Berjaya Daftar MyRFID

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu RFID.. Maklumat tentang RFID ni anda boleh google di internet.. banyak info di internet..

MyRFID yang saya nak cerita sini adalah yang yang kita akan guna untuk bayar tol-tol dilebuhraya terpilih buat masa ini.. Buat masa ini dalam tempoh percubaan dan yang nak jadi pilot penguji sistem boleh register di link dibawah.






Untuk menjadi pengguna MyRFID ni langkah pertama adalah  mobile app Touch n Go perlu didownload terlebih dahulu dan selepas itu baru daftar di website https://rfid.touchngo.com.my/html/registration_fitment.aspx untuk proses pemasangan sticker pengesan MyRFID dikereta.


Aplikasi Touch n Go


Kandungan aplikasi..


Register didalam web ini untuk menjadi pilot percubaan MyRFID


Alhamdulillah hari ini saya berjaya uji 4 lokasi konsesi lebuhraya yang menggunakan RFID ni.. LDP, Penchala, Pantai dan NKVE semua berjaya mengesan sticker yang dipasang pasang lampu hadapan sebelah kiri kereta..


Transaksi RFID untuk 4 lebuhraya

Tanggapan awal saya tentang sistem ini.. Bagus sebab kita boleh reload e-wallet secara online berbanding touch n go.. Cumanya kereta saya bila dah rapat dengan palang baru palang tol akan naik.. So kena bawa kereta slow masa lalu laluan tol RFID ni.. Kenderaan pengguna lain saya kurang pasti adakah situasi sama..

Menurut brother yang pasang sticker RFID di kereta.. Akan datang bila sistem RFID dah stabil smart tac akan dihapuskan bagi memberi laluan kepada RFID.. Kos penyelenggaraan Smart tac katanya tinggi.. dan hanya touch n go di kekalkan.


Sticker RFID tahan 5 tahun katanya.. 



Gaya abg RFID buat ujian sensor sticker.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak