[Review] Garmin Asus A10 - Part 2 (DG Smart Plan)

Salam,

Hari ini aku nak menyambung semula review gadget Smartphone dari DiGi iaitu Garmin-Asus A10. Pada entri sebelum ni aku dah buat penerangan sedikit rekabentuk gadjet Garmin Asus A10 dan hari ini aku akan menerangkan pelan yang tawarkan bersama-sama dengan Garmin Asus A10 ni.

Untuk Makluman semua harga pasaran bagi 1 unit Garmin Asus A10 ni bernilai RM 1,399.00 dan Harga bagi Car Kit adalah RM249. Dengan melanggan pakej DG Smart Plan anda hanya perlu membayar RM749.00 sahaja untuk kontrak selama 12 bulan atau dengan langganan kontrak selama 24 bulan anda layak membeli Garmin Asus A10 dengan harga RM499 sahaja serta diberikan Car Kit secara PERCUMA


Dengan DG Smart Plan yang digabungkan dengan Garmin Asus A10, anda hanya perlu membayar langganan RM68 sahaja sebulan untuk internet unlimited. Jadi anda boleh menggunakan internet dimana sahaja selagi anda berada dikawasan liputan DiGi.

Bagi penggunaan panggilan telefon, Sms dan MMs, tiada cas minimum dikenakan dan bayaran hanya akan dikenakan apabila anda menggunakan perkhidmatan itu sahaja.

Satu perkara yang menarik adalah anda akan diberikan rebat bagi internet unlimited tadi apabila kadar penggunakan telefon, sms dan mms anda melebihi kadar tertentu. Jika penggunaan bil telefon melebihi atau sama dengan RM200, bayaran untuk internet unlimited adalah percuma. Bagi penggunaan bil telefon diantara RM100 hingg RM199.99, bayaran internet unlimited anda diberikan diskaun sebanyak 25%.

Bagi pengunaan data roaming pula kadar bayaran adalah RM36 sehari untuk 6 buah negara diatas.

Pesanan untuk semua---------------->>>>

Dengan adanya DG Smart Plan diatas adakah mungkin Garmin Asus A10 ini menjadi pilihan utama aku pada hujung tahun ini. Sudah pasti peluang ini tidak akan datang pada masa-masa akan datang.

Rebutlah peluang dengan menjadi orang pertama memiliki Garmin Asus A10 dengan DG Smart Plan

Ulasan

  1. @suffer8zine : Rezeki bro.. walaupun takda duit nak beli.. dapat test 2 minggu sambil buat review pon jadilah..hehehe

    BalasPadam
  2. bestnya dpt gak merasa pakai phone nie..ehehe, kakyan tumpang tgk je :P


    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  3. @yanmie : takpe kakyan dah masyuk bila2 je boleh beli.. hehehe.. tengok BE pon banyak tu..hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak