Aktiviti Hujung Minggu

Hujung minggu ni memang menyeronokan aku first sbb wife aku datang KL, 2nd semua aktiviti aku wife aku ikut serta sekali.

Jumaat - 5/2/10

Wife aku datang Kl, maklum je lah kami duduk jauh2 so setiap minggu sama ada aku balik penang atau wife aku datang kl tulah rutin minggu aku dgn wife aku. tapi kali ni dah 2 minggu wife aku datang sini. wife aku sampai kl jam 11.45 malam. Mestilah aku yang jemput dia dekat pudukan, dia gerak dari penang jam 6.30 so lebih kurang 4 jam juga dia duduk dalam bus dalam keadaan kesejukkan kesian wife aku lagi pun demam dia tak baik lagi dah kena aircond..huhu.

sampai je aku terus bawa dia g makan dekan kampung baru n lepas makan terus balik. sampai umah lebih kurang jam 1.45...sampai je terus tumbang aku dgn wife aku ..maksud aku tidorlah..hahaha masing2 penatkan..layan tidor je sampai pagi.
Sabtu - 6/2/10
Hari ke2 wife aku dekat sini biasalah jam 10.00 pagi kita keluar g tesco cadangnya nak beli makanan basah nak masak makan tengahari. punya lama kita orang shopping sampai kul 2.00 petang baru kita orang keluar tesco..nak je aku borang semua barang2 dalam tu...hahaha
Habis je terus balik n kita orang apa lagi mula masaklah masakan ikan tiga rasa. walaupun nilah kali pertama kita orang cuba akhirnya berjaya juga ikan tiga rasa aku..cuma aku sedih sikit dengan wife aku sbb ikan yg kita beli tu dah hampir busuk..huhu..maklum jelah ikan dalam peti ais ni tak tahulah dah berapa puluh tahun dia orang tangkap baru jual. dari 3 ekor tu seekor je yg elok..huhu

Sebahagian bahan mentah
ni bahan2 yang aku dan sedia nak tumis
Ni dia masakan 3 rasa dah siap..emmm bestnya
ikan bawal yg dah siap goreng

Petang jam 5.30 aku dengan wife aku dah gerak pulak g Putrajaya sbb kita orang ada larian Marathon sebelah malam.. nilah first time seumur hidup wife aku berlari. alhamdullilah hasil dorongan semangat yg aku bagi akhirnya berjaya juga wife aku tamatkan larian dia sama2 dengan aku sejauh 5KM.. selalunya kalau ada larian marathon ni aku lari dengan member2 aku, tapi yg best kali ni aku lari sama2 dengan wife aku. saja je kita orang lari nak keluarkan peluh nak harapkan menang memang takdalah kata orang "Just For Fun".

ciannya penat ye syg??

Habis lari kita orang g pulak makan2 dekat satu kedai kawasan PJ , kalau tak silap aku dekat SS2 nama kedai MURNI.. sampai2 je mak-ai sikit punya ramai orang ..yang tengah berdiri tunggu giliran pon ramai juga..lama juga lah aku makan dekat sana lebih sejamlah.. habis makan je aku dengan wife terus balik umah sbb masing2 kaki dah sakit..terima kasih sgt dekat wife tersayang aku sbb mana2 aku g dia mesti follow.. untuk wife aku Love U Cyg..

Ahad - 7/2/10


Setiap ari ahad je mesti aku sedih sbb ari ahad nilah aku kena hantar wife aku balik .. kena pisah sementara lagi seminggu lagi baru leh jumpa cyg aku ni. kali ni sebelum aku bawa dia balik kampung naik bus aku bawa sekali wife aku g tengok aku main Bowling dekat soutcity Plaza, Sri kembangan.. dekat sini lah setiap bulan kelab kita orang g main bowling.

kali ni bolehlah dikatakan aku main bagus sikit dari sebelumnya.huahauhauha piji diri sendiri sikit dulu..aku kata ok sikit sebab maklumlah ada wife aku bagi sokongan n sorakkan dekat belakang.. memang bersemanggat lah aku maikan..

habis je bowling aku g makan dengan wife aku n aku singgah opis sekejab sebelum aku hantar dia balik pudu sebab nak balik penang semula.

masa aku taip blog ni wife aku dalam bus ni.. aku doakan semoga wife aku ni selamat sampai kerumah keluarganya..sedih beb bila berpisah dengan isteri tersayang.. tapi takpe moga berkat kesabaran kami berdua tak lama lagi wife aku akan pindah bertugas dekat sini.. so happylah sangat aku...

korang doa2kan lah ye moga rumah tangga kami ni sentiasa aman, harmoni n bahagia sampai ke syurga... amin..

Ulasan

  1. sedihnyaaa bila brjauhan..haish..dpt rse mcm mne prsaan tu...

    BalasPadam
  2. susahjuga hidup berjauhan ni....
    tapi yang penting...
    kebahagian.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak