DIY : Kepala Paip Patah Di Didalam Dinding

Assalamualaikum semua,  hari ni saya nak kongsi sesuatu andai tetiba ianya terjadi pada anda satu hari nanti.

Pastinya anda akan jadi gelabah dan kelam kelibut apabila tetiba kepala paip air dirumah anda patah sewaktu anda hendak guna.... dan kebiasaannya kalau kepala paip patah saki baki nut akan tertinggal didalam dinding.

Jadinya saya nak kongsikan alatan yang anda perlukan untuk keluarkan saki baki besi atau plastik dari nut kepala paip tersebut.

Pertama andai berlaku patah kepala paip didalam dinding rumah, langkah awal adalah menutup punca bekalan air samada diluar rumah atau didalam rumah.. kebiasaan kalau didalam bilik air ada satu kunci untuk memberhentikan air just tutup saja pili kunci tersebut. 


Seterusnya anda ke kedai hardware yang berdekatan untuk beli kepala paip baru dan alatan untuk keluarkan saki baki nut didalam dinding... alatan seperti didalam gambar diatas... kita panggil "Pipe Extractor" kalau dekat shopee harga dekat RM11.00 kalau takda free shipping mungkin RM15.. kalau beli di kedai hardware.. saya dapat hari tu dalam RM11.xx sahaja. 



Beginilah rupa tool tu.. ada jalur2 diluar besi tool.. so perlukan spanar hidup untuk puisngkan alatan.. tu dalam dinding. 


ni pulak rupa kepala paip yang patah tu bahagian bunga nut tertinggal didalam dinding. 






Masukkan tools tadi kedalam dinding saki baki kepala paip tadi... ketuk sedikit supaya masuk kedalam.. tidak perlu kuat.. selepas itu gunakan spanar hidup. puisngkan lawan arah jam.. insyallah saki baki nut tadi akan terpusing dan terus keluar dari dalam dinding. 


Alhamdulillah.. akhirnya saki bagi nut paip dah keluar.. so untuk keluarkan dari tool tu pulak.. just ketuk pelan insyallah akan tanggal. 


follow langkah berikut.. 




Alhamdulilah pasang semula kepala paip baru.....dan sudah sedia untuk digunakan kembali... semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda semua.. 








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak