Catatan

BUKU BAJET Dari AKPK

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua, Alhamdulillah minggu lepas sempat luangkan masa lebih kurang 3 jam taklimat pengurusan kewangan bersama agensi AKPK di pejabat. Kebetulan aku memang berminat bab pengurusan kewangan, pelaburan dan apa sahaja yang berkaitan dengan DUIT kecuali skim cepat kaya. Jadinya dah dapat peluang AKPK datang buat taklimat dekat pejabat kita dengarlah info yang berguna ni. Kalau korang semua belum tahu apa itu AKPK boleh google sahaja.. banyak telah diterangkan di internet tentang AKPK ni.. tapi tak kurangnya juga orang takut dengan AKPK ni.. sebab ada yang kata bila dah join program AKPK ni kita akan di senarai hitamkan dari membuat apa-apa lagi pinjaman yang dikawal selia oleh Bank Negara.. Kalau ikutkan logik sekiranya kita mempunyai masalah kewangan untuk membayar hutang pinjaman.. kita sebenarnya dah disenarai hitamkan dari membuat sebarang pinjaman dibank... mana tidaknya.. hutang sedia ada pun tak mampu nak bayar inikan pula nak b...

KPJ Damansara Lagi

Imej
posted from Bloggeroid

Kebun Bandar | Belajar Tanam Sawi Dengan Teknik Hidroponik Bahagian 1

Imej
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca setia blog myvitrd .. terima kasih kerana anda masih sudi datang membaca blog ini walaupun kekerapan tuan tanah untuk mengupdate entri terbaru sudah berkurang.. apa pun insyallah akan terus mengemaskini semampu yang mungkin. Untuk kali ini saya nak kongsikan kepada pembaca semua kaedah menanam sawi secara hidroponik yang mana kaedah penanaman ini gemar digunakan oleh peminat sayur-sayur hijau yang tidak mempunyai tanah untuk becucuk tanam. Untuk bahagian 1 ini saya nak kongsikan peralatan yang diperlukan untuk memulakan projek tanaman sawi secara hidroponik ini. Set hidroponik yang baru dibeli dari pembekal area Lembah Klang berminat layari facebook : -->  Agromazz Hidroponik   Apa yang anda lihat digambar diatas adalah kelengkapan yang kita dapat bila membeli set mini hidroponik ni dengan harga RM50 (COD). 1 x Takung khas tahan 5 tahun berupaya menghalang penembusan cahaya dan penyerapan hab...

Upgrade Pakej Celcom Ke FIRST GOLD | 10GB Internet + Unlimited Calls & SMS

Imej
Alhamdulillah selesai urusan di Celcom Center hari ni.. dah lama aku fikir nak tukar plan celcom pospaid aku ni.. tapi di sebabkan tiada pakej yang aku rasa menarik masa tu.. jadinya berkali-kali aku tangguh untuk langgan pakej Data yang ada internet ni. Kebetulan bulan ni aku buka website Celcom dan ternampak ada satu pakej yang boleh dikira menarik dan berbaloi untuk kegunaan harian aku.. aku baca.. semak dan kaji.. rasanya pakej promosi First Gold ni sesuai dengan aku.. Kalau sebelum ni pakej First Gold ni dikenakan bayaran langganan bulanan sebanyak RM100 (tidak termasuk GST) sekarang telah dikurangkan kepada RM80 (tidak termasuk GST).. yang mana menariknya pakej ini adalah pakej data diberikan 10GB yang mana 5GB untuk penggunaan harian dan 5GB untuk penggunaan mingguan (sabtu dan ahad). manakala untuk panggilan telefon dan sms diberikan percuma ke semua rangkaian telefon tempatan. Sebelum terlupa pakej ini tiada kontrak.. sebab kalau ada kontrak susah kita nak tukar k...

Selamat Tinggal 2015 Selamat Datang 2016

Imej
Pejam celik dah hampir berakhir tahun 2015 dan akan muncul tahun 2016... yang mana ramai meramalkan tahun 2016 tahun yang penuh mencabar dengan pelbagai peningkatan kos sara hidup terutama dibandar. Tidak ketinggalan masuk sahaja tahun baru banyak yang akan pasang azam tahun baru.. Begitu juga kami sekeluarga berazam supaya kami terus berusaha dan bekerja keras untuk tahun baru ini... semoga rezeki kami sekeluarga terus dimurahkan oleh Allah S.W.T.. tanpa usaha anggan-anggan sahaja tidak akan berjaya.. Sama2 kita berdoa semoga negara kita terus aman dan dipermudahkan mencari rezeki dibumi Malaysia ini.. posted from Bloggeroid

Dividen ASB 2015 7.25 Sen Bonus 0.50 sen Seunit

Imej
Sumber rujukan : Facebook PNB Alhamdulillah berita yang dinanti-nanti untuk penghujung tahun 2015 telah muncul.. walaupun lewat diumumkan seperti tahun sebelumnya.. tapi tidak mengapa masih dapat berita gembira pengumuman bonus dan dividen untuk pelabur ASB bagi tahun 2015. DIVIDEN : 7.25 sen BONUS : 0.50 sen Apa lagi jom kita buat anggaran berapa jumlah dividen yang kita perolehi tahun ni.. sebelum kita pergi serbu kaunter pejabat pos dan wakil jualan ASB pada 4hb Januari 2016 nanti.. Bagaimana? berpuasa hati dengan pengumuman dividen tahun ini.. walaupun menurun sebanyak 0.25 sen dari tahun 2014 tapi bagi pandangan peribadi saya masih berpuas hati dengan dividen yang diberikan. Jom tambah pelaburan tahun hadapan...  Sumber ilmu dan teknik pelaburan ASB berkesan

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Yang Ke 6 Tahun

Imej
Alhamdulillah syukur tarikh hari ini 18hb Disember 2015 genap usia perkahwinan kami 6 tahun.. pelbagai rintangan dugaan yang kami bertiga lalui alhamdulillah kami masih mampu mengatasinya berkat kesabaran dan sokongan orang yang tersayang.. Semoga kami terus diberi kekuatan mengharungi liku-liku berumahtangga pada masa mendatang.. semoga ikatan yang dibina ini berkekalan sampai ke Syurga.. amin.. Terima kasih isteriku kerana menjadi orang terpenting dalam hidup ini dikala susah dan senang.. Seribu kemaafan dipohon jika selama menjadi ketua dalam keluarga ada yang terguris hati dan perasaan.. Happy Anniversarry Sayang.. Love U Forever.. posted from Bloggeroid