Kebun Bandar | Belajar Tanam Sawi Dengan Teknik Hidroponik Bahagian 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog myvitrd .. terima kasih kerana anda masih sudi datang membaca blog ini walaupun kekerapan tuan tanah untuk mengupdate entri terbaru sudah berkurang.. apa pun insyallah akan terus mengemaskini semampu yang mungkin. Untuk kali ini saya nak kongsikan kepada pembaca semua kaedah menanam sawi secara hidroponik yang mana kaedah penanaman ini gemar digunakan oleh peminat sayur-sayur hijau yang tidak mempunyai tanah untuk becucuk tanam. Untuk bahagian 1 ini saya nak kongsikan peralatan yang diperlukan untuk memulakan projek tanaman sawi secara hidroponik ini. Set hidroponik yang baru dibeli dari pembekal area Lembah Klang berminat layari facebook : --> Agromazz Hidroponik Apa yang anda lihat digambar diatas adalah kelengkapan yang kita dapat bila membeli set mini hidroponik ni dengan harga RM50 (COD). 1 x Takung khas tahan 5 tahun berupaya menghalang penembusan cahaya dan penyerapan hab...