DI HARI PERNIKAHANKU

Alhamdulillah jam 2.59 ptg Jumaat 18/12/09 aku telah selamat di ijab kabulkan oleh bapa mertua aku sendiri disaksikan oleh jurunikah kawasan Balik Pulau.. walaupun pada awalnya timbul sedikit masalah diatas kelewatan aku sampai ke masjid tempat kami di nikahkan..

















Majlis nikah ni kami buat sederhana je sbb yang hadir pon saudara mara terdekat aku je dengan saudara mara isteri aku, majlis kenduri kawin kami wat pada 20/12/09 yang ni kami jemput semua. Apa pon semua berjalan lancar di atas usaha keras bapa mertua aku mententeramkan tok imam.

















Pada awalnya kami berjanji akan bernikah pada jam 2.30 petang, almaklum jelah ari jumaatkan, so saudara2 aku yg lelaki ada yang g solat jumaat tu yang jadikan kami lewat sikit sampai sbb kena tunggu dia orang..

Tok Imam pulak ada temujanji nak menikahkan pasangan lain dkt kawasan tu..aku sampai je dkt masjid terus dia orang minta aku duduk depan tok imam..tengok muka tok imam senyum je..aku dah lega dah , walaupun dalam diam gemuruh juga.. dalam keadaan gemuruh tu sempat juga aku jeling2 mana bakal isteri, bila aku tengok dia ada tak jauh dari tempat aku dengan senyuman yang tak henti2 dari aku datang sampai selesai majlis buat aku tenang lepas aku tengok muka syg aku ni.

















biasalah kan sebelum nak nikah kena dengar ceramah dari tok imam..bagus juga dapat tambah ilmu agama juga.. lepas dengar khutbah nikah tu..

aku pon dinikahkan oleh bapa mertua aku sendiri, dengan sekali lafaz aku telah sah sampai bila2 menjadi suami kepada Nurfarahliana binti Saad (syg aku ni)..

















selesai akad nikah aku g solat sunat selepas nikah & sujud syukur, seterusnya masjis penyerahan maskawin dan membatalkan air sembahyang. selesai sudah majlis dekat masjid, saudara-mara aku n semua tetamu di jemput menjamu selera di rumah bapa mertua aku.

















habis sudah makan apa lagi....jeng.. jenglah.... hahaha.. jgn fikir bukan2 ahh...aku ada sesi fotografi dengan wife akulah.. 2 jurugambar pro aku jemput tau.. tq kepada sepupu wife aku dan juga Sdr. Aizuddin (member baik aku dkt opis ni), terima kasih banyak juga kepada semua saudara mara aku n juga sebelah isteri aku yang hadir dekat majlis pernikahan aku.. doakan kebahagian kami sampai ke syurga.. --- amin ----

Ulasan

  1. tahniah bro...pasni selamat la credit anda ye..hehe,slamat pengantin baru..

    BalasPadam
  2. cntek la bju nikah akak tu....nk tgk full boleh x?

    BalasPadam
  3. i bet she likes you and her bf a lot but don't know witch one she likes more.thank you

    BalasPadam
  4. Try David's Bridal. I think they have those everywhere. A lot of the time, their dresses r on sale.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak