.. “gali lobang tutup lobang.. ada duit bayar hutang”.. ok abaikan lagu tu…

Jadinya bermula dari tahun lepas bulan september aku dah berazam untuk membuat tabungan duit raya serendah RM2 sehari.. apa yang aku buat adalah aku akan keluarkan duit belanja aku setiap hari bekerja sebanyak RM2 dan disimpan didalam satu bekas.. tabungan ini aku buat hanya pada hari bekerja sahaja.. seolah-olah aku potong sehari duit makan aku RM2.. hehehe.

Aku anggap dalam seminggu aku bekerja 5 hari dan sebulan ada 4 minggu.. bila dijumlahkan untuk setahun lebih kurang ada 240 hari semuanya (mungkin lebih).. dan kalau dijumlahkan dalam simpanan yang terkumpul paling minimum dalam tabungan pasti ada sebanyak RM480 (mungkin lebih)..

Nak dijadikan cerita dalam diam-diam cik isteri pun ada juga mula menabung menggunakan nilai RM1.. tapi lambat sikit bermula dari aku.. jadinya aku ceritakanlah idea yang aku buat kepada beliau.. beliau suka idea aku ni… sekarang ni kami sama-sama membuat tabungan untuk duit raya 2015 ni.. seperti lagu Wonder Petsapa yang penting kerjasama”.. hehehe

Alhamdulillah apa yang aku belajar dari idea menabung ni mengajar aku supaya sentiasa konsisten dalam membuat tabungan.. dan disiplinkan diri untuk menabung..

Kalau dengan nilai RM1 sehari pun kita tidak boleh disiplinkan diri untuk menabung macam mana kita nak disiplinkan diri untuk menyimpan 50-100 setiap bulan..

Seperti kata pepatah.. sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. cuma yang penting jangan kita curi duit tabungan kita sendiri sudahlah.. kalau tak sampai ke sudah tak jadi bukit..

Semoga anda semua terus istiqamah dalam membuat tabungan … Walau dengan apa cara, teknik dan idea sekalipun..

Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak