Maskahwin Naik 200%

SHAH ALAM, 10 Dis - Kadar mas kahwin negeri Selangor dipinda kepada minima RM300 bermula Januari 2010 berbanding kadar asal iaitu hanya RM80 setelah diperkenankan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, kadar tersebut dinaikkan bagi memartabatkan wanita pada hari ini memandangkan kadar mas kahwin terdahulu terlalu rendah dan tidak pernah dinaikkan sejak dahulu lagi.


“Tidak mungkin kita menilai seorang isteri dengan nilai RM80 dan kadar RM300 ini adalah munasabah pada zaman ini bagi semua peringkat golongan masyarakat,” katanya.
Menurutnya, kadar ditetapkan ini adalah jumlah minima dan menggalakkan mana-mana pasangan pengantin yang ingin membayar lebih.


Khusrin berkata, pindaan ini masih belum menerima sebarang bantahan daripada orang ramai dan menyifatkan tindakan seumpama itu adalah tidak wajar dilakukan kerana niat memperisterikan seorang wanita harus dinilai daripada aspek positif bagi meninggikan martabat kaum itu sebagaimana dituntut Islam.
"Jika pasangan pengantin mampu memberikan hantaran sehingga berjumlah ribuan ringgit, mengapa mas kahwin berjumlah RM300 menjadi suatu beban sedangkan jumlah hantaran itu sendiri boleh ‘ditukarkan’ kepada mas kahwin dan pasti jumlahnya lebih besar dan bernilai,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis pelancaran Kad Perakuan Nikah Pintar (NCRKad) di Bangunan Sultan Idris Shah (BSIS), Shah Alam, kelmarin. - Hadri Yaziz



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak