Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke-13

Imej
Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T....sentiasa diberikan kesihatan dan kebahagian bersama keluarga tercinta.. Tarikh 18 Disember setiap tahun tidak akan dilupai buat keluarga kami yang mana tarikh tersebut kami berdua di sahkan menjadi pasangan suami isteri.. diam tak diam tahun 2022 telah memasuki tahun ke-13 usia Perkahwinan kami... Terima kasih buat isteri tercinta Nurfarahliana Binti Saad sentiasa menjadi pendamping dikala suka dan duka selama 13 tahun ini... Terima kasih juga menjadi ibu yang hebat buat 2 hero yang sentiasa di sayangi... Buat isteri tercinta abang ucapkan selamat ulangtahun Perkahwinan ke 13 buat kita berdua... semoga mahligai yg dibina ini akan berkekalan sehingga ke Syurga.. Aamiin..  Love u Forever buat isteri tercinta... 

DIY : Kepala Paip Patah Di Didalam Dinding

Imej
Assalamualaikum semua,  hari ni saya nak kongsi sesuatu andai tetiba ianya terjadi pada anda satu hari nanti. Pastinya anda akan jadi gelabah dan kelam kelibut apabila tetiba kepala paip air dirumah anda patah sewaktu anda hendak guna.... dan kebiasaannya kalau kepala paip patah saki baki nut akan tertinggal didalam dinding. Jadinya saya nak kongsikan alatan yang anda perlukan untuk keluarkan saki baki besi atau plastik dari nut kepala paip tersebut. Pertama andai berlaku patah kepala paip didalam dinding rumah, langkah awal adalah menutup punca bekalan air samada diluar rumah atau didalam rumah.. kebiasaan kalau didalam bilik air ada satu kunci untuk memberhentikan air just tutup saja pili kunci tersebut.  Seterusnya anda ke kedai hardware yang berdekatan untuk beli kepala paip baru dan alatan untuk keluarkan saki baki nut didalam dinding... alatan seperti didalam gambar diatas... kita panggil "Pipe Extractor" kalau dekat shopee harga dekat RM11.00 kalau takda free shipping ...

Projek Homestay : Meratakan Tapak Projek - Part 1

Imej
  Alhamdulillah setelah 2 minggu berbincangan dengan kontraktor binaan akhirnya kami bersetuju membuat satu binaan rumah 22 x 31 kaki ditapak kosong tanah mertua.. anggaran kos permulaan sekitar RM98,000 (merangkumi full tile satu rumah, wirering point elektrik, kipas dan aircond, table top, plaster siling dan sistem piping dalam rumah).   Tapak lot milik mertua sebelum ini ditumpangkan kepada kontraktor tanah untuk menjadikan tapak  pengumpulan tanah merah sebelum dijual ke pelanggan.. disebabkan tanah tersebut dah membukit dan kami merancang untuk membina bangunan ditapak tersebut, kami telah meminta pihak kontraktor untuk meratakan tapak tersebut dan kami membeli terus tanah yang ditinggalkan diatas tapak tersebut Proses kerja-kerja meratakan tapak menggunakan jengkaut.. kami memerlukan masa yang cepat untuk proses penyediaan tapak sebelum kontraktor binaan masuk memulakan kerja. Kerja-kerja meratakan tapak siap sepenuhnya dalam tempoh 3 hari memandang pada masa tu ada...