Gambar Kek Harijadi Tertunda Buat Harraz
 
   Assalamualaikum & salam sejahtera semua,     Alhamdulillah semalam dah selesai majlis aqiqah adik irfan .. habis je majlis aqiqah lepas solat magrib majlis potong kek tertunda pulak untuk  harijadi Harraz  yang genap setahun 8hb Disember hari tu.. memang dah plan dengan cik isteri bila balik kampung dekat Penang baru nak belikan dia kek.. sebab dekat sana banyak budak & anak saudara cik isteri..   Jomlah layan gambar dulu.. pepagi ni malas pulak nak menaip panjang.. hehehe         banyaknya kek yang cantik-cantik tapi harraz punya takda pun dalam tu..         patutlah kek harraz dalam cermin tu takda.. rupanya tokey kedai tengah bungkus dah keknya.. tak sempat daddy nak tengok..         sebelum bungkus minta dia orang buka dulu.. wajib ambil gambar ni.. hehehe cantik tak kek saya..hehehe         Majlis potong kek bermula.. macam pelik pulak gambar ni.. asal daddy yang terlebih excited pulak.. hehehe.. alhamdulillah setiap sorang dapat sepotong kek.. almaklum jelah kek sekilo...
 
