Sakit Gastrik Perlu Ujian Endoskop

Hari ni aku bercuti untuk hantar cik isteri membuat ujian endoskop di Hospital Pantai KL.. kalau sesiapa yang pernah buat ujian ni pasti tahu apa itu ujian endoskopi.. ianya lebih kurang ujian untuk mengesan sebarang penyakit dalam perut dengan memasukkan teropong kedalam usus perut..

Dengar je rasanya aku dah meremang bulu roma.. sakitnya tak tahulah sebab menurut apa yang aku baca biasanya ujian ni dibuat dalam keadaan pesakit di tidurkan... sedar-sedar nanti dah siap.. dari apa yang aku baca sakit kesan buat ujian ni dalam 2 minggu juga kot.. mana tidaknya benda keras kena jolok dalam tekak ke perut.. confirm-confirm luka perut tu...

Cik isteri baru je masuk dalam bilik doktor jam 9.30 pagi tadi.. menurut doktor katanya masa yang diambil lebih kurang dalam 10 minit sahaja.. tapi satu jam baru pesakit akan sedar lepas ditidurkan.. doktor suruh aku balik atau gi cafe dulu.. tapi takpelah aku tunggu dekat bilik menunggu ni sampai cik isteri sedar nanti..

Hope semua ujian ni berjalan dengan baik.. cik isteri memang ada masalah gastrik kalau terlewat makan atau silap makan makanan berangin.. jadinya bila dah kerap sangat sakit doktor cadangkan untuk buat ujian endoskop ni.. kata doktor biar kita tahu masalah dari awal lagi supaya kita boleh merawat sakit tu dari awal.. sebab kalau sering kali terjadi gastrik akan menimbulkan masalah yang besar pada usus nanti..

Doakan semoga semuanya berjalan dengan baik... amin.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak