Catatan

Berjaya Daftar MyRFID

Imej
Mungkin ada yang masih tertanya-tanya apa itu RFID.. Maklumat tentang RFID ni anda boleh google di internet.. banyak info di internet.. MyRFID yang saya nak cerita sini adalah yang yang kita akan guna untuk bayar tol-tol dilebuhraya terpilih buat masa ini.. Buat masa ini dalam tempoh percubaan dan yang nak jadi pilot penguji sistem boleh register di link dibawah. Untuk menjadi pengguna MyRFID ni langkah pertama adalah  mobile app Touch n Go perlu didownload terlebih dahulu dan selepas itu baru daftar di website https://rfid.touchngo.com.my/html/registration_fitment.aspx untuk proses pemasangan sticker pengesan MyRFID dikereta. Aplikasi Touch n Go Kandungan aplikasi.. Register didalam web ini untuk menjadi pilot percubaan MyRFID Alhamdulillah hari ini saya berjaya uji 4 lokasi konsesi lebuhraya yang menggunakan RFID ni.. LDP, Penchala, Pantai dan NKVE semua berjaya mengesan sticker yang dipasang pasang lampu hadapan sebelah kiri kereta.. ...

Genap 30 Hari

Imej
Alhamdulillah pejam celik hari ni genap 30 hari usia Muhammad Fayyadh Asytar, dari seberat 2.745kg semalam timbang dekat klinik dah 3.8kg dalam tempoh 30 hari 1kg kenaikan. Si abg pulak dah seminggu cuti sebab sakit mata, paling risau asik dok gomoh adiknya, dah pesan jangan rapat sangat dengan adik nanti mata tu jangkit dengan adik.. semalam mata adik dah mula keluar tahi mata, kebetulan minggu ni pak mertua ada dekat rumah so dia bawaklah si baby ni ke klinik area rumah, doktor cakap matanya sikit je merah dan bagi ubat sapu. Dr. cakap paling bagus bagi air susu ibu dekat mata tu. Harapnya dua orang adik beradik ni sakit matanya tak berpanjangan..

Rezeki Tak Ternilai Selepas 7 Tahun

Imej
Alhamdulillah syukur tarikh 18/9/18 jam 11.05 minit pagi.. Kedengaran tagisan pertama yang bergema di bilik pembedahan hospital KPJ Damansara.. Ini menandakan seorang hamba Allah telah lahir kedunia ini untuk menjadi seorang khalifah di muka bumi ini.. Ucapan dan kata-kata syukur yang mampu diucapkan ketika itu... Sementara satu lagi nyawa sedang bertarung dibilik pembedahan untuk proses kerja2 terakhir selepas pembedahan.. 9 bulan pengorbanan seorang ibu yang menanggung ketidak selesaan tidak dapat di tukar dengan wang ringgit.. Terima kasih sayang atas pengorbanan ini.. Hanya Allah yang mampu membalasnya.. Semoga kehadiran cahaya mata kedua ini dapat memeriahkan lagi keluarga kecil ini.. Amin.... Semoga si ibu dan si comel cepat sihat dan kembali cergas seperti sediakala.. Amin

Peristiwa 7 Tahun Lalu Berulang Kembali

Imej
Semoga dipermudahkan urusan... Amin... DR. ON DUTY TO DAY

Alhamdulillah Syukur Kepadamu

Imej

Myvitrd.com Domain Expired

Imej
Semalam cuba masuk blog aku ni yang dah lama tak buka dan tak update sekali masuk keluar page macam dekat atas tu.. bila aku ingat-ingat rupanya domain aku dah expired aku lupa renew 48 hari yang lalu.. huhu.. Penyudahnya nak renew pun dah tak boleh sebab dah lewat.. cuba juga google kot-kot ada cara nak renew semula.. tapi katanya kalau nak domain tu juga ada charge tambahan.. so aku baru hantar tiket dekat penyedia domain aku tu.. tunggu apa respone dia orang.. jadinya kalau korang tak boleh masuk mana-mana link dalam blog ni.. korang tukar je.. myvitrd.com tu kepada myvitrd.blogspot.com Harapnya dapatlah semula aku renew domain lama aku tu..

First Day School

Imej
Alhamdulillah semua dah selamat di hantar ke sekolah baru untuk hari pertama.. bangun pagi pun takda masalah.. semua berjalan lancar pagi ni.. alhamdulillah.. kebetulan kami dah rancang awal untuk cuti 2 hari bagi monitor anak sehari dua ni.. so takdalah kelam kabut sangat.. Orang paling sebuk adalah mama dia yang uruskan kelengkapan persekolahan Harraz.. dari sebelum cuti sekolah lagi sampai malam tadi.. tq mama harraz.. u memang mama terbaik untuk Harraz.. Semoga Muhammad Harraz Fahim dapat menjadi anak yang soleh dan jadi insan yang bermanfaat dgn ilmu yang dipelajari di sekolah nanti amin.. Jomlah kita tengok foto-foto harraz hari ni..