Catatan

Sakit Gastrik Perlu Ujian Endoskop

Hari ni aku bercuti untuk hantar cik isteri membuat ujian endoskop di Hospital Pantai KL.. kalau sesiapa yang pernah buat ujian ni pasti tahu apa itu ujian endoskopi.. ianya lebih kurang ujian untuk mengesan sebarang penyakit dalam perut dengan memasukkan teropong kedalam usus perut.. Dengar je rasanya aku dah meremang bulu roma.. sakitnya tak tahulah sebab menurut apa yang aku baca biasanya ujian ni dibuat dalam keadaan pesakit di tidurkan... sedar-sedar nanti dah siap.. dari apa yang aku baca sakit kesan buat ujian ni dalam 2 minggu juga kot.. mana tidaknya benda keras kena jolok dalam tekak ke perut.. confirm-confirm luka perut tu... Cik isteri baru je masuk dalam bilik doktor jam 9.30 pagi tadi.. menurut doktor katanya masa yang diambil lebih kurang dalam 10 minit sahaja.. tapi satu jam baru pesakit akan sedar lepas ditidurkan.. doktor suruh aku balik atau gi cafe dulu.. tapi takpelah aku tunggu dekat bilik menunggu ni sampai cik isteri sedar nanti.. Hope semua ujian ni berjalan...

Ron95 Naik 20 Sen Stesen Petrol Diserbu Lagi

Imej
Berkuatkuasa tengah malam ni semua sedia maklum seperti yang telah disiarkan dimedia sosial dan elektronik yang mana petrol ron95 dan diesel akan naik sebanyak 20 sen.. kenaikkan ini berikutan pengurangan subsidi petrol oleh kerajaan. Memang telah dijangka petrol akan naik.. cuma tak tahu bila je.. tapi hari ni dah confirm yang ianya akan naik tengah malam ni.. Seperti biasa bila ada je pengumuman petrol akan naik.. yang paling jelas sekali semua petrol pump akan penuh dengan deretan kenderaan untuk mengisi petrol sepenuh-penuhnya.. Sebelum ni pun aku pun salah sorang juga yang beratur untuk penuhkan tank kereta... tapi itu dulu sekarang aku buat biasa-biasa je... sebab esok atau lusa tetap kena isi juga kalau tank dah kosong.. nak merungut pun.. merungut dalam hati jelah.. hehe.. Macam kereta aku yang kalau kosong kena isi 40 liter.. so kalau naik 20 sen dalam rm8 jugalah naiknya untuk seminggu.. kata orang redha jelah... Apa komen korang tentang kenaikkan terkini ron95 ni... mem...

Terminate Astro Berbayar Mohon Pakej NJOI

Imej
Akhirnya setelah habis fikir dan berbincang dengan cik isteri... aku telah mengambil keputusan untuk terminate pakej astro berbayar aku walaupun pakej astro tu cuma yang basic je.. Kami sekeluarga jarang ada dirumah kalau ada pun sebelah malam je.. balik kerja masing-masing dah penat.. kekadang tak tengok tv terus tidur.. so kami rasa rugi bila kami bayar service astro tapi jarang guna.. Lepas aku terminate astro berbayar tu.. aku apply untuk pakej astro NJOI.. yang mana pakej astro NJOI ni tak yuran langganan bulanan.. macam tengok tv free je... cuma channel basic yang dia bagi.. untuk channel tv ada 22 channel.. radio 20 channel..  kira okalah.. nama pun free... andai kata nak tengok channel lain boleh beli channel guna prepaid card yang disediakan. Sebelum ni kalau nak downgrade ke NJOI kena bayar RM100... tapi untuk buat masa sekarang ni..promosi katanya... downgrade ke NJOI free sahaja.. janji masih ada decorder astro dkt umah.. kalau yang tak pernah langgan astro.. tetapi ...

Parents and Kids Expo/Pregnancy & Baby Show 2014

Imej
  Lama tak pergi expo baby ni.. masa Harraz umur bawah setahun setengah tu rajin juga pergi expo ni.. nak dikatakan hampir setiap bulan ada je expo baby kami pergi.. tapi bila anak dan umur 2 tahun setengah ni.. dah kurang sikit pergi.. kalau pergi pun tengok-tengok je.. Masa Harraz kecik senang sikit jaga dia masuk dalam stroller diamlah dia so kita pun senang je nak pusing & ronda-ronda dekat gerai-gerai yang ada.. tapi sekarang mana mahunya duduk dalam stroller.. dia nak jalan sendiri.. untung pulak tu kalau nak dipegang tangannya kekadang nak jalan sendiri tangan tak nak dipegang.. tu yang kekadang malas je nak gi sebab tak larat nak main kejar-kejar dengan anak dalam expo tu.. hehehe Tadi baru je dapat email iklan dari Parents and Kids Expo 2014 .. hujung minggu ni 29-31 Ogos 2014 dia orang ada buat expo dekat KLCC.. so kepada yang berkelapangan dan bercadang nak shopping barang baby tu bolehlah datang ke KLCC nanti.. Kalau taknak bersesak-sesak cari parking datan...

Suka Buang Mainan Di Tingkap

Imej
Bila anak semakin dewasa ni.. pemikiran dia pun makin maju ke hadapan... dalam usia 2 tahun ke 3 tahun memang waktu meniru segala apa yang dia nampak dan apa yang dia dengar... sebab tu kalau boleh kawal kata- kata yang kurang enak di dengar... sebab bila anak dengar dia akan cepat tiru... sebab tu aku tak berapa berkenan tengokkan anak aku kartoon yang ada skrip ganas-ganas ni.. sebab tak lama nanti dia akan tiru apa yang kartoon tu cakap. Sekarang ni satu tabiat baru anak aku adalah... membuang segala bagai mainan dia dari tingkap rumah.. jadinya akulah yang jenuh nak turun tingkat 4 ke bawah untuk kutip mainan dia.... belum sampai tingkap 4 nanti dia buang lagi mainan lain... Jadinya untuk mengelakkan benda tu berulang kali terjadi.. aku terus belikan jaring hijau untuk tutup sebahagian tingkap di ruang tamu.. Alhamdulillah akhirnya siap juga pasang jaring di tingkap... lepas ni kalau dia baling lagi ke bawah.. tak tahulah... mungkin aku tutup semua tingkap dengan jaring je... ...

Harraz Demam Lagi

Imej
Allahuakbar... bila anak sakit ni... yang tak keruan mak dengan ayahnyalah... anak jarang-jarang demam.. tapi kalau demam biasanya 2 ke 3 hari juga baru baik.. confirm-confirm susut lagi berat anak aku ni... Tengah standby kalau suhu tak turun juga.. terus bawa gi hospital sat lagi... tadi check suhu dah cecah 39.1... huhu tinggi sangat... hope lepas bagi makan ubat ni turunlah sikit.. Doakan semoga anak aku cepat sembuh...

Cucu Dan Atuk

Imej
Sedar tak sedar Hari Raya dah 2 minggu berlalu.. alhamdulillah juga.. ziarah hari raya di Johor dan Penang dah selesai.. minggu ni kita ziarah raya pulak area KL dan Selangor.. Syukur jugalah sebab rezeki duit raya untuk Harraz sangat murah.. nilah untungnya jadi kanak-kanak pergi mana-mana je dapat duit raya. Sekarang kalau dapat je duit raya untuk Harraz terus masukkan dalam tabung Haji dia.. senang boleh jadikan simpanan untuk sambung belajar atau naik haji nanti.. tekun betul anak aku ni.. semua gara-gara dok layan upin dan ipin, mama dia tekun makan kuih raya.. Legasi pewaris keluarga Saad.. hehehe pak metua pun terpaksa je layan upin ipin.. hehehe