Kebun Bandar | Belajar Tanam Sawi Dengan Teknik Hidroponik Bahagian 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog myvitrd.. terima kasih kerana anda masih sudi datang membaca blog ini walaupun kekerapan tuan tanah untuk mengupdate entri terbaru sudah berkurang.. apa pun insyallah akan terus mengemaskini semampu yang mungkin.

Untuk kali ini saya nak kongsikan kepada pembaca semua kaedah menanam sawi secara hidroponik yang mana kaedah penanaman ini gemar digunakan oleh peminat sayur-sayur hijau yang tidak mempunyai tanah untuk becucuk tanam.

Untuk bahagian 1 ini saya nak kongsikan peralatan yang diperlukan untuk memulakan projek tanaman sawi secara hidroponik ini.


Set hidroponik yang baru dibeli dari pembekal area Lembah Klang
berminat layari facebook : --> Agromazz Hidroponik 


Apa yang anda lihat digambar diatas adalah kelengkapan yang kita dapat bila membeli set mini hidroponik ni dengan harga RM50 (COD).

1 x Takung khas tahan 5 tahun berupaya menghalang penembusan cahaya dan penyerapan haba.
1 x Penutup polisterin tebal dan padat bagi mengelakkan penembusan cahaya.Tahan 5 tahun.
1 x Baja tidak toxic untuk 10x penanaman
1 x Cawan penyukat 500ml untuk memudahkan penyukatan air dan baja.
1 x Paket benang media.
8 x Biji bakul media
2 x Jenis benih sayur
Nota penanaman


Macam nilah kedudukan set hidroponik saya di kaki lima rumah


Untuk bahagian ke-2 nanti saya akan terangkan macam mana nak setup media untuk penanaman sayur sawi hijau.. semoga ilmu yang dikongsikan nanti dapat dimanfaatkan bersama.. sekian semoga bertemu lagi di entri seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak