Berjaya Daftar MyRFID
Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu RFID.. Maklumat tentang RFID ni anda boleh google di internet.. banyak info di internet.. MyRFID yang saya nak cerita sini adalah yang yang kita akan guna untuk bayar tol-tol dilebuhraya terpilih buat masa ini.. Buat masa ini dalam tempoh percubaan dan yang nak jadi pilot penguji sistem boleh register di link dibawah. Untuk menjadi pengguna MyRFID ni langkah pertama adalah mobile app Touch n Go perlu didownload terlebih dahulu dan selepas itu baru daftar di website https://rfid.touchngo.com.my/html/registration_fitment.aspx untuk proses pemasangan sticker pengesan MyRFID dikereta. Aplikasi Touch n Go Kandungan aplikasi.. Register didalam web ini untuk menjadi pilot percubaan MyRFID Alhamdulillah hari ini saya berjaya uji 4 lokasi konsesi lebuhraya yang menggunakan RFID ni.. LDP, Penchala, Pantai dan NKVE semua berjaya mengesan sticker yang dipasang pasang lampu hadapan sebelah kiri kereta.. ...